Sabtu, 20 Ogos 2016

Lin Dan gagal menyekat Lee Chong Wei untuk merangkul pingat emas Olimpik pertama buat Malaysia

with 8 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Syukur Alhamdulillah....

"Akhirnya Lin Dan gagal menyekat Lee Chong Wei untuk merangkul pingat emas Olimpik pertama buat Malaysia" 

Pastinya inilah kata-kata yang diungkapkan oleh seluruh rakyat Malaysia apabila menyaksikan perlawanan di antara Dato' Lee Chong We dan Lin Dan di peringkat separuh akhir Acara Perseorangan Badminton Olimpik Rio 2016.

Sumber : Klik Di Sini


Yurp... Lin Dan merupakan halangan utama Datuk Lee Chong Wei (DLCW) untuk memenangi pingat emas pertama buat Malaysia.  

Sudah Dua kali Datuk Lee Cong Wei kalah ditangan Lin Dan di peringkat akhir sukan Olimpik iaitu pada tahun 2012 dan tahun 2008.

Namun kali ini rezeki memihak kepada DLCW di peringkat separuh akhir apabila berjaya mengalahkan seteru utama Lin Dan dengan catatan keputusan 15 – 21, 21 – 11 dan 22 – 20.

Tahniah buat Datuk Lee Cong Wei....

Walaubagaimanapun, halangan untuk Datuk Lee Chong Wei memenangi pingat emas Olimpik pertama buat Malaysia masih ada lagi. 

Kali ni tiba giliran pemain nombor 2 dunia iaitu Chen Long juga dari negara China yang akan berusaha menyekat kemaraan DLCW untuk menghadiahkan pingat emas Pertama buat Malaysia..

Peluang Terbaik Memenangi Pingat Emas Pertama Malaysia milik Pemain Badminton Beregu lelaki Malaysia

Sumber : Klik Di Sini


Sebenarnya Pemain Beregu lelaki Malaysia (V Shem-Wee Kiong) sudah terlalu hampir untuk menyumbangkan Pingat Emas Pertama buat Malaysia setelah mendahului pemain dari China iaitu Fu HaiFeng-Zhang Nan dengan mata 20-19  dalam pusingan penentuan (Set Ketiga) Final acara Beregu Lelaki. 

Walaubagaimanapun, mereka gagal meraih mata kemenangan sebanyak dua kali selepas pukulan servis terkandas di jaring.

Pasangan beregu China memenangi perlawanan tersebut dengan mata 16-21, 21-11, 23-21.

Sekarang ni satu-satunya peluang untuk memenangi Pingat Emas Olimpik pertama Malaysia hanya terletak di bahu DLCW.

Sama-samalah kita doakan semoga DLCW berjaya menyelesaikan misi beliau pada kali ini... In Shaa Allah.

8 ulasan:

  1. dapat perak...tahniah Chong Wei :)

    BalasPadam
  2. Takpelah! Dia tetap juara di hati kami sebagai rakyat malaysia

    BalasPadam
  3. Sedih tak dapat cuti umum seperti yang impikan ramai orang...

    BalasPadam
  4. Tahniah DLCW. Kemenangan yang amat menyentuh emosi saya..

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. Setelah berusaha, kejayaan masih belum dalam genggaman. Kalah pingat emas, tapi menang pingat perak dengan membanggakan.

    BalasPadam
  7. dapat kalahkan lin dan sudah kira pencapaian besar juga kan

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra