Selasa, 19 Disember 2017

Pengalaman Saya Berhadapan dengan Scammer melalui Whatsapp dan Whatsapp Call

with 9 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Baru-baru ini ada rakan sekerja saya kehilangan duit beberapa ribu ringgit dalam sekelip mata...

Keadaan begitu pantas berlaku.. Berpunca melalui satu panggilan telefon sahaja.. Selepas tu rakan sekerja saya mengikut apa sahaja yang diarahkan oleh pemanggil untuk melakukan pemindahan wang..

Kawan saya tak sedar apa yang berlaku pada ketika itu.. Bila dia sedar, duit dalam akaun bank dah lesap macam tu sahaja... Kawan saya dapat rasakan mungin dia di pukau pada masa kejadian tersebut... 

Hebat betul penangan Scammer ni... Mereka dapat buat kerja dari jarak jauh... Ntah dari mana ntah.. Tanpa perlu bersemuka dengan mangsa...

Kesian tengok keadaan rakan saya selepas melalui kejadian tersebut.... Termenung... Murung... Kehilangan duit dalam satu amaun yang agak banyak... Beberapa ribu ringgit dalam sekelip mata... Siapa yang tak rasa susah hati kan?

Bila saya tanya berapa ribu ringgit duit rakan saya yang hilNG?... rakan saya tak nak bagi tahu... Tapi berdasarkan beberapa sumber yang saya perolehi... ada yang kata sebanyak RM5,000.00... Ada sumber yang lain pula yang bagi tahu sebanyak RM3,000.00.. 

RM3 Ribu atau RM5 Ribu jumlahnya tetap banyak...  Namun yang pasti, sebagai pengajarannya semua orang perlu berhati-hati, terutamanya apabila menerima panggilan telefon atau wahtsapp daripada orang yang tidak dikenali.... Terutamanya nombor-nombor yang pelik...

Hari ni hari kawan saya yang "terkena"... Esok atau lusa mungkin hari kita pula yang akan berhadapan dengan ujian tersebut... Siapa tahu? Betul tak? 


Sebaiknya kenalah sentiasa bersedia...

Untuk makluman semua, kawan saya yang menjadi mangsa scammer ni merupakan seorang Ustaz... Juga memegang jawatan yang tinggi dalam penjawat awam (Gred 54).. Level pengarah.. Kalau seorang Ustaz dengan Gred Jawatan yang tinggi macam ni pun boleh "terkena" dengan sacmmer, tak mustahil kita yang biasa-biasa ni juga boleh terkena.... Jadi, sekali lagi saya nasihatkan supaya berhati-hatilah selalu.. 

Pesanan ini saya tujukan untuk diri saya juga yang nyaris-nyaris terkena dengan Scammer.. 

Jom baca pengalaman saya pula..

Pengalaman Saya Berhadapan dengan Scammer melalui Whatsapp dan Whatsapp Call

Sebenarnya saya dah beberapa kali menerima Whatsapp daripada Scammer..
Masa awal-awal dulu saya pernah berbalas Whatsapp dengan Salah seorang Scammer ni.. Tapi, bila dah dapat lihat kesudahannya apa yang berlaku?
Cukuplah sekali saya buat "kerja gila" tersebut... Jangan cuba untuk bermain api, silap hari bulan boleh membakar diri...

Jadi, sekarang ni bila ada scammer hubungi saya... Saya buat tak tahu jer... Jangan sesekali cuba nak replay... Takut nanti kita terkena juga jerat mereka.. 

Whatsapp dari Scammer bertarikh 9 Disember 2017
 Whatsapp dari Scammer bertarikh 9 Disember 2017. Tak balas!!
 Whatsapp dari Scammer bertarikh 10 Julai 2017. Balas acuh tak acuh
 Whatsapp dari Scammer bertarikh 19 Jun 2017. Balas acuh tak acuh
 Whatsapp dari Scammer bertarikh 13 Jun 2017. Balas acuh tak acuh

Anda nak tahu tak apa kemungkinan yang bakal anda hadapi bila bila anda meneruskan sesi perbualan dengan mereka?

Kebarangkalain akaun perbankkan internet anda atau akaun paypal anda kena Godam..

Boleh baca pengalaman saya semasa Akaun Paypal kena Godam.

Selepas akaun Paypal saya kena godam, saya sudah tidak lagi memiliki akaun bank online termasuk Maybank2U... Semua sekali saya tutup... Sebab Fobia... Takut... Bila dah terkena sekali, kita tak tahu sejauh mana "Penggodam" atau scammer ni dapat explore akaun-akaun bank online atau data-data online lain yang kita miliki...

Ok... Sambung semula dengan Pengalaman Saya Berhadapan dengan Scammer melalui Whatsapp dan Whatsapp Call

Masa First Time terima Whatsapp daripada scammer, saya beranikan diri untuk berinterkasi dengan scammer tersebut...

Pada ,asa tu saya berani sebab saya yakin Scammer tu takkan dapat berbuat apa-apa dengan saya... Kalau dia ada pasang sebarang pepijat untuk menyelongkar akaun bank online saya, In Shaa Allah percubaan mereka takkan berjaya... Sebab saya dah tak ada sebarang akaun bank online...

Jadi, masa tu saya beranikan diri sebab nak tahu apa kesudahannya atau setakat mana Scammer ni dapat "memperdayakan" saya?..

Nak tahu rentetan kisahnya... Jom baca Printscreen whatsaap hasil perbualan saya dengan scammer ..


Pengalaman Saya Berhadapan dengan Scammer melalui Whatsapp dan Whatsapp Call
 Mula-mula nampak ok jer.. Keadaan masih terkawal
Pengalaman Saya Berhadapan dengan Scammer Melalui Whatsapp
 Nak beli koleksi duit lama dengan bayaran 200,000 USD
Pengalaman Saya Berhadapan dengan Scammer Melalui Whatsapp Call
Nak buat bayaran (Transfer acoount) 200,000 USD serta merta
Pengalaman Saya Berhadapan dengan Scammer Melalui Whatsapp Call
 Siap tunjukkan contoh transaksi 200,000 USD yang pernah dilakukan sebelum ini..
Pengalaman  Berhadapan dengan Scammer Melalui Whatsapp
 Berbunga hati sekejap.. Siapa yang tak suka bila dapat tahu ada orang sudi transfer 200,000 USD dalam akaun.. ;)
 Lepas tu dia minta saya baya fee untuk International Transaction.. Kalau tak silap saya dia minta USD500.00

Saya perlu bayar fee untuk Internetional Transaction sebanyak USD500.00. Saya dapat USD200,000 untuk pembelian duit lama. Ok tak? Berapa banyak keuntungan yang bakal saya perolehi.... USD200,000 darab pula dengan 4 kali ganda (Pertukaran nilai mata wang Dollar/RM).. Jadi RM800,000.00... Wow!! Boleh jadi kaya dalam sekelip mata... 

Masa ni saya dah mula bertanya dan minta pendapat rakan-rakan.. kalau saya berseorangan masa tu, ada kemungkinan besar saya boleh terkena... 

Pengalaman Berhadapan dengan Scammer Melalui Whatsapp
 Lepas tu untuk meyakinkan saya... Mulalah dia post gambar-gambar..
Pengalaman Berhadapan dengan Scammer Melalui Whatsapp
Dalam gambar menunjukkan dia ni orang kaya... Tak mustahil dia boleh bayar kepada saya USD200,000

Bila dah sampai ke tahap ni saya dah senyap dah...
Malas nak teruskan perbualan..

Walaubagaimanapun dia terus menghubungi saya..

Tak dapat nak menghubungi melalui Whatsapp, dia cuba pula Whatsapp Call..


Pengalaman Berhadapan dengan Scammer Melalui Whatsapp call
Tak dapat nak menghubungi melalui Whatsapp, dia cuba Whatsapp Call pula.

Dapat Whatsapp call pun saya tak angkat...
Saya terus senyap...

sebelum tu saya dah ada bagi macam-macam alasan... Antaranya wife saya tak bagi... saya kata wife saya tiba-tiba bertukar fikiran... Tak jadi nak jual sebab tiba-tiba rasa sayang nak jual koleksi duit lama tersebut...  

Syukur Alhamdulillah...
Kesudahannya saya terselamat menjadi mangsa Scammer.. 

Sebagai pengajarannya, lepas ni kenalah lebih berhati-hati..

Lebih-lebih lagi kalau tengok nombor yang "muncul" tu nombor yang pelik-pelik... Sila abaikan sahaja.. 

Dalam masa yang sama juga, harga yang ditawarkan tersangat tak munasabah... 

Semoga perkongsian saya pada kali ini dapat memberi manfaat kepada anda.. Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini sehingga habis... 

Sekiranya anda rasakan artikel ini bermanfaat, boleh share dengan kawan-kawan anda.. Supaya dapat mengelakkan kawan-kawan kita daripada menjadi mangsa scammer yang seterusnya..



Info Berkaitan:


9 ulasan:

  1. hari tu ada gak dpt mesej camni. tp saya ignore.

    BalasPadam
  2. Kalau saya dapat panggilan daripada nombor pelik-pelik ni, saya abaikan je.

    BalasPadam
  3. Pengalaman yang hebat! Dahsyat betul orang zaman sekarang nak scam duit mangsa.

    BalasPadam
  4. pengalaman itu mendewasakan kita. saya juga pernah kena tipu scammer dari nigeria. tapi rugi usd30 sahaja.

    BalasPadam
  5. Ya Tuhan.

    Bahayanya .. takut plak rasa sebab berani nya dia thru wassap macam tu ..

    geram pulak orang macam tu ..

    BalasPadam
  6. Skrg dah beralih dkat wasap pulak eh. Tak tahu apa nak jadi makan duit orang macam tu. Btw, salam kenal. Saya follow dekat sini :)

    BalasPadam
  7. this is all the fake one 100% untrusted scammer one confirm sounds good to be true i hope everybody don't fall over on this death trap

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra