Selasa, 28 Januari 2020

Rugi Kalau Tak Guna Loan Rumah Untuk Staff Kerajaan Sebelum Usia 35 Tahun!

with 5 comments

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Membeli rumah merupakan impian dan keperluan setiap orang. Dalam Hierarki Keperluan Maslow, penyediaan tempat tinggal merupakan keperluan keselamatan iaitu keperluan kedua yang perlu di penuhi. 
Bagi sebuah keluarga, keperluan ini WAJIB disediakan oleh seorang suami!

Tapi nak membeli rumah memerlukan satu komitmen kewangan yang sangat tinggi. Memakan masa yang lama sehingga berpuluh tahun (biasa 25 hingga 35 tahun).

Pembiayaan pula menjadi satu aspek yang kita tak dapat nak elak dalam proses pembelian rumah ini. 

Namun sekiranya anda merupakan staff kerajaan, jangan abaikan peluang baik untuk mendapatkan pinjaman perumahan khas untuk penjawat awam atau lebih dikenali sebagai LPPSA (Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam)


Loan Rumah Untuk Staff Kerajaan

Gunakan kemudahan Loan Rumah Untuk Staff Kerajaan sebelum usia 35 tahun.



Sebelum saya nak bercerita dengan lebih detail tentang LPPSA, izinkan saya berkongsi pengalaman peribadi saya, isteri saya dan ayah mertua saya yang pernah membeli rumah dengan menggunakan Kemudahan Loan Rumah untuk Staf Kerajaan (LPPSA). 



Contoh Real Case Study Beli Rumah Guna Pinjaman Perumahan Kerajaan (LPPSA)

1) Rumah Teres 2 Tingkat di beli oleh ayah mertua saya menggunakan Pinjaman Rumah Kerajaan 
  • Jenis Rumah                         :  Rumah Teres 2 Tingkat  (Lot Tengah)
  • Tahun beli rumah                  :  2005 
  • Deposit                                :  RM1000.00
  • Harga Pembelian Rumah        :  RM116,000.00
  • Tempoh Pinjaman                  : 15-20 tahun
  • Bayaran Ansuran Bulanan       : RM8**.**
  • Umur pembeli pada ketika itu  : 49 tahun
  •  Anggaran harga rumah pada tahun 2020 : RM300K
Sumber : Klik Di Sini

2) Rumah Teres 1 Tingkat di beli oleh isteri saya pada tahun 2010 dengan menggunakan kemudahan Pinjaman Rumah Kerajaan 
  • Jenis Rumah                         :  Rumah Teres 1 Tingkat (Lot Tengah)
  • Tahun beli rumah                  :  2010
  • Deposit                                :  RM1000.00
  • Harga Pembelian Rumah        :  RM105,000.00
  • Tempoh Pinjaman                  : 30 tahun
  • Bayaran Ansuran Bulanan       : RM509.38
  • Umur pembeli pada ketika itu  : 29 tahun
  •  Anggaran harga rumah pada tahun 2020 : RM190K
Sumber : Klik Di Sini

2) Rumah Teres 2 Tingkat (Lot Tepi) yang saya beli pada tahun 2015 dengan menggunakan kemudahan Pinjaman Rumah Kerajaan :
  • Jenis Rumah                         :  Rumah Teres 2 Tingkat (Lot Tepi)
  • Tahun beli rumah                  :  2015 
  • Deposit                                :  RM500
  • Harga Pembelian Rumah        :  RM385,800.00
  • Tempoh Pinjaman                  : 30 tahun
  • Bayaran Ansuran Bulanan       : RM1957.67
  • Umur pembeli pada ketika itu  : 34 tahun
  •  Anggaran harga Rumah pada tahun 2020 : RM450K
Sumber : Klik Di Sini




Cuba anda buat perbandingan di antara ketiga-tiga "Real Case" Study di atas...



Terutamanya dari segi umur peminjam, tempoh masa pinjaman dan bayaran ansuran setiap bulan.


Dapat kita membuat beberapa rumusan iaitu:

  • Semakin lambat kita membeli rumah, semakin pendek tempoh pembiayaan yang dibenarkan oleh LPPSA
  • Semakin pendek tempoh pembiayaan, semakin tinggi pula bayaran bulanan
  • Semakin lambat kita membeli rumah, kita terpaksa membayar harga rumah dengan lebih tinggi (Harga rumah akan naik pada setiap tahun)
  • Digalakkan supaya membeli rumah murah terlebih dahulu sebagai aset, kemudian baru beli rumah yang agak mahal mengikut keselesaan keluarga.
  • Jangan tunggu gaji naik baru nak beli rumah, sebab harga rumah akan terus naik tanpa menunggu kenaikan gaji kita. 
  • Kalau sekarang kita layak untuk membeli rumah teres berharga 100K tapi kita menangguhkan pembelian rumah tersebut dengan harapan dapat beli rumah Semi D pada 5 tahun akan datang. Pada 5 tahun akan datang, kemungkinan besar rumah teres yang sebelum ni kita mampu beli pun belum tentu lagi kita mampu.. Sebab harga rumah dah naik... Lagikan nak beli rumah semi D pada ketika itu.
  • Teringin nak beli rumah besar? Perlu beli rumah kecil dulu bermula dari sekarang dan jual semula rumah kecil tu semasa nak beli rumah yang besar.

Untuk menyemak tahap kelayakan pinjaman perumahan anda, Sila gunakan kalkulator Pinjaman Permuahan LPPSA menerusi link berikut:


Kelebihan Guna Loan Rumah Untuk Staff Kerajaan. Rugi tak guna Sebelum Usia 35 Tahun!

Memandangkan agak ramai kawan-kawan yang bekerja di sektor kerajaan belum membeli rumah dengan menggunakan pinjaman perumahan LPPSA, jadi saya nak berkongsi sedikit info yang dapat membantu anda untuk memahami kebaikan-kebaikan membeli rumah (hartanah) menggunakan pinjaman LPPSA.


KELEBIHAN 1


Kakitangan kerajaan boleh beli rumah dengan menggunakan 2 jenis pinjaman.
  1. Pinjaman bank
  2. Pinjaman Kerajaan

Sebagai seorang kakitangan kerajaan anda boleh membeli rumah lebih daripada 2 buah ke atas untuk dijadikan sebagai aset. 

Berbeza dengan kakitangan swasta yang hanya bergantung kepada pinjaman bank sahaja.

Bagi kakitangan swasta, untuk membeli rumah pertama dan kedua sahaja boleh dapat pinjaman bank sebanyak 90%. 
Masuk pembelian rumah ke 3, bank hanya boleh bagi pinjaman sebanyak 70% sahaja daripada harga rumah. Baki lagi 30% kena topup sendiri samada gunakan duit simpanan, KWSP atau buat pinjaman peribadi.


Kelebihan untuk kakitangan kerajaan, anda boleh dapat dua kali pinjaman perumahan kerajaan (LPPSA) sebanyak 100% dengan kadar faedah yang lebih rendah iaitu 4.0% berbanding pinjaman bank sekitar 4.5%-5.0%.


Walaupun nama anda di ‘blacklist’ dalam CCRIS/CTOS untuk melakukan pinjaman bank, sebagai penjawat awam anda masih mampu lagi membeli rumah menggunakan pinjaman LPPSA.




Kakitangan kerajaan boleh beli rumah dengan menggunakan pinjaman Bank (4.5-5.0%) dan Pinjaman Kerajaan (4.0%)


KELEBIHAN 2



Kakitangan kerajaan boleh menggunakan pinjaman LPPSA sebanyak 2 kali sepanjang perkhidmatan. Tetapi dengan syarat, pinjaman perumahan untuk kali pertama mestilah dilunaskan terlebih dahulu sebelum membuat pinjaman LPPSA kali kedua.



Cara nak habiskan pinjaman perumahan pertama (LPPSA) ialah:
  • Refinance dengan menukarkan loan LPPSA (pertama) kepada Loan Bank
  • Bayar ansuran bulanan dalam kuantiti yang besar, supaya lekas habis
  • Jual rumah pertama

Selepas pinjaman perumahan pertama (LPPSA) dah selesai baru anda boleh mohon pinjaman LPPSA buat kali ke 2.

Sebab tu kalau anda belum ada duit untuk membeli rumah idaman, sebaiknya gunakan sahaja pinjaman kali Pertama LPPSA untuk membeli rumah berharga di bawah RM150K dengan bayaran bulanan sekitar RM750/bulan.

Selepas 5-10 tahun, anda jual rumah pertama tersebut (mungkin pada masa tu harga rumah naik jadi RM250K mengikut harga pasaran semasa, MV). Melalui hasil penjualan rumah pertama ini, anda akan mempunyai extra cash di tangan dan komitmen bayaran bulanan pinjaman perumahan anda tidak lagi tertera pada slip gaji.

Jadi, anda dah boleh buat pinjaman perumahan kedua dengan menggunakan LPPSA dan ada extra cash di tangan yang boleh digunakan untuk renovet rumah, meneruskan kelangsungan hidup dan sebagainya. 

Jadi, saya sangat-sangat mencadangkan kepada anda yang masih belum guna pinjaman LPPSA, silalah guna sebelum umur anda lebih 35 tahun ke atas. 

Semasa umur 35 tahun ke bawah anda masih boleh membuat pinjaman untuk tempoh masa 30 tahun. Tapi kalau dah lebih 45 tahun baru nak buat pinjaman LPPSA, kemungkinan tempoh masa pinjaman akan jadi singkat menjadi 20 hingga 25 tahun sahaja. Apabila tempoh pinjaman semakin singkat, bayaran bulanan anda pun akan menjadi lebih tinggi walaupun kadar faedahnya rendah.
(Boleh rujuk balik Real case Study ayah mertua saya yang membuat pinjaman perumahan kerajaan pada umur 49 tahun, tempoh yang dibenarkan antara 15 hingga 20 tahun sahaja)


KELEBIHAN 3

Melalui Pinjaman LPPSA membolehkan anda mendapat "duit poket" hasil pembelian rumah di bawah "Market Value".

Anda boleh memohon pinjaman rumah 100% berdasarkan kelayakan pinjaman yang telah ditetapkan bagi setiap jumlah tingkat gaji pokok + elaun-elaun anda.

Sebagai contoh anda membeli rumah dengan harga RM250k sedangkan harga pasaran RM300k, maka anda boleh mendapat ‘cash back’ sebanyak RM50k selepas pinjaman selesai di bayar ke akaun syarikat peguam yang menyediakan dokumen perjanjian jual beli anda. Peguam akan keluarkan cek sebanyak RM50k khas atas nama anda.

Duit RM50k yang anda dapat tu boleh digunakan untuk buat pelaburan, untuk berkahwin, untuk bayar hutang, atau untuk renovate rumah mana yang patut.

Ada sesetengah projek perumahan yang boleh dikomersialkan untuk dijadikan sebagai homestay, pihak pemaju dah buat pakej siap-siap dan kawtim dengan peguam. Beli rumah ni pada harga sekian-sekian. Kemudian dapat 'cash back' sekian-sekian yang boleh digunakan untuk membeli keperluan homestay dan pemasaran homestay. Contohnya rumah apartment di Samudera residence (Klik Di Sini)

Anda boleh tengok sendiri berapa 'cash back' yang disediakan untuk pembeli

Boleh dapat "Cash Back" dan "Rebate" untuk projek terpilih dengan pembelian rumah melalui LPPSA


KELEBIHAN 4
Melalui Pinjaman LPPSA dengan membeli projek perumahan baru membolehkan anda mendapat "duit poket" lebih banyak hasil 'rebat' dan 'cash back' yang disediakan dalam pakej yang ditawarkan oleh pihak pemaju.

Tambahan pula sekarang ni ada tawaran membeli rumah baru dengan skim 0 deposit. Semakin mencurah-curah rezeki penjawat awam untuk memiliki rumah sendiri.

'Rebat'
Sebagai contoh Harga perjanjian jual beli rumah yang anda belia ialah RM300K, pemaju bagi 'rebate' sebanyak 10%  = RM30K. Maka harga rumah yang anda beli akan jadi RM270K.
Mohon pinjaman LPPSA wajib mengikut harga perjanjian jual beli iaitu RM300K.
Jadi ‘rebate’ yang anda akan peroleh adalah RM30K.

10% rebate akan diberikan kepada pembeli LPPSA selepas pinjaman di ‘release’ kan = RM30K. (Pemaju bagi)

'Cash Back'
Pinjaman 100% LPPSA yang tertera dalam Dokumen Jual beli pada harga RM300K sedangkan harga rumah cuma RM270k = RM30K lebihan pinjaman.
Jumlah ‘cash back’ sebanyak RM30k selepas pinjaman selesai di bayar ke akaun syarikat peguam yang menyediakan dokumen perjanjian jual beli anda.
Untunglah… Dapat lagi RM30K (Peguam bagi)

Jumlah wang tunai yang diterima ialah RM30K ('rebat') + RM30K ('cash back') = RM60K

Cuba bayangkan sekiranya ada sesetengah projek perumahan yang menawarkan rebate melebihi 30%, Dapat bayangkan berapa banyak wang tunai yang anda boleh dapat. Untung tak?


Di Koperasi Hartanah Anggun Berhad (KOHAB) terdapat beberapa projek yang ada menawarkan 'Rebate' & 'Markup' (Cash back):

1. Teres/semiD/banglo
Taman Koperat Putra Besut, Terengganu
- markup up to RM30k

2. Apartment
Apartment Samudera Manjung, Perak
- markup up to RM40k

3. Teres setingkat/teres 2 tingkat
Taman Mahkota Aman Kuantan Pahang
- markup Rm10k teres setingkat
- markup Rm20k teres 2 tingkat

4. Teres setingkat
Taman Universiti Tapah, Perak
- markup RM10k

5. Apartment
Seri Melaka Residensi, Melaka
- rebate RM30k (skim myHome)

6. Apartment 2 tingkat
Prima soho Sri Iskandar, Perak
- cash back RM26k

7. Condominium
Condominium Acacia Sepang, Selangor
- **discount 10% non bumi
- **discount 15% bumi
**can claim cash back

8. Apartment
Apartment Salak Maju Sepang, Selangor
- rebate RM10k

9. Banglo
Taman Bukit Gedup Utama Dungun, Terengganu
- markup RM30k

10. Teres 2 tingkat/ semiD setingkat/ semiD 2tingkat/banglo
Taman Koperasi Kemaman, Terengganu
- markup RM30k

11. Teres 2 tingkat
Taman Tas Kuantan, Pahang
- markup up to RM40k

12. Teres setingkat/ 2 tingkat
Taman Arowana Port Dickson Negeri Sembilan
- markup up to RM60k

13. Teres setingkat
Taman Mayong, Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan.
-markup up to RM116k (bergantung pada kelayakan & PT unit)



Sekiranya ada yang berminat untuk mendapatkan cash money dengan membeli projek-projek perumahan di atas, sila tekan link di bawah:





KELEBIHAN 5

Dapat Kunci Baru mula bayar.
Dapat kunci baru gaji dipotong (tertera dalam slip gaji) mengikut persetujuan semasa membeli rumah.
Kakitangan kerajaan yang membuat pinjaman perumahan LPPSA bagi projek perumahan baru tidak perlu membayar kadar faedah setiap bulan mengikut peratus (%) projek siap dibina.

Berbeza dengan kakitangan swasta yang perlu membayar kadar faedah setiap bulan mengikut peratus (%) projek pembinaan sudah siap dibina dalam tempoh 3 tahun kebiasaannya, sehinggalah 100% siap dibina barulah pembeli mula membayar ‘installment’ bulanan secara penuh.
  • Cuba anda bayangkan, anda membeli rumah pada harga RM300,000 pada tahun 2020.
  • Pembinaan rumah tersebut mengambil masa 2 tahun (Siap tahun 2022).
  • Dalam tempoh 2 tahun ni anda belum dapat kunci rumah, jadi anda tak perlu bayar satu sen pun ke atas rumah tersebut
  • Setelah rumah siap pada tahun 2022 anda dapat kunci rumah, dan mula membayar komitmen bulanan sebanyak RM1500/bulan
  • Katakan kenaikan harga rumah standard 8% setahun. 2 tahun jadi 16%. harga rumah anda akan jadi (RM300,000 + RM48,000) = RM348,000
  • Walaupun anda tak boleh nak jual rumah anda pada ketika ini.. Tapi anda mampu tersenyum apabila melihat keuntungan sebanyak RM48,000 yang telah anda perolehi tanpa mengeluarkan sebarang kos dalam tempoh 2 tahun tersebut.

Sebab tu beruntung sangat kakitangan kerajaan sekarang ni sebab boleh beli rumah dengan skim Zero deposit:
  • Tanpa Deposit
  • Tanpa Bayaran Tempahan
  • Percuma Perjanjian Jual beli (S&P)
  • Percuma Kos Pemindahan hak Milik (MOT)
  • 100% Pinjaman Penuh
  • Selepas dapat kunci baru bayar. 
  • Harga rumah naik, senyum sorang-sorang sebab kos pelaburan selama 2 atau 3 tahun (tempoh projek siap) tanpa perlu mengeluarkan sebarang modal



SENARAI RUMAH YANG AVAILABLE DI BAWAH KOPERASI HARTANAH ANGGUN BERHAD (KOHAB)

🏡 KEDAH
🆕Taman Razaki Kupang,Baling


🏡 KELANTAN
🆕Teratak Anggerik Ketereh, Padang Lembek
🆕Taman Permai Alor Pasir Tanah Merah
🆕Kelar - Bemban Kangkong Pasir Mas
🆕Sri Arjuna Bukit Bakar Machang
🆕Teratak Permai Kuala Paku Tanah Merah
🌸Laman Saring, Pasir Puteh 
🆕LAMAN IMPIANANA CHAWAS, Tanah Merah
Harga RM 245,000
🆕DESA MURNI GEMILANG, Gua Musang
Harga RM 199,000
🆕LAMAN SERI, Pasir Putih
Harga RM 199,000
🆕TAMAN HARMONI, Pengkalan Petah
Harga RM RM199,000
🆕TAMAN BESTARI TEBING TINGGI, Tanah Merah
Harga RM 199,000 - RM205, 000


🏡 PAHANG
🌸Taman Delima Saujana, Temerloh
🌸Taman Mahkota Aman 2, Kuantan
🌸Taman Tas Perdana Gambang, Kuantan


🏡 NEGERI SEMBILAN
🆕Teres di Teluk Kemang (Berhampiran Politeknik PD)
🆕 Taman Temiang Seremban
🆕 Taman Sentosa Indah Seremban
🌸Taman Merati, Lukut
🌸Taman Kurau, PD
🌸Taman Arowana, PD


🏡 SELANGOR

🌸Taman Salak Maju, Sepang
🆕 Taman Desa Kencana Meru Klang
🆕 Apartment Acasia Residences, Salak Perdana,Sepang
🔜 Projek Perumahan di Kalumpang


🏡 PERAK
🆕Banglo Batu Gajah
🆕Banglo Chemor
🆕Taman Desa Harmoni, Bota Kanan
🆕SOHO Seri Iskandar
🆕⚠Teres Ulu Sepetang, Taiping
🆕⚠Teres Tronoh Baru, Tronoh
🌸Taman Desa Pengkalan 2, Ipoh
🌸Taman Bidor Damansara, Perak
🌸Taman Tronoh Impian, Perak
🌸Taman Universiti, Tapah
🌸Sky Garden Residence, Klebang Ipoh
🌸KK@Damansara, Kuala Kangsar
🌸Pavilion Ville, Ipoh
🌸Taman Cahaya, Kampar (Semi-D Cluster)
🌸Taman Sri Gading, Batu Gajah
🌸Taman Tanjung Bistari, Tg Rambutan
🌸Taman Tun Sambathan, Sg Siput
🌸Taman Heliconia, Tapah
🌸Taman Cahaya, Kampar (Townhouse)
🌸Bandar Baru Setia Awan (BBS/BBSA/BBSAP)
🌸Taman Mulia
🌸Taman Tronoh Akasia
🌸Bandar Baru Teluk Intan (BTTI)


🏡 MELAKA
🌸Apartment Sri Serindit, Melaka
🔜Teres 2 Tingkat Sg Rambai Fasa 2


🏡 TERENGGANU
🌸Taman Koperat Putera, Besut
🌸Taman Bukit Gedup Utama, Dungun
🌸Taman Koperat Perdana, Kemaman
🌸Laman Padang Luas 1, Jerteh
🌸Taman Mahligai Penarik, Setiu

⛰ TANAH LOT
🌸Kg Pangkal Chuit, Machang
🌸Mukim Joh, Kg Pak Gombak
🌸Padang Pak Amat, Pasir Puteh
🌸Pulai Chondong
🌸Chawas 1, Tanah Merah
🌸Chawas 3 , Tanah Merah



PETUNJUK:
🌸 Projek Lama & Boleh Jual
🆕 Projek Baru & Boleh Jual
🆕⚠ Projek Baru & Pre-Launch
🔜 Projek Akan Datang




Info lanjut call/wtsp laju2
 www.wasap.my/601138221589/Beli+Rumah+Zero+Kos
www.wasap.my/601138221589/Beli+Rumah+Zero+Kos
www.wasap.my/601138221589/Beli+Rumah+Zero+Kos



Nanti saya akan share dengan lebih detail maklumay dan harga rumah yang diperlukan.

5 ulasan:

  1. Info yang sangat berguna untuk kakitangan kerajaan.

    BalasPadam
  2. Terima kasih. Info yg amat berguna

    BalasPadam
  3. Tqvm info yg sgt berguna.sy nak tya pendapt tuan sy nak buat pembelian rumah pertama..bercadang nak beli kondo.apa pendpt tuan.bagus atau tidak beli kondo

    BalasPadam
  4. They have been our #1 overall choose for his or her top-tier gaming library, their generous welcome bonuses connected to low playthroughs, and their fee-free cashouts. We should clarify that in many of} nations Bitstarz is a crypto-only on line casino, so if you’re looking SM카지노 to deposit with credit cards or an e-wallet you may be out of luck. There’s also no minimum deposit required to claim your every day free spins right here; though their most allowable bet restrict is capped at a hundred,000 cash ($100).

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra