Khamis, 5 Mei 2016

Rahsia Jual Air Balang di Bazar Ramadhan dapat untung RM7 RIBU sebulan

with 20 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Masih ingat lagi cerita 7 tahun lepas sewaktu saya bertugas di Mukah Sarawak. Pada masa tu ada seorang rakan sekerja lelaki, berhajat nak bercuti tanpa gaji selama sebulan pada bulan Ramadhan.  

Pada masa tu Saya terfikir.. Biar betul Abang XXX ni??.. Gaji beliau sebulan ada dalam lingkungan RM5 ribu (Beliau jauh lebih senior daripada saya)... Kalau bercuti tanpa gaji selama sebulan, ini bermaksud beliau tak akan mendapat gaji sebanyak RM5 ribu.

Bukan sikit RM5 ribu tu. Lagi pula dekat nak raya.. Macam-macam duit nak pakai.. Nak beli baju raya, nak beli kuih raya, nak beli tiket kapal terbang balik semenanjung, nak beli mercun, nak sediakan duit raya untuk kanak-kanak dan sebagainya.. Biar betul Abang XXX ni... Bisik hati kecil saya... 

Abang XXX bagi tahu, dia nak ambil cuti tanpa gaji sebulan sebab nak berniaga air dekat Bazar Ramadhan.. Dia rasa, keuntungan dengan menjual air di Bazar Ramadhan akan dapat balik cover duit gaji dia.

Dia apply permohonan cuti tanpa gaji tersebut.... Tapi tak lepas... Sebab bukan senang-senang ye pengarah nak lepaskan cuti tanpa gaji ni... Kalau alasan tak kukuh jangan harap boleh lepas...

Ok... Selesai sudah cerita Abang XXX...

Cerita Kedua..

Semasa saya baru berkhidmat di Sabak Bernam Selangor, ada juga seorang rakan sekerja perempuan mohon cuti tanpa gaji selama sebulan di bulan Ramadhan...

Saya tak ingat dia bagi alasan apa... Tapi permohonannya di terima...

Bukan main seronok lagi rakan saya tu...

Rupa-rupanya sepanjang cuti tanpa gaji selama sebulan tu.. Dia jual air di bazar Ramadhan...

Setiap kali update status di facebook.. Cerita tentang dia jual air di bazar Ramadhan.. Hampir setiap hari update status yang sama..

Kali ni saya terfikir lagi... Boleh cover balik ke keuntungan jual air di Bazar Ramadhan ni dengan gaji sebulan yang dia tak dapat tu?

Kalau tak silap masa tu gaji kawan saya tu dalam lingkungan RM3 ribu lebih sebulan...

Kini Persoalan Telah pun Terjawab.


Ya... Pada hari ni persoalan-persoalan tersebut telah pun terjawab... Setelah membaca perkongsian Encik Mizan Sulaiman , yang berjaya menjana keuntungan lebih RM7 RIBU ringgit dengan hanya menjual air di Bazar ramadhan.. Untuk maklumat lanjut, boleh BACA DI SINI

Jual Air di Bazar Ramadhan boleh untung RM7 RIBU sebulan
Jual Air di Bazar Ramadhan boleh untung RM7 RIBU sebulan

Di laman web tersebut, Encik Mizan Sulaiman berkongsi pengalaman dia berniaga air di Bulan Ramadhan sejak tahun 2008 lagi. 

Selain itu, bliau juga turut menjual air di pasar malam, pasar tani, dan juga di karnival-karnival IKS di Selangor, Putrajaya dan juga Kuala Lumpur.

Pada tahun lepas, beliau berjaya meraih keuntungan melebihi RM7,000 dengan menjual air di Bazar Ramadhan. Kagum dengan kejayaan beliau...

Patutlah dua orang rakan saya tu beria sangat nak cuti tanpa gaji selama sebulan semata-mata nak menjual air di bazar Ramadhan.. Rupanya inilah rahsianya..

Keuntungan yang bakal diperolehi boleh melebihi gaji seorang penjawat awam!!

Menurut Encik Mizan Sulaiman.. Keuntungan RM7 RIBU sebulan berjaya beliau perolehi dengan hanya berniaga di satu lokasi pasar Ramadhan sahaja dan hanya menjual 3 balang air sahaja!

Setiap hari..  ketiga-tiga balang air tersebut habis licin dijual!

Bukan mudah ye nak berjaya seperti beliau... Lebih lebih lagi berhadapan dengan persaingan daripada penjual air lain yang turut berada di Bazar ramadhan yang sama..


Tentu ada "STRATEGI RAHSIA"  yang telah Encik Mizan lakukan hasil daripada pengalaman beliau berniaga air sejak tahun 2008 lagi..

Berniaga di Bazar Ramadhan 2016
Ribuan pengunjung Membajiri Bazar Ramadhan pada setiap hari..

Kos Rendah & Untung Lebih Dari 1000%

Menurut Encik Mizan, Kos permulaan serta kos harian untuk berniaga air ini agak rendah. Anda boleh memulakan bisnes air ini dengan modal permulaan di bawah RM1,000.  (Kos membeli kanopi, meja, serta balang air)

Manakala, kos untuk membuat air pula, sekitar RM100 setiap hari, (bergantung kepada jenis air yang anda mahu jual).

Sebagai contoh... Jika anda mahu menjual air soya, kos untuk membeli 1kg kacang soya dan 2 beg ais, adalah sekitar RM12 sahaja. Namun setelah di proses menjadi air soya dan dimasukkan ke dalam balang air untuk dijual, anda boleh menjualnya sebanyak 120 cawan. Jika setiap cawan di jual dengan harga RM1.00... Bermakna anda sudah memperolehi RM120... Peningkatan sebanyak 1,000% dari modal yang dikeluarkan.

Itu kalau anda jual pada harga RM1.00 secawan... Bagaimana kalau anda menjual pada harga RM1.20 atau RM1.50 secawan?

Begitu juga dengan air-air yang lain.... Kadar keuntungan kasar bisnes air ini...  selalunya adalah 500% ke atas berbanding kos modal yang dikeluarkan.

Ambil purata setiap balang anda boleh untung RM100 sehari (keuntungan minimum).... 3 balang bersamaan RM300 sehari... sekiranya anda berniaga selama 30 hari, mungkin inilah hasil yang bakal anda perolehu.. 


RM300 sehari X 30 hari = RM9,000 sebulan.

Itu kadar keuntungan untuk 3 balang air.... Kalau anda nak rezeki lebih, anda perlulah sediakan lebih banyak balang air... Dan setiap balang mengandungi pelbagai perisa yang dapat menarik perhatian pengunjung Bazar Ramadhan..


Berminat nak Belajar Strategi Bisnes Jual Air Di Bazar Ramadhan daripada Encik Mizan?

Antara strategi yang akan dikongsikan oleh Encik Mizan ialah:
  • Tips memilih Lokasi Bazar Ramadhan
  • Peralatan serta kelengkapan yang diperlukan untuk berniaga di Bazar ramadhan
  • Persediaan & Pengurusan Masa Berniaga
  • Resepi 8 Jus BEST SELLER
  • Rahsia Sulit Jus Yang LARIS
  • Case Study - Bagaimana Encik Mizan JANA RM7K SEBULAN dengan Bisnes Air
  • Resepi terbaik Air Soya 
  • Resepi terbaik Jus Durian belanda
  • Resepi terbaik COCONUT SHAKE
  • Resepi terbaik JUS KEDONDONG ASAM BOI
Dapatkan maklumat-maklumat berikut menerusi laman web www.bisnesairbalang.com


Semoga Bermanfaat..


Info Berkaitan :


20 ulasan:

  1. Pergghhh.. giler masyuk jual air nie

    BalasPadam
    Balasan
    1. tulah... kalau boleh dpt cuti tanoa gaji selama sebulan.. nak jer try jual air ni... tapi masalahnya tak boleh.. sebab kelas tak ada siapa nak ganti..

      Padam
  2. Bagus ni. Mesti belajar sekarang macam mana buat air yang sedap untuk jual pada bulan puasa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. nak berniaga kena ada ilmu... baru boleh masyukkk...

      Padam
  3. Balasan
    1. tu lah... rasa macam tak percaya kan?.. tapi itulah hakikatnya yg sebenar..

      Padam
  4. Jual air memang untung sekali walaupun sikit tapi kalu ramai yang beli untung dia jadi berganda

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu... teringat cerita pendatang Indonesia dalam buku Menjejaki Jutawan Senyap tulisan Chef Li.. pendatang indonesia tu meniaga cendol sahaja untuk menjadi jutawan senyap..

      Padam
  5. Harap orang yang berniaga ni pun buat air secara ikhlas
    Biasanya kalau ikhlas memang orang akan sentiasa datang beli
    Tak percaya cubalah sendiri..

    BalasPadam
    Balasan
    1. yurp.. nasihat yang berguna daripada bos penjual air... terima kasih diatas nasihat yg diberikan..

      Padam
  6. Patut laa...
    memang berbaloi cuti tanpa gaji kalau boleh dapat income macam tue...

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh dapat income 1.5 kali ganda daripada gaji bulanan... boleh guna buat duit raya..;)

      Padam
  7. Jual air bagus. yang den menyampah bilo ado yg jirus air baki (tak terjual) dekat atas jalan tar/tanah. Lepas tu naik la bau bila lalu tempat2 parkir yg jadi tapak niaga tu. pada orang2 macam ni demo ado fikir halal ke tak rezeki tu? Meniaga biar lah beretika ye semuo. peace yo

    BalasPadam
  8. memang untung tapi sekarang ni banyak lot bazaar disewakan melampau harga logik akal pulak jadinya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ramai juga peniaga cuba nak ambil kesempatan untung atas angin.. sewa tapak, kemudiakan sewakan semula tapak kpd org lain dgn sewa yg lebih mahal.. tak eloklah mcm tu..

      Padam
  9. jual air ni memang tinggi profit margin nya, janji rajin dan usaha inshaallah berjaya mencapai target

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya betul.. saya setuju.. janji kena rajin.. dan sentiasa bermurah hati untuk bersedekah..

      Padam
  10. replica bags koh samui hermes fake e6d90u1q34 replica bags in gaffar market replica bags online find more p8k74o2u59 replica bags in delhi this o1o07c8b76 gucci replica handbags replica bags india

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra