JURUTEKNIK TINGKATAN BIASA (ELEKTRIKAL) 

Maklumat Lanjut :

  • Jawatan           : Juruteknik Tingkatan Biasa
  • Gred Jawatan   : TT09
  • Bidang             : Elektrikal
  • Gaji Tetap       : RM 1,400.00 sebulan

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk dipertimbangkan bagi mengisi kekosongan jawatan yang dinyatakan, di Tenaga Nasional Berhad seluruh Semenanjung Malaysia.

Permohonan hanya terbuka kepada calon luar sahaja.
(Bukan dari kalangan Warga Kerja TNB dan Anak-Anak Syarikat TNB)



Syarat Kelayakan 

1) Warganegara Malaysia.
                                        
2) Mempunyai Diploma atau Sijil dari Politeknik tempatan dan universiti-universiti yang diiktiraf oleh kerajaan dalam bidang seperti berikut :

- Diploma Kejuruteraan Elektrik atau
  (Minimum CGPA 2.60 bagi peringkat Diploma) 
- Sijil Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
  (Minimum CGPA 3.00 bagi peringkat Sijil)

3) Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV), dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dan lulus dalam mata pelajaran berikut :

- Bahasa Inggeris
- Matematik

4) Mempunyai tahap kesihatan yang baik dengan BMI (Body Mass Index) tidak melebihi 30 serta tidak menghidap sebarang penyakit kronik.

5) Tidak rabun warna.

6) Berumur tidak melebihi 30 tahun pada tarikh tutup iklan.

7) Berkebolehan menggunakan aplikasi komputer.

8) Boleh bekerja dalam satu pasukan.

9) Sanggup untuk ditempatkan di mana-mana negeri di Semenanjung Malaysia.


Calon-calon yang berminat adalah dikehendaki membuat permohonan secara ‘on-line’. Sila layari laman web seperti di bawah :

Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 Januari 2014.

Hanya pemohon yang telah disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk menghadiri temuduga. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh 3 bulan selepas tarikh tutup iklan, permohonan adalah dianggap tidak memenuhi syarat yang ditetapkan.

Sumber : Klik Di Sini