Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Malam tadi berlangsungnya perlawanan yang ditunggu-tunggu oleh seluruh rakyat Malaysia iaitu perlawanan Final badminton perseorangan lelaki Olimpik 2016 yang menampilkan jaguh Badminton negara, Datuk Lee Chong Wei.
Bagi seluruh rakyat Malaysia, inilah kemuncak acara Sukan Olimpik yang mana menyaksikan jaguh Badminton Dunia ini beraksi buat kali yang ke 3 di pentas Final bagi acara ini.
Chen Long Pemain China Kedua Menghampakan Lee Chong Wei di Pentas Olimpik
Sumber : Klik Di Sini
Sudah pastinya seluruh rakyat Malaysia mengharapkan Datuk Lee Chong Wei berjaya memenangi perlawanan kali ini supaya dapat menghadiahkan pingat emas Olimpik pertama untuk Malaysia yang telah dinanti selama 60 tahun.
Dalam dua siri Olimpik sebelum ini iaitu pada Olimpik 2012 dan Olimpik 2008 Datuk Lee Chong Wei tewas di tangan Lin Dan.
Tapi, dalam sukan Olimpik kali ni Datuk Lee Chong Wei (DLCW) berjaya mengalahkan seteru utama Lin Dan di peringkat separuh akhir dengan catatan keputusan 15 – 21, 21 – 11 dan 22 – 20.
Boleh baca laporan penuh di sini: Lin Dan gagal menyekat Lee Chong Wei untuk merangkul pingat emas Olimpik pertama buat Malaysia
Kejayaan DLCW menewaskan Lin Dan di peringkat separuh akhir sudah pastinya memberi kelegaan buat seluruh rakyat Malaysia. Walaupun baru perlawanan separuh akhir, tetapi debaran sewaktu menyaksikan perlawanan tersebut seakan-akan menonton perlawanan akhir. Serius! bukan mudah untuk mengalahkan Lin Dan.
Apabila berjaya melangkah ke perlawanan Akhir, harapan seluruh rakyat Malaysia semakin tinggi untuk menyaksikan Datuk Lee Chong Wei merangkul emas Pertama buat Malaysia.
Tetapi sayangnya Chen Long pula yang menjadi penghalang...
Aksi Datuk Lee Chong Wei di Final Olimpik Rio 2016
Sumber : Klik Di Sini
DLCW sudah buat yang terbaik dalam perlawanan Final kali ini. Tapi nasib tidak menyebelahi beliau untuk memiliki sekurang-kurangnya sebutir pingat emas di sukan olimpik.
Datuk Lee Ching Wei tewas di tangan Cheng Long dengan catatan keputusan 18 – 21, 18 – 21.
Walaupun sekali lagi DLCW gagal dalam usaha memburu emas pertama di sukan Olimpik, tetapi kita dapat melihat kesungguhan beliau. Setelah berusaha bersungguh-sungguh tetapi GAGAL, itu namanya takdir.
Kesungguhan Datuk Lee Chong Wei ternyata cukup membanggakan seluruh rakyat Malaysia. Bukan sahaja kemenangan medal yang mahu dicapai tetapi yang lebih penting ialah semangat usaha gigih yang dipamerkan dan minda positif "Berani Gagal" itulah kekuatan beliau semasa beraksi dalam gelanggang.
Syabas!! buat beliau..
Sabarlah wahai seluruh rakyat Malaysia...
Pasti akan ada satu hari nanti pengganti Datuk Lee Chong Wei yang mampu menghadiahkan Pingat Emas Pertama Olimpik untuk Malaysia.
Baca Di Sini -> Peluang Terbaik Memenangi Pingat Emas Pertama Malaysia milik Pemain Badminton Beregu lelaki Malaysia
Info Berkaitan:
- Lin Dan gagal menyekat Lee Chong Wei untuk merangkul pingat emas Olimpik pertama buat Malaysia
- Emas Olimpik 2012 : Satu Penantian..
- China Mengungguli Kutipan Pingat Emas Olimpik 2012
- Olimpik 2012.. Ingat Emas, Ingat RM 3 juta..
mungkin anak atau cucu kita tuan yang boleh menjadi pengganti wira negara seperti DLCW
BalasPadamBila tengok jaguh badminton ni...rasa mcm nak didik anak jadi ahli sukan plak lepas ni...hihi
BalasPadammemang dok harap LCW menang, dia pun kata nak menang kali ni, tp nak wat camna, beliau dah buat yang terbaik
BalasPadamharap ade la pelapis LCW
BalasPadamSaya tunggu pelapis DLCW aje sekarang ni.. apa2 pun saya berpuas hati tengok game ni.. hehe
BalasPadamberat mata memandang. berat lagi bahu memikul.
BalasPadamTerima kasih Dato' Lee Chong Wei.
kesian jugak kat DLCW. tapi takpelah, dapat silver Olimpik woi
BalasPadamrezeki masing telah tertulis...jangan rrissau semuanya Tuhan telah tetapkan.asal usha dan doa selalu
BalasPadammemang kena tunggu lama nak dapat emas ni..
BalasPadamDLCW tetap terbaik kan. bukan rezeki dia dapat emas
Padamkecut perut tengok dorang main.
BalasPadamsuami siap cakap, tengok bola pon tak rasa macam ni. fuhhh
ni namanya takde rezeki. Dah menang dengan seteru utama, kalah pula dengan chenlong. dlcw dah buat terbaik..klu nak harap kat kita, masuk olimpik pun blom tentu...jadi jgn salahkan chongwei atas kekalahan beliau...
BalasPadamsedih bila igt balik kekalahan malam tu..tp nak buat mcm mana. DLCW mesti dah buat yg terbaik kan
BalasPadamsayang malaysia belum lagi ada pelapis yang nampak boleh menggantikan dato lee chong wei ..
BalasPadam