Sabtu, 5 Ogos 2017

Peluang Dapat RM2500 dengan menulis tentang Al-Quran

with 13 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Ada satu berita baik yang ingin saya kongsikan kepada anda.

Syarikat Furqanworks Sdn Bhd menawarkan peluang buat side income sebanyak RM2500 dalam bidang penulisan & Kajian tentang Al-Quran. 




ANDA BERBAKAT DALAM BIDANG PENULISAN & KAJIAN?


Dapatkan RM 2,500 dengan menjadi penyelidik & penulis sambilan Furqanworks Sdn Bhd 

Kami sedang mencari 10 penulis berbakat yang memiliki keupayaan untuk melakukan penyelidikan &  penulisan SANTAI TAPI BERINFORMASI berkenaan tajuk berkaitan Al-Quran.

Mereka yang memenuhi keperluan berikut : 
  • Memiliki bakat penulisan santai (gemar menulis di Fb, pernah menulis buku / rencana dll)
  • Memiliki kemampuan melakukan penyelidikan untuk bahan berkaitan Al-Quran/hadith
  • Suka membaca & mengkaji isu berkaitan agama
  • Berumur 21-40 tahun.
  • mampu menyiapkan tugasan dengan cepat & berkualiti dalam waktu yang ditetapkan
- Tempoh penyelidikan & penulisan : 2 bulan
- Kerja boleh dilakukan di rumah & anda bersedia menemui editor pada waktu yang ditetapkan.

Jika berminat, sila hantar kepada kami maklumat berikut : 
  1. Nama, No Tel & Email
  2. Resume
  3. Karangan pendek (santai) 300 patah perkataan bertajuk : (Cara saya melahirkan syukur kepada Ilahi) - Pastikan penulisan anda original, bukan ciplak/plagiat dari bahan lain.
Ke email : furqanworkssdnbhd@gmail.com

Mereka yang berjaya akan dipanggil untuk ditemuduga

Latar Belakang Syarikat Furqanworks Sdn Bhd 


Saya percaya selepas membaca tawaran di atas, tentu ramai yang berminat nak tahu tentang latar Belakang syarikat Furqanworks Sdn Bhd.

Bagi saya itu perkara normal. Sama macam kita nak mohon bekerja. Sebelum nak mohon bekerja, kita kena terlebih dahulu tahu tentang latar belakang syarikat tersebut.

Syarikat Furqanworks Sdn Bhd merupakan syarikat milik Ustaz Hj. Mohd Asraff Ayob Al-Hafiz yang beroperasi di Kajang Selangor. 

Syarikat ini ditubuhkan Berdasarkan pengalaman Ustaz Hj. Mohd Asraff Ayob Al-Hafiz dalam bidang Al-Quran selama lebih 20 tahun. Bermula dengan menghafaz Al-Quran sejak usia 13 tahun dan berpengalaman mengajar ilmu Al-Quran kepada masyarakat selama lebih 10 tahun. 

Di atas inisiatif untuk menyampaikan ilmu-ilmu yang beliau miliki kepada masyarakat, beliau telah menerbitkan buku-buku, DVD, Ebook tentang Al-Quran,  dan turut mengadakan seminar tentang cara membaca Al-Quran dengan tajwid yang betul melalui syarikat ini.  

Berikut merupakan antara produk-produk yang dikeluarkan oleh syarikat ini dan aktiviti-aktiviti yang sedang diadakan pada ketika ini:

Seminar Tajwid Luar Biasa 2017
 Seminar Tajwid Luar Biasa 2017


Buku tajwid & Buku Umrah
 Sumber : Klik Di Sini


Buku Mudahnya Ngaji Tajwid
www.mudahngajitajwid.com


Buku Love Parenting dan Teknik ADHA


DVD Pakej Inspirasi Qurani

  DVD 3 Seminar

DVD Tajwid Aman Hatiku


Inilah sebahagian produk-produk dan seminar keluaran Syarikat Furqanworks Sdn Bhd. Semuanya berkaitan dengan Al-Quran seperti cara membaca Al-Quran, cara mendalami bacaan Al-Quran, teknik-teknik membaca Al-Quran, Umrah dan sebagainya.

Semoga dapat dijadikan sebagai rujukan dalam kajian dan penulisan anda sekiranya anda berminat untuk mendapatkan tawaran sebagai penyelidik dan penulis di Syarikat Furqanworks Sdn Bhd. Yang menariknya boleh buat secara Part Time tu..

Semoga usaha murni yang dilakukan oleh Ustaz Hj. Mohd Asraff Ayob dan juga kakitangan Syarikat Furqanworks Sdn Bhd untuk menarik lebih ramai orang, terutamanya generasi muda mendalami bidang Al-Quran mendapat keredhaan Allah S.W.T... In Shaa Allah.. 

Ok Lah! setakat ini sahaja daripada saya untuk kali ini..
Good Luck saya ucapkan kepada yang ingin mencuba nasib.. Cubalah!.. Mana tahu ada rezeki anda.. 

P/s : kalau tak keberatan, boleh share atau sebarkan info ini... semoga ramai yang akan mendapat manfaat daripadanya.. In Shaa Allah..


"Berminat nak sertai program Waqaf Al-Quran ke Masjid-Masjid atau surau-surau?  Klik Di Sini -> http://bit.ly/2mBHFf6

Info berkaitan:



13 ulasan:

  1. Alhamdulillah..

    Sangat menarik..

    Saya dah lanjut umur hehehe

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah..

    Sangat menarik..

    Saya dah lanjut umur hehehe

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah..... Inilah peluang korang yang ada ilmu agama, al-quran dan hadis utk dpt income melalui penulisan

    BalasPadam
  4. Besar ganjaran pahala menyebarkan risalah al-Quran. Semoga lebih ramai lagi pihak yang menganjurkan program seumpama ini.

    BalasPadam
  5. Bagi yang ada ilmu dan kepakaran ni, memang sesuailah grab peluang ni :)

    BalasPadam
  6. Menarik sgt ni...pasti ramai yg berminat

    BalasPadam
  7. MasyaAllah. Besar ganjarannya jika dapat beramal mcm ni. Nice sharing!

    BalasPadam
  8. bagi sesiapa yg dah berkecimpung dalam blog niche agama atau kajian dah boleh join ni 2 bulan sahaja..apalagi boleh jadi bekalan..ilmu yg berguna di bawa mati

    BalasPadam
  9. kepada yg layak, peluang untuk buat duit selain saham akhira ni.

    BalasPadam
  10. Sangat menarik tawaran ni buat mereka yang mempunyai ilmu dalam penulisan alQuran

    BalasPadam
  11. Pahala dapat, duit pun dapat. Peluang yang bagus ni.

    BalasPadam
  12. Sememangnya ini adalah satu perluang yang baik untuk mereka yang layak.Semoga lebih banyak lagi perluang seperti ini dibuka nanti.

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra