Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Masih teringat lagi tentang satu keratan akhbar yang pernah dihantar oleh seorang rakan dalam Group Whatsapp kami... Dalam keratan akhbar tersebut membincangkan tentang kesukaran warga Kota untuk membeli rumah, berikutan harga rumah yang semakin mahal sejak akhir-akhir ini... 

Saya tertarik dengan keratan akhbar tersebut, disebabkan ianya membincangkan tentang golongan pertengahan yang mempunyai pendapatan isi rumah di bawah RM6,000... 

Walaupun memperolehi pendapatan isi rumah sebanyak RM6,000, tetapi yang sukar untuk membeli rumah sendiri , terutamanya bagi mereka yang tinggal di kawasan bandar seperti di lembah Klang...  Huhhh.. Inilah realiti kehidupan pada zaman sekarang ni.... Nak buat macam mana, kita terimalah dengan hati yang terbuka....


Apabila kita melihat pada nilai... Pendapatan isi rumah RM6,000 kelihatan besar... Tetapi apabila kita membuat agihan pendapatan tersebut berdasarkan keperluan perbelanjaan isi rumah, kita dapati nilai RM6,000 tersebut tidaklah sebesar mana... 

Dengan pendapatan isi rumah  sebanyak RM6,000 sebulan, keluarga tersebut hanya mampu memakai sebuah kereta dengan bayaran bulanan sebanyak RM600 sahaja, sekiranya berhajat untuk membeli sebuah rumah di kawasan tersebut... Kereta apa yang boleh dibeli dengan bayaran bulanan RM600?? Sudah tentulah kereta buatan Malaysia atau kereta terpakai.... 

Ansuran pinjaman perumahan yang mampu dibayar oleh keluarga berpendapatan RM6,000 sebulan ialah sekitar RM1,933 sebulan... Dengan bayaran bulanan tersebut, keluarga ini mampu membeli sebuah rumah yang berharga sekitar RM420,000 untuk tempoh pinjaman dalam masa 30 tahun dengan kadar faedah sekitar 4.00% setahun... (Nilai tersebut mungkin berubah bergantung kepada tempoh pinjaman dan kadar faedah yang dikenakan oleh pihak bank)... Untuk mendapatkan nilai yang lebih tepat, saya syorkan anda kira dengan menggunakan Kalkulator Pinjaman Rumah     

Kalau nak beli rumah baru... mungkin agak sukar untuk membeli rumah idaman dengan peruntukan tersebut... Tetapi kalau beli rumah Subsale atau rumah lelong, sudah tentu kita mampu membeli rumah yang diidamkan... ;)



Harga Minyak Naik Lagi... Lepas ni harga rumah tentu lebih mahal...

Kenaikan harga minyak pada awal September tahun ini, terus menjadi perbualan hangat sehingga sekarang... Walaupun harga minyak naik 20 sen untuk setiap liter, tetapi ia memberi kesan yang besar kepada seluruh rakyat Malaysia... Terutamanya kepada penduduk kampung dan pekerja makan gaji, yang kebiasaannya mendapat jumlah gaji yang sama pada setiap bulan... 

Dapat gaji sama, tetapi kos minyak bertambah... Dalam jadual dibawah menunjukkan pertambahan harga minyak untuk setiap tangki penuh petrol, mengikut jenis kereta yang kita miliki... 

Sumber : Klik Di Sini

Apabila harga minyak naik, sudah tentu peniaga juga turut menaikkan harga bagi setiap barang jualan mereka... Harga makanan tentu lebih cepat naik, sebab nak tampung kos kenaikan harga petrol katanya... Itu belum lagi ditambah dengan kenaikan harga bahan mentah seperti tepung, beras, gula dan sebagainya ... Apabila harga bahan mentah naik, secara logiknya harga makanan semakin melambung naik... 

Kenaikan harga minyak + kenaikan harga makanan >>>> Kenaikan harga barang keluaran kilang...

Kenaikan harga minyak + kenaikan harga makanan >>>> Kenaikan harga kos upah pekerja...

Terdapat 1001 faktor yang boleh menyebabkan harga rumah melambung naik, antaranya:
  • Harga pasir naik, sebab lori nak hantar pasir memerlukan minyak
  • Harga bahan pertukangan yang lain seperti paku, besi, cermin, kayu, ciment dan sebagainya juga naik.. disebabkan untuk menghantar bahan-bahan tersebut juga memerlukan minyak 
  • Buruh binaan juga manusia biasa, yang perlukan kenaikan gaji untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat...
  • Dan pelbagai faktor lain lagi...

Hmmm... Jangan terkejut sekiranya lepas ni harga rumah juga semakin naik.... naik dan terus naik...

Suka saya kongsikan satu rencana yang menarik untuk dibaca... Rencana ini ditulis oleh Mat Jentik bertajuk "Generasi Muda Tidak Mampu Beli Rumah" dalam akhbar Kosmo!, bertarikh 29 September 2013 (Ahad)...  


Antara isi kandungan menarik yang ditulis dalam rencana ini ialah:

1) Harga rumah semasa...
"Harga untuk rumah teres dua tingkat, misalnya bermula daripada RM450,000 dengan lokasinya terletak jauh di luar Kuala Lumpur dan ia juga bukan di Bandar bangi, sebaliknya terletak di kawasan jauh di Selatan Kajang. Kalau harga seperti itu adalah untuk kediaman di kawasan yang jauh dari ibu negara, tentu ramai boleh bayangkan harga rumah jenis yang sama di ibu negara."

2) Harga rumah teres dua tingkat...
"Setelah melihat situasi ini, saya terkenang kepada seorang anak saudara yang terpaksa berhutang sehingga RM630,000 hanya untuk membeli sebuah rumah teres dua tingkat di Kota Damansara pada tahun lepas. Dengan jumlah hutang rumah sebanyak itu, di terpaksa membayar ansuran bulanan lebih kurang sebanyak RM2,700 sebulan untuk tempoh bayaran balik selama 40 tahun."

3) Kesukaran untuk membeli rumah disebabkan kos sara hidup yang semakin meningkat...
"Pastinya, rumah bukanlah satu-satunya kos yang terpaksa ditanggung oleh mereka kerana sudah pasti mereka juga terpaksa membayar ansuran kereta, bil-bil utiliti, anak sekolah dan pelbagai lagi. Kos-kos lain itu akan menyebabkan mereka menjadi semakin sukar untuk membeli atau memiliki rumah."

Sekiranya sekarang, gaji isi rumah RM6,000 sebulan pun kita dah rasa sukar untuk membeli rumah... Pada masa akan datang gaji isi rumah RM12,000 sebulan pun belum tentu kita mampu membeli rumah... Ini semua disebabkan oleh kesan inflasi yang semakin meningkat dari masa ke semasa... 

Sumber : Klik Di Sini

Disebabkan itu, lebih cepat kita membeli rumah lagi bagus untuk pelaburan masa depan... Semakin lambat kita membeli rumah, semakin menggigit jari melihat harga rumah yang terus melambung naik...

Ini berdasarkan pengalama saya sendiri, yang melihat perkembangan kenaikan harga rumah di kawasan tempat tinggal saya semenjak tahun 2005 sehingga sekarang... 


Sumber : Klik Di Sini

Rumah teres dua tingkat ini mempunyai 4 buah bilik dan tiga bilik air di beli pada tahun 2005 pada harga RM116,000.. 

Sumber : Klik Di Sini

Rumah teres satu tingkat ini mempunyai 4 buah bilik dan dua bilik air di beli pada tahun 2010 pada harga RM105,000.. 


Sumber : Klik Di Sini

Rumah banglo Satu tingkat ini mempunyai 4 buah bilik dan dua bilik air di jual pada harga RM148,000 pada sekitar tahun 2010 di kawasan Batu Gajah, Perak.. 

Ini merupakan harga rumah-rumah baru yang dijual pada beberapa tahun lepas, yang terletak di sekitar kawasan Pusing dan Batu Gajah, Perak... Dekat kawasan lain ada lagi tak harga rumah macam ni?

Mungkin ada... Tapi kena pandai cari... Namun yang pasti bukan rumah baru... Sebaliknya rumah Subsale atau rumah lelong...   

Anda boleh melihat kejayaan demi kejayaan Sifu Rumah Lelong yang berjaya membeli rumah yang jauh lebih murah daripada harga pasaran... Sifu Rumah lelong telah berkongsi kisah kejayaan beliau dalam sebuah ebook berjudul "Sifu Rumah Lelong - Bijak Melabur Edisi Rumah Lelong"... 

Jadi, kehadiran ebook Sifu Rumah Lelong ini memang tepat pada masanya... Di saat harga minyak naik, dan golongan muda yang semakin terkapai-kapai untuk membeli rumah, info yang terkandung dalam ebook ini diharap dapat menyelamatkan keadaan... 


Sumber : Klik Di Sini


Pada hari ini, ebook Sifu Rumah lelong dijual dalam satu pekej lengkap yang pastinya dapat memberi kepuasan kepada para pembeli... Pekej ebook Sifu Rumah Lelong terdiri daripada:
  • Panduan ebook utama A-Z dalam bidang rumah lelong
  • Kajian kes yang betul-betul dari pengalaman penulis sendiri
  • Group tertutup yang mengandungi lebih banyak info tentang rumah lelong yang akan dikongsikan oleh penulis dari masa ke semasa..


Saya tak tahu macamana nak dapatkan rumah murah... Tapi saya Tahu, Sifu rumah Lelong ada jawapannya... Jadi, kalau nak tahu kenalah berguru dengan beliau..

P/s: Pelaburan ke atas ilmu merupakan pelaburan terbaik sepanjang zaman... Kalau berminat nak cari orang rumah pertama atau orang rumah seterusnya rajin-rajinlah bertanya dengan Sifu Rumah Lelong...  ;)