Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....
Hari ini dalam Sejarah.... Setelah sekian lama (tak sampai pun setahun) berkenalan dengan brader ini di muka buku dan dalam dunia penulisan blog, akhirnya pada hari ini kami berkesempatan bersua muka di Shah Alam...
Syukur Alhamdulillah... Dengan izin Allah, akhirnya diberi kelapangan untuk saya menghadiri mini seminar subsale beliau yang ke 13..
Banyak maklumat yang saya perolehi dalam seminar tersebut, terutamanya berkaitan pembelian hartanah Subsale dan turut diselangi dengan ayat-ayat gatal beliau yang menggamatkan suasana bilik seminar... Biasalah nama pun "Abang Ensem" kan... Kalau tak keluar ayat-ayat gatal, memang tak sah.... Betul tak Nadot? ;)

Walaupun ada juga perkara yang saya kurang faham, sewaktu menghadiri seminar tersebut... Tapi saya mengiakan sahaja, tanda setuju....
Sebenarnya perkara yang disampaikan oleh Abang Ensem dan peguam beliau mudah difahami...
Tapi seperti biasa, selagi saya tidak mengalaminya sendiri perkara yang dikongsikan... Saya pun kurang pasti, samada saya faham ataupun tidak... Bila dah cuba praktikkan nanti, barulah tahu... Diharap pada ketika itu , Abang Ensem bersedia menerima panggilan telefon daripada saya... Tak kisahlah waktu tu tengah tidur termimpikan Nelofa ke? Hanis Zalikha ke? Fatin Liyana ke? Yang penting masa tu kena angkat telefon tahu... hehehe...

Maklumat yang paling saya suka dengar dalam mini seminar subsale beliau sudah tentulah pengalaman beliau membeli rumah tanpa modal.. Seronok mendengar pengalaman-pengalaman orang yang berjaya ni... Terlalu mahal harga sebuah pengalaman... Terima kasih di atas perkongsian pengalaman tersebut... ;)
Selepas selesai mini seminar... Abang Ensem mengajak saya join sekali mengeteh bersama beliau...
Turut sama dalam sesi mengeteh tersebut ialah Peguam ensem (turut memakai jersi Malaysia) dan beberapa orang peserta seminar yang lain termasuk penulis blog terkenal Eizil.com
Tak ada Gambar ker?...
Maaflah.. Saya langsung tak terfikir nak mengambil gambar pada hari ini, Disebabkan khusyuk memasang telinga mendengar perbualan Abang Ensem dan rakan-rakan lain..
Maklumlah ini kali pertama saya berkesempatan untuk berjumpa dengan golongan yang mempunyai minat yang sama, tetapi mempunyai pengalaman dan latar belakang yang berbeza...
Jadi banyak perkara menarik yang dapat dikongsikan oleh Encik Penjual Buku, Encik Saudagar Emas, Encik Peguam, Encik Pelaburan Hartanah, Encik Pembangun laman Web, Encik yang selalu sangat tengok Legoland.... Terasa kerdil diri ini apabila mendengar bisnes-bisnes dan profesion yang mereka ceburi.... Saya hanya seorang penulis blog biasa... ;)
Seronok berpeluang berjumpa dengan anda semua... Sekiranya ada kelapangan masa, semoga kita dapat bertemu lagi pada masa akan datang... Kalau ada "info" tentang harga rumah yang tersangat murah daripada harga pasaran boleh lah calling-calling yer...
P/S: "Memanggo" adalah istilah yang saya berikan untuk sesi mengeteh pada kali ini disebabkan saya tidak minum teh, sebaliknya saya minum manggo... Terima kasih Abang Ensem kerana sudi belanja saya segelas "Manggo"
Memanggo ya. Pelik juga tadi baca tajuk, memanggo tu apa. Rupanya mengeteh.
BalasPadamSaya pun nak jumpa juga dengan bro eizil nak belajar tentang web sikit. hehe.
bukan abang ensem kalau tak ada ayat gataiii darinya heheheeee... :)
BalasPadamhehe..jangan terkena virus gatalnya sudahla. haha..
BalasPadam