Isnin, 6 Jun 2016

Sekitar Kejohanan Bowling #BBN Vs lynk.my di Plaza Alam Sentral, Shah Alam

with 13 comments
Assalamualaikum dan salam Sejahtera..

Pada 4 Jun baru-baru ni, saya berpeluang menyertai Kejohanan Bowling #BBN Vs Lynk.my yang diadakan di Plaza Alam Sentral, Shah AlamKejohanan Bowling buat julung kali melibatkan Best Blogger Network (#BBN) dan Lynk.my ini dianjurkan oleh Lynk.my dan ditaja oleh ikedaikami.com

Kejohanan Bowling #BBN Vs lynk.my di Plaza Alam Sentral, Shah Alam
Kejohanan Bowling #BBN Vs lynk.my di Plaza Alam Sentral, Shah Alam 

Sebaik sahaja sampai di Pusat Bowling MegaLanes Plaza Alam Sentral, Shah Alam... Rasa kagum dengan persiapan yang telah disediakan oleh pihak penganjur... Ada pelbagai hadiah lumayan disediakan untuk pemenang, disamping beberapa hadiah cabutan bertuah bakal menanti peserta yang bertuah...

Hadiah-hadiah yang disediakan oleh pihak penganjur

Bagi peserta yang tak bertuah pula, jangan risau.... Setiap peserta yang datang tidak akan pulang dengan tangan kosong... Semua peserta akan dapat hadiah sagu hati untuk di bawa pulang...

Hahaha... Belum start lagi main bowling dah rasa seronok dah...

Dahlah dapat main bowling Free untuk 3 game... dapat hadiah lagi... Lepas tu makanan pun ada disediakan...

Makanan yang disediakan di Kejohanan Bowling #BBN Vs lynk.my di Plaza Alam Sentral, Shah Alam
Makanan yang disediakan di Kejohanan Bowling #BBN Vs lynk.my di Plaza Alam Sentral, Shah Alam

Sebenarnya inilah First time, Saya masuk Kejohanan Bowling yang paling Best macam ni... Ada satu ketika tu, saya dah rasa seronok melayan anak-anak makan... Sampai hilang sekejap fokus nak main bowling.... ;) hehehe..

Oklah... Jom kita tengok gambar para peserta sewaktu menunjukkan skill masing-masing....


Boleh tahan juga balingan Abang MC kita ni.... ;)
Maaf, terlupa nama...


Tengok cara Balingan Namia... Boleh tahan... ;)

Peserta berbaju hitam merupakan salah seorang Top Performace Kejohanan kali ni.... Nampak tak cara balingan dia?... Fuhhh... Ada Class...;)


Memang seronok dapat join kejohanan bowling kali ni... Anak-anak pun tumpang gembira... 

Ntah berapa kali anak-anak saya dok tambah makan Fries... Tambah minum air Teh O... Sambil tu saya dan wife dok balun makan Bihun Goreng... Sambil main, sambil makan... Sambil makan... Sambil main... Oppsss..

Dah kenyang makan... Haikal dan Adam layan Ais Krim pula... Tapi ni tidak termasuk dalam pakej yang ditaja.. ;)
Reaksi Wajah Naila di Kejohanan Bowling #BBN Vs lynk.my di Plaza Alam Sentral, Shah Alam ... Nampak Happy tak?

Dalam Kejohanan Bowling kali ni saya main di lane ke 13.. Rakan sepasukan saya ialah Blogger Seri Nian dan suami. Sebenarnya saya baru sahaja tahu, yang Seri Nian ni juga bertugas sebagai Pensyarah Politeknik... Beliau mengajar di jabatan kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Nilai.. Kecik jer rupanya dunia ni kan?

Lane kami bermain dengan pantas.. sekejap sahaja dah selesai 3 round.. Walaupun kami bermain cepat, tapi performance agak konsisten... Kira okelah tu kan?

Alhamdulillah... Kejohanan Bowling kali ni selesai dalam pukul 5.00 petang.. Majlis seterusnya diteruskan dengan Majlis Penyampaian hadiah...

MC Memulakan Majlis Penyampaian hadiah..

Para peserta dah tak sabar nak menunggu nama pemenang diumumkan...

"Antara Rakan Blogger @ #BBN Yang Menyertai kejohanan Bowling Kali ini:
  • Encik Fakhrul (Penasihat Terhormat #BBN)  lynk.my
  • dan lain-lain.."

Antara Pemenang Hadiah Cabutan Bertuah..

Yeop... Memang pembakar Roti... Tahniah!
Pss... Kalau nak datang bakar roti, boleh singgah rumah Yeop.. ;)


Tak dapat menang Lenovo... Dapat Menang katle pun jadilah.. Tahniah!
Pengerusi #BBN, Encik Kamil Salleh menyempaikan hadiah kepada pemenang Cabutan Bertuah

Senarai Pemenang Kejohanan Bowling #BBN Vs lynk.my..

Top 5 Kategori Individu lelaki:
  1. Uncle Sam - 495 jatuhan Pin (Menang LENOVO A6000)
  2. Zakwan - 476 jatuhan Pin
  3. Anuar - 462 jatuhan Pin
  4. Azam - 364 jatuhan Pin
  5. FT - 348 jatuhan Pin
Top 5 Kategori Individu Wanita:
  1. Seri Nian - 296 jatuhan Pin (Menang LENOVO S60)
  2. Iuzira - 232 jatuhan Pin
  3. Afrina - 227 jatuhan Pin
  4. Hidayah - 196 jatuhan Pin
  5. Dhia - 150 jatuhan Pin
Top 5 Kategori Berpasukan:
  1. Team SERI (lane 13) - 1122 jatuhan Pin 
  2. Team DHIA (lane 10) - 991 jatuhan Pin
  3. Team ZAKWAN (lane 8)- 917 jatuhan Pin
  4. Team FT (lane 9) - 875 jatuhan Pin
  5. Team YEOP (lane 7)- 773 jatuhan Pin

Jumlah Mata Individu dan Kumpulan dalam Kejohanan Bowling #BBN Vs lynk.my
Jumlah Mata Individu dan Kumpulan dalam Kejohanan Bowling #BBN Vs lynk.my

Kalau ikutkan hati, memang ada keinginan juga nak menang Lenovo hari ni... Boleh bagi Lenovo pada anak-anak, buat main game... Tapi, nampaknya bukan rezeki saya dan anak-anak pada kali ni..

Walaubagaimanapun, saya ucapkan tahniah kepada rakan sepasukan, kerana team kami berjaya menjadi johan berpasukan dalam kejohanan bowling kali ni...

Dan tumpang gembira juga, sebab rakan sepasukan berjaya menang Lenovo utk kategori terbaik individu wanita... Tahniah!!

Pasukan Lane 13 berjaya menjadi Johan Berkumpulan dengan jumlah mata sebanyak 1122 jatuhan pin... 

Ketua Pasukan lane 13, Puan  Seri Nian  berjaya menenagi Smartphone Lenovo S60 setelah mengungguli kategori terbaik wanita ..

Maaf.. Sebab tak ada gambar-gambar pemenang yang lain... Saya cuma dapat kongsikan gambar-gambar yang terdapat dalam koleksi saya sahaja.. Tahniah diucapkan kepada semua Pemenang!!

Secara keseluruhannya... Kejohanan Bowling kali ni dapat mencapai objektifnya... Iaitu Mengeratkan Siratulrahim di antara blogger-blogger dalam Best Blogger Network (#BBN) dan Lynk.my..

Semua peserta kelihatan gembira.. Hati riang, perut pun kenyang... 

Walaupun ada peserta yang mengadu sakit tangan... TAPI, Kenangan indah di Plaza Alam Sentral Shah Alam akan terpahat dalam ingatan kita buat selamanya... Itu yang mahal tu.. ;)

Gambar kenangan di Kejohanan Bowling #BBN Vs lynk.my

Semoga ikatan yang terjalin pada hari ini akan dapat berkekalan untuk selamanya... Dan diharapkan semoga ada lebih banyak aktiviti lain seumpama ini dapat dianjurkan pada masa-masa akan datang...  In Shaa Allah..

Akhir kata.... Tahniah saya ucapkan kepada lynk.my kerana sudi menganjurkan Kejohanan Bowling yang sangat best ini... Dan Terima kasih diucapkan kepada ikedaikami.com kerana sudi menaja Hadiah-hadiah yang Best!!

Buat Geng-geng Best Blogger Networ (#BBN), sememangnya diakui..... Korang memang Best!!! 

Jumpa lagi lain kali... 

13 ulasan:

  1. bestnya tapi sayang tak dapat dtang....

    BalasPadam
  2. Terbaik tuan..insha Allah jumpa lagi

    BalasPadam
  3. Terbaik tuan..insha Allah jumpa lagi

    BalasPadam
  4. terbaik la mnang ketogori kumpulan..

    BalasPadam
  5. Waa.. tahniah ^^ Macam seronok kejohanan gini kan..

    BalasPadam
  6. Saya suka part Makan tu...mmg best. Sy pun baru kenal fahrul tu yg mane..

    BalasPadam
  7. Happening nya best join dpt handphone

    BalasPadam
  8. Happening nya best join dpt handphone

    BalasPadam
  9. memang best sgt hangout dengan anak2 dan suami...alhamdullilah

    BalasPadam
  10. Hebat geng BBN ni, saya tak dapat nak join sama sebab balik kampung time tu

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra