Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Sempena dengan kehangatan Edisi World Cup 2026, saya nak berkongsi Rezeki dengan rakan-rakan saya di platform Facebook dan Threads..
Iaitu dengan Cara "Fill In The Blank" 31 Petak kosong yang terdapat dalam Poster Carta Fasa Kalah Mati Piala Dunia FiFA 2026.
..
Contoh nak mengisi Carta tersebut, ada saya kongsikan di bawah Post ini..
Pemenang akan ditentukan berdasarkan kepada Peratus Jawapan paling tepat dengan kiraan..
(Jawapan Tepat/31) * 100 = ?? Peratus
..
Peratus jawapan betul tertinggi akan dikira sebagai pemenang..
Sekiranya ada peratus markah yang seri...
Contoh, ada 5 orang berjaya dapat markah 100 peratus.. Pemenang akan ditentukan berdasarkan kepada penyertaan yang terawal di tempat pertama, Kedua awal di tempat kedua, Dan Ketiga terawal di tempat ketiga.
..
Contoh pengiraan markah juga ada ditunjukkan di bawah Post ini.
..
Tempoh Penyertaan:
- Tempoh Penyertaan bermula pada : 29 Jun 2026
- Dan berakhir pada: 14 Julai 2026 (Sebelum jam 11.59 malam)
Senarai Hadiah:
Hadiah untuk Cabaran ini ialah:
- Tempat Pertama RM100 (Threads dan Facebook)
- Tempat Kedua RM80 (Threads dan Facebook)
- Tempat Ketiga RM60 (Threads dan Facebook)
- 10 Hadiah Saguhati : Pendaftaran Menyertai Kursus buat Video AI Secara Percuma (Threads dan Facebook)
3 Langkah Mudah Untuk Menyertai Cabaran ini
Setiap orang Boleh menghantar seberapa banyak penyertaan dengan 3 langkah Mudah Seperti berikut:
- Muat Turun Poster "Carta Fasa Kalah Mati Piala Dunia FiFA 2026"
- Isi 31 "Fill In The Blank" dengan menggunakan apa-aplikasi seperti Canva, Kami, PDF, Dan lain-lain
- Dah selesai isi, hantar di ruangan Komen post ini.
Mudah sahaja kan...
P/s : Di kedua-dua platform tu ada disediakan hadiah yang sama. Ada pemenang di Threads dan ada pemenang di Facebook. Kalau korang rajin, boleh hantar penyertaan yang sama di kedua-dua platform. Mana tahu dapat jadi pemenang di kedua-dua platform.. Kiranya dapat rezeki berganda lah tu..
Contoh Poster yang telah lengkap di isi dan telah pun di berikan markah dalam Edisi World Cup yang lalu
Dan yang bestnya lagi.. anda Boleh hantar sebanyak mungkin penyertaan dalam tempoh 29 Jun hingga 14 Julai 2026...
Keputusan Pemenang
Keputusan pemenang akan diumumkan pada 25 Julai 2026..
Iaitu 5 Hari selepas selesai Final Worl Cup 2026..
Keputusan pemenang adalah Muktamad.. Sebarang bantahan tidak akan diterima..
Good Luck Semua..
Semoga berjaya menjadi salah seorang pemenang dalam Cabaran ini..
#WorldCup #WorldCup2026 #CabaranWorldCup #CabaranWorldCup2026
Info berkaitan:
@muhamadanuarmarsib 32 Pasukan Berjaya Mara ke Pusingan Top 32 World Cup 2026 #WorldCup #WorldCup2026 #Top32WorldCup2026 #Messi #Argentina ♬ original sound - blog Zahin Travel



0 Ulasan