Assalamualaikum dan Salam Sehatera..
Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), syarikat unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) telah mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 5.50 sen seunit untuk Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019.
Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Dr. Zeti Aziz mengumumkan agihan pendapatan ASB 2019
Bermula dari semalam 18 Disember 2019, urus niaga akaun ASB telah ditangguhkan sehingga 1 Januari 2020. Pembukaan semula urus niaga akan dilaksanakan pada 2 Januari 2020. Dengan erti kata lain Pembayaran Bonus dan Dividen ASB kepada pelabur juga akan mula dilaksanakan pada 2 Januari 2020.
Walaupun Agihan Dividen dan Bonus ASB tidak memihak kepada pelabur pada tahun ini, namun kebanyakan pelabur masih bersikap positif untuk terus memberi sokongan kepada ASB..
Tahniah diucapkan kepada semua pelabur..
"Motivasi untuk hari ini"
Selain daripada ASB, sebenarnya ada lagi banyak peluang pelaburan lain yang boleh kita lakukan untuk menambahkan keuntungan.
Jangan sesekali bergantung kepada satu pelaburan semata-mata.. Bak kata orang putih:
"Don't put all your eggs in one basket"
Cuba pelbagaikan cabang pelaburan, supaya kedudukan kewangan kita lebih terjamin sekiranya salah satu daripada pelaburan kita tidak memberikan pulangan seperti yang kita harapkan.
Info Berkaitan:
- Peluang menambah Pendapatan Sebagai Ejen Hartanah
- Potensi mengingkatkan keuntungan dalam Pelaburan ASB
- Jutawan Homestay
- Dividen ASB VS Pelaburan Emas (1990-2012)
- Hidup Merdeka Tanpa Hutang
- Pelaburan Gaya Dato' Seri Aliff Syukri
memang dividen rendah untuk tahun ni, agak mengecewakan. Harap ada hikmah disebalik tu yang kita tak nampak
BalasPadamRasanya kita kena cari platform yang lain sebagai backup. Jangan hanya bergantung kepada pelaburan pada satu2 tempat sahaja.
BalasPadamAdalah menjadi harapan agar pengurusan baharu ASB dapat berusaha keras agar pemegang dana mendapat pulangan terbaik tahun hadapan
BalasPadam