Sabtu, 13 Jun 2015

Aktiviti Treasure Hunt di SBB Yeos 2015

with 9 comments
Assalamualaikum  dan Salam Sejahtera..

Pada 13 Jun 2015, bertempat di Taman Cabaran Putrajaya.. Telah diadakan satu aktiviti Treasure Hunt sempena Majlis Sepetang Bersama Blogger (SBBYEOS2015)..

Aktiviti ini telah disertai hampir 100 blogger dari Malaysia dan Indonesia..

Kesemua peserta telah diagihkan kepada 10 kumpulan.. Yang mana setiap kumpulan terdiri daripada 8 hingga 10 peserta..

Dalam event ini saya berada dalam satu kumpulan bersama Bro Hazman Fadzil (Food Blogger), Namia Cinta, bro Muiz Misri, Ruzanna, Iuzira, Adza Danial Haiqal, Ayue Idris, dan Ina Falling Angel..

Treasure Hunt di SBB Yeos 2015
Kumpulan Sado @ KunAnta.. Memang Best.. ;)

Sepanjang aktiviti Treasure Hunt ini, Setiap kumpulan perlu menyelesaikan semua cabaran yang terdapat pada 6 Check Point yang disediakan.

Treasure Hunt di SBB Yeos 2015
Senarai Task yang perlu setiap kumpulan selesaikan di 6 Check Point dalam Treasure Hunt di SBB Yeos 2015

Tetapi ada syarat dan pantang larangnya...

Syaratnya semua peserta tak boleh berlari... Mana-mana peserta yang didapati berlari, satu kumpulan bagi peserta tersebut akan dikira sebagai disqualified..

Pertama kali saya jumpa Treasure Hunt yang ada peraturan macam ni... Tapi kita kena akur dengan kehendak penganjur... Lagipun pemenang bukan ditentukan kepada kumpulan mana paling cepat sampai ke garisan penamat... Tetapi, kumpulan mana yang dapat kongsikan paling banyak # tag penganjur-penganjur SBB2015 di media-media sosial seperti Facebook dan Instagram..

# Tag berikut yang akan menentukan pemenang cabaran Treasure Hunt di SBB Yeos 2015:

#SBBYeos2015
#DenaihatiNetwork
#BloggerEvent
#TreasureHuntYeos
#BakarlahBBQ
#JopanaMy
#TheSumbs
#ThePhotolicious
#eQurban
#JamTawafDenaihati
#BTHYEOS01

So, strategi kumpulan kami.. setiap kali kami ada gambar tentang Treasure Hunt SBB Yeos 2015, kami akan kongsikan di media sosial berserta dengan semua # tag di atas... Walaupun tidak termasuk arahan seperti yang perlu kami lakukan di setiap Checkpoint..

Baiklah... Jom tengok Task yang perlu kami laksanakan di Chek Point Pertama Treasure Hunt SBB Yeos 2015

Treasure Hunt di SBB Yeos 2015
Melengkapkan Jig Saw Puzzle di Check Point Pertama Treasure Hunt SBB Yeos 2015

Jig Saw Puzzle tu tak complete.. Ada satu yang hilang... Pada mulanya ingatkan tercicir... Kemudian kami terperasan di belakang kepingan Jig Saw Puzzle tersebut ada tulis "Untuk mendapatkan kepingan yang terakhir, kena panjat dinding"..

Dahlah kena panjat dinding.. Lepas tu dekat atas tu ada 2 pilihan air kotak.. Salah satu air kotak tersebut mengandungi kepingan Jig Saw Puzzle yang terakhir.. Kalau dapat Air kotak yang betul, selesai masalah... Tapi kalau terpilih air kotak yang salah, kena panjat sekali lagi untuk mengambil air kotak yang betul..

Treasure Hunt di SBB Yeos 2015
bro Muiz Misri memanjat Wall Climbing untuk mendapatkan kepingan Jig Saw Puzzle yang terakhir

Mujur pula bro Muiz Misri cekap memanjat.. Belum sempat lagi kami nak cek dekat air kotak pertama yang beliau turunkan, beliau dah panjat untuk kali yang kedua... Walaupun air kotak pertama yang beliau pilih adalah betul, tapi kami tetap dapat dua air kotak... hehehe..

Terima kasih Bro Muiz, dapat tambahkan stok air kotak sebagai bekalan perjalanan kami... ;)

Setiap kali selesai satu tugasan, kami perlu kongsikan gambar kami satu kumpulan di Check Point tersebut menerusi media sosial... Ini syarat utama yang telah ditetapkan oleh penjaga Check Point.. Selagi tiada bukti gambar kami telah dikongsikan di media sosial, selagi itu kami tidak dibenarkan meninggalkan mana-mana check point untuk pergi ke Check point seterusnya..

Treasure Hunt di SBB Yeos 2015
Di Wall Climbing setelah berjaya menyelesaikan task yang pertama..

Semasa berada di dalam Wall Climbing, kami menghadapi masalah untuk Upload gambar kami di Media Social... Beberapa talian telefon menghadapai masalah Coverage... Mujur Best Mobile tidak menghadapi masalah tersebut... Dapatlah saya bantu kumpulan untuk Upload gambar di Media Sosial.. 

Sedikit perkongsian tentang Best Mobile.. Best Mobile merupakan talian telefon terbaru di Malaysia.. Baru diperkenalkan pada bulan Mei yang lalu.. Rangkaian talian Best Mobile dikenali sebagai MyBest... Talian ini disokong oleh Maxis dan U Mobile... Sebab itu ia mempunyai coverage yang lebih stabil di kawasan-kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk seperti di Putrajaya.



Ok.. Berbalik semula kepada cabaran Treasure Hunt SBB Yeos 2015 di Check Point yang seterusnya... Saya kongsikan gambar-gambar je lah yer... Sebab tak larat nak ulas panjang-panjang...

Treasure Hunt di SBB Yeos 2015 Susun Kerusi
Check Point Kedua : Berdasarkan arahan yang diberikan oleh rakan satu kumpulan Namia Cinta perlu bergerak dalam keadaan mata yang tertutup untuk mengambil 3 kotak, kemudian perlu menyusun Kotak-kotak tersebut di bawah kerusi sama seperti di dalam gambar yang diberikan

Check Point ke 2 : Terapungkan Jarum dalam air

Inilah hasilnya... Jarum tenggelam di dalam air...

Check Point ke 3 : Berdirikan air tin dalam keadaan condong 45o... Macam tak percaya kami boleh melakukannya.. Selamat tak kena denda... hehehe

Treasure Hunt kali ini ternyata mencabar fizikal dan mental peserta. Walaupun tidak melibatkan aktiviti lasak, tapi letih jugalah kena berjalan kaki naik turun bukit, disamping menyelesaikan tugasan yang diberikan..

Sekiranya terdapat kumpulan yang tidak berjaya menyelesaikan task dalam satu-satu ceck poin... Kumpulan tersebut akan didenda... dendanya tak susah, tapi agak memenatkan... hehehe.. ;)
Treasure Hunt di SBB Yeos 2015
Di Check Point yang keempat memang memenatkan.. disebabkan satu ahli kumpulan tak berjaya jawab soalan, satu kumpulan kena denda..

Check Point yang ke 5: Masa ni ketua sahaja yang tahu task apa yang perlu kami lakukan.. Kemudian dengan menggunakan bahasa Isyarat (mulut tak boleh bersuara) ketua kumpulan mengarahkan kami untuk membuat gaya binatang yang berbeza.. Saya buat gaya monyet. ada rakan lain buat gaya zirafah, gajah dan sebagainya... Ada gaya binatang yang kami sendiri tak dapat nak teka... Tapi okjerlah.. asalkan gaya kami tak sama di antara satu sama lain... ;)

Dah selesai buat gaya tersebut ketua kumpulan kena snap gambar satu kumpulan dan kongsikan di media sosial bersama # tag yang saya nyatakan di atas...

Treasure Hunt di SBB Yeos 2015
Tugasan yang kami laksanakan di Check Point yang ke 5

Tugasan di Check Point yang ke 6 paling mencabar di antara kesemua cabaran...

Kami perlu menghasilkan satu entri sepanjang 350 patah perkataan berserta 3 gambar yang disyorkan oleh penganjur di salah satu blog kami. Kemudian entri yang paling banyak mendapat bilangan like dan share akan mendapat mata tertinggi..

Perghh.. Bukannya senang nak menulis entri dekat blog secara sepontan macam ni... Sepanjang saya menjadi blogger, saya tak pernah menulis entri dengan menggunakan Smart Phone... Inilah kali pertama saya melakukannya..

Disebabkan ini task kami yang terakhir, saya dan Bro Hazman Fadzil cuba melakukannya.. Blog siapa dulu yang dapat menghasilkan entri memenuhi syarat yang ditetapkan, entri tersebut akan dihantar sebagai penyertaan kumpulan kami.

Tengah kami menulis entri, waktu tu time makan tengahari...

Kebanyakan orang dah makan, tapi entri kami tak siap lagi... 

Perytpun mula berbunyi minta diisi... Tokey Bakarlah BBQ ada bersama kami menceritakan tentang proses penyediaan Kambing Panggang dan Ayam panggang.. Masing-masing memuji keenakan Kambing Panggang yang telah mereka nikmati...

Masa ni Bau daging Kambing Panggang ternyata telah mengganggu kensentrasi penulisan saya... Fikiran dah melayang.. Kepala dah tak dapat menjana idea untuk menulis... 

Ni tak boleh jadi ni.. Kena makan dulu... hehehe...

Kambing Bakar BBQ di Treasure Hunt SBB Yeos 2015
Makanan tengahari kami ditaja oleh Bakarlah BBQ..
 Memang sedap kambing panggang yang disediakan.

Kesudahannya, entri di blog Bro Hazman Fadzil yang dihantar sebagai penyertaan kumpulan kami... Maaf ye kawan-kawan Kumpulan Sado @ KunAnta sekiranya korang membaca entri ini... ;)

Secara keseluruhannya saya dan ahli kumpulan yang lain sangat berpuas hati kerana dapat menyertai event ini... Melalui SBB2015 kami berpeluang mengenali ramai rakan blogger secara face to face...

Memang best...

Terima kasih saya ucapkan kepada penganjur dan para penaja event ini yang terdiri daripada Team Denaihati Network, Yeos Malaysia, Bakarlah BBQ, Jam Tawaf Denaihati, Equrban, JopanaMy dan lain-lain..


Yeos Malaysia Penaja Utama SBB2015

Terutamanya penaja Utama Event ini iaitu Yeos Malaysia..

Yeos sekali lagi menjadi penaja utama SBB2015, sama seperti SBBYeos2014 yang lalu..

Sepanjang saya menyertai aktiviti SBB2015, daripada mula saya keluar daripada pintu kereta sehinggalah ke penghujung event ... Setiap masa saya dapat menikmati keenakan minuman Yeos.. 

Lepas ni, setiap kali kami mengingati saat-saat manis bersama SBB2015, pasti kami akan teringatkan YEOS...

Masakan tidak.... 

Disetiap check point ada minuman Yeos.. semasa sarapan pagi kami menikmati produk YEOS..  Makan tengahari juga turut disajikan dengan minuman air YEOS..

Pendek kata tak sempat nak rasa dahaga.. Sebab di mana-mana sahaja kami pergi, minuman Yeos sentiasa dekat di hati kami...

Terima kasih banyak-banyak YEOS.. lain kali boleh support kami lagi.. ;)

Kami kumpulan Sado@Kunanta Support YEOS.. Yeahhhh..

Diharapkan kumpulan kami, iaitu kumpulan Sado@Kunanta dapat menang hadiah utama treasure Hunt pada kali ini... hehehe... Doakan yer. ;)

Jom support semua penaja Majlis Sepetang Bersama Blogger Yeos 2015...

#SBBYeos2015
#DenaihatiNetwork
#BloggerEvent
#TreasureHuntYeos
#BakarlahBBQ
#JopanaMy
#TheSumbs
#ThePhotolicious
#eQurban
#JamTawafDenaihati
#BTHYEOS01

Semoga event seumpama ini dapat diadakan lagi pada tahun hadapan.. dan diharap dapat jadi event tahunan untuk memberi peluang kepada blogger-blogger di Malaysia mengeratkan silaturrahim..

Secara keseluruhannya, SBB2015 memang best... Kepada yang belum pernah join, eloklah join pada tahun depan... Itupun kalau Team Denaihati Network ada anjurkan lagi pada tahun depan.... Harapnya adalah... ;)



9 ulasan:

  1. Tahniah tuan. Menarik betul acara yg dianjurkan. Sayang saya tak dapat join sebab ada personal matters..insyaAllah akan datang.. :)

    BalasPadam
  2. Haaa..... kisahnya macam tu pulak yea.... tu yang macam pelik sebab tiba-tiba hilang , rupa-rupanya BAKARLAH BBQ memanggil yea....Apapun rezeki kita dapat tempat ketiga tempohari...Pengalaman yang baik untuk kita semua

    BalasPadam
  3. Wah, ada denda ya untuk ahli kumpulan kalau salah menjawab soalan?

    BalasPadam
  4. hoho..

    siapa yang kena denda tu..

    BalasPadam
  5. sempoi lah entry ni...mhehehehe

    BalasPadam
  6. menarik dengan treasure hunt ni. company sy bekerja pun buat aktiviti mcm ni. aktiviti tahunan katanya. hehehe

    nice entry !

    Jemput follow dan singgah blog sy :)

    BalasPadam
  7. salam kenal, jumpa lagi event akan datang

    BalasPadam
  8. Memang menarik. Ruginya Mek ila tak dapat hadir. Moga ada peluang lagi di tahun akan datang.

    BalasPadam
  9. Memang sangat mencabar fizikal ni...

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra