Sabtu, 30 September 2017

Pasukan Catur Politeknik Malaysia di Homestay Seri Iskandar Perak

with 2 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Pada 23 dan 24 September yang lalu, Pasukan Catur Politeknik Malaysia telah menyertai 5th UTP Team Chess Championship 2017 yang telah diadakan di Universiti Teknologi Petronas (UTP), Tronoh Perak.

Seramai 16 orang pemain dari Politeknik telah menyertai Kejohanan ini. 2 pasukan yang terdiri daripada 8 orang pelajar mewakili Politeknik Malaysia, manakala 2 pasukan lagi mewakili Politeknik Sultan Idris Shah.

Pasukan Catur Politeknik Malaysia bergambar kenangan di hadapan Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak 

Untuk makluman, ini merupakan kali ke 3 saya membawa pasukan Catur Politeknik menyertai kejohanan catur berpasukan di UTP. 2 kali sebelum ini hanya membawa satu pasukan sahaja. Alhamdulillah kali ni kami datang satu bas dengan membawa 4 pasukan.

Untuk penginapan di Seri Iskandar Perak, kami telah menyewa 2 buah homestay iaitu Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak dan Homestay Murah di Seri Iskandar Perak 


Pasukan Catur Politeknik Malaysia (wanita) bergambar kenangan di hadapan Homestay Murah di Seri Iskandar Perak 



'Pasukan Catur Politeknik Malaysia (lelaki) bergambar kenangan di hadapan Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak 

Sebuah homestay untuk atlet catur lelaki dan sebuah lagi homestay untuk atlet catur wanita. 

Alhamdulillah, kedudukan Pak Ya Homestay Seri Iskandar yang cukup strategik membolehkan bas di parking dihadapan homestay tanpa sebarang masalah.


"Untuk makluman, ini merupakan kali kedua Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak dikunjungi oleh penyewa yang datang bersama bas. Kali pertama dari pasukan Ragbi Kolej Matrikulasi Pulau Pinang yang datang ke Seri iskandar untuk menyertai kejohanan Ragbi berpasukan juga di UTP" 

Semoga Pak Ya Homestay Seri iskandar Perak terus mendapat tempat di hati penyewa dan seterusnya dapat memberi keselesaan kepada semua tetamu yang hadir... In Shaa Allah..


2 ulasan:

  1. Alhamdulillah. Datang satu bas pasukan catur Politeknik Malaysia dengan penginapan di Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak tentu lebih selesa dan memuaskan.

    BalasPadam
  2. wah makin dikenali homestay pak ya ni.

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra