Ahad, 10 Jun 2018

RM41,702.00 telah berjaya dikumpul sehingga 24 Ramadhan 1439H

with 2 comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Pada Bulan Ramadhan kita digalakkan supaya bersedekah.. Ganjaran pahala orang yang bersedekah pada bulan Ramadhan sangat besar.. Berkali-kali ganda  lebih besar berbanding kita bersedekah pada bulan-bulan yang lain..


“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya” 
(Al-Baqarah: 261)



Gambaran Pahala orang yang bersedekah umpama BERI 1 DIBALAS 700
(Bulan Ramadhan lebih berganda2..)

Sebab tu Kalau boleh, setiap hari kita digalakkan bersedekah... 

JOM GANDAKAN SEDEKAH/WAQAF DALAM 10 MALAM TERAKHIR! KITA BIJAK DENGAN REBUT PAHALA BERGANDA


Masih ingat lagi tak tentang artikel bertajuk DANA BANTUAN PEMBINAAN TAHFIZ DARUL RAHMAN yang saya tulis pada 5 Jun 2018?


Tentang Projek Amal Ramadhan lebih 30 orang Sifu Pemasaran Internet yang dikendalikan oleh Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM) ... 

Boleh baca di sini -> Projek Amal Ramadhan 30++ Sifu Pemasaran Internet (Klik Di Sini)


Sumber : Klik Di Sini

Kutipan Sehingga semalam 9 Jun 2018 atau bersamaan dengan 24 Ramadhan 1439H ialah sebanyak RM41,702.00

Update Terkini Jumlah Dana Terkumpul setakat
  • 6 Jun 2018  -> RM26,226.00
  • 7 Jun 2018  -> RM30,000.00
  • 8 Jun 2018  -> RM36,361.00
  • 9 Jun 2018  -> RM41,702.00
  • 10 Jun 2018  -> RM50,537.00
  • 11 Jun 2018  -> RM65,110.00
  • 12 Jun 2018  -> 
  • 13 Jun 2018  -> RM100050.00
Kalau nak dikirakan memang dah banyak dah kutipan tersebut.

TAPI... 

Dana tersebut masih belum mencukupi untuk mendirikan bangunan Pusat Tahfiz Darul Rahman.

Sumber : Klik Di Sini

Jumlah Dana yang diperlukan untuk membina bangunan Pusat Tahfiz ini adalah sebanyak RM 128 ribu 

Jadi, kalau nak diikutkan dana yang masih belum mencukupi adalah sebanyak RM86 ribu lagi..

"Masih Perlukan lagi RM86 Ribu"

Jom... Ayuh.. Gunakan peluang dan kesempatan ini untuk bersedekah.. 

Bersedekah atau menginfakkan harta untuk mendirikan bangunan pusat Tahfiz ni umpama kita membuat pelaburan saham akhirat yang sangat berbaloi..

Sebab apa saya kata macam tu??..
  • Sebab selagi Pusat Tahfiz tersebut ada penghuninya kita dapat pahala... 
  • Selagi majlis-majlis ilmu diadakan di pusat Tahfiz ini kita dapat pahala.... 
  • Semakin ramai para Hafiz dan hafizah lahir dari pusat Tahfiz tersebut kita dapat pahala.... 
  • In Shaa Allah, selagi pusat tahfiz ini terus beroperasi, ganjaran pahala akan terus mengalir dalam diri kita....Dan Menjadi bekalan yang berterusan semasa diakhirat nanti...  Allahuakhbar... 

"Dan apabila matinya seseorang anak Adam itu, maka terhapuslah segala amalannya di dunia, melainkan tiga perkara iaitu:
  1. sedekahnya yang berterusan, 
  2. ilmu yang memberi faedah, dan 
  3. anak-anak soleh yang mendoakannya kelak."

                                                                                 Hadis Sohih

Jadi, Sekiranya anda ingin turut sama dalam sumbangan amal ini, Sumbangan anda sangat-sangat dialu-alukan... Untuk maklumat lanjut boleh klik pada button dibawah:


Nota : Firesale Amal ini disokong sepenuhnya dan dikelolakan oleh Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM)


Ada maklumbalas yang saya terima... Kata tak mampu nak beri sumbangan untuk pembinaan bangunan Pusat Tahfiz Darul Rahman.

Kalau tak mampu tak apa...
Saya bagi alternatif lain..
Kali ni lebih murah lagi..

#JualanAmalRM10
#SumbanganAmalLailatulQadar

Sumbangan Amal Lailatul Qadar untuk Pembinaan Kompleks Tahfiz Darul Ulum Fasa 2

5 HARI SAHAJA ❗
(Hingga 14 Jun 2018)

Dalam tempoh 5 hari ini anda boleh dapatkan pakej ebook Rahsia Buat Duit Tambah-Tambahan Dengan Homestay pada harga RM10 Sahaja.. (Harga sebenar RM27.00)

Caranya mudah sahaja..

1) Anda hanya perlu transfer/Bankin RM10 ke salah satu akaun dalam gambar di bawah..



2) Kemudian hantar bukti bayaran ke email nuargto@gmail.com
Tajuk Email : "Sumbangan Amal Lailatul Qadar"

3) nanti saya akan balas email anda bagi tahu cara nak dapatkan pakej ebook tersebut..
Sumber : Klik Di Sini

Semoga bermanfaat..

Info Berkaitan:



2 ulasan:

  1. peluang untuk bersedekah memang terbuka luas..

    moga amal kita diterima oleh Allah SWT

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah..bersedekah tidak akan membuatkan kita jatuh miskin kan

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower


Info Terkini!! (Wajib Baca)

Pembaca Paling Mesra