Jumaat, 19 Februari 2016

Pemenang Contest SEO Pengalaman Bersama ONEXOX

with 27 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf banyak-banyak terutamanya kepada para pembaca blog saya, para peserta contest SEO ONEXOX, dan para penaja contest ONEXOX di atas kelewatan menyiarkan keputusan pemenang Contest ini.

Ya... Sejak akhir-akhir ini saya terlalu sibuk... Bermula dari awal bulan Januari lagi, sejak Pembentangan Semula Bajet 2016.


1. Kesan Pembentangan Semula Bajet 2016 

Pembentangan Semula Bajet 2016 telah memberi kesan kepada pemotongan Budget di Organisasi di tempat saya bekerja sebanyak 30% berbanding peruntukan tahun-tahun sebelumnya...

Bila budget dah kena potong 30%, saya yang turut terlibat dengan urusan perolehan kerajaan untuk Jabatan saya terpeksa membuat semula anggaran budjet untuk mengurangkan apa yang patut.  



2. Lahir anak ke 4 pada 9 Januari 2016 dan jaga isteri berpantang sendiri di rumah 

Syukur Alhamdulillah di atas kelahiran anak kami yang ke 4 pada 9 Januari 2016 melalui kaedah pembedahan di Hospital Teluk Intan, Perak.

Ini kali pertama isteri saya melahirkan anak melalui kaedah pembedahan (disebabkan baby besar, Lahir 3.8 kg). Walaupun ini merupakan kali ke 2 saya jaga isteri berpantang sendiri  di rumah, tapi kali ni agak kelam kabut sikit.. Sebab dalam masa yang sama nak mengirakan urusan 2 orang anak yang bersekolah. Kedudukan sekolah pula terletak sejauh 25 km dari tempat tinggal kami. 

Bila dah anak semakin bertambah ni, dah mula rasa kelam kabut bila kedudukan sekolah anak-anak dan tempat saya bekerja jauh dari rumah sewa.. Penyelesaiannya sekarang ni dalam proses untuk berpindah ke kuaters di tempat kami bekerja..


3. Terlibat dengan Jawatankuasa Teknikal catur Sukan IPT 2016 (SUKIPT 2016) 

SUKIPT kali ni diadakan di UTM, Skudai, Johor. Tempat baru bagi kejohanan ini, setelah dua sesi yang sebelumnya diadakan di Politeknik Shah Alam.

Disebabkan berlaku salah faham antara Venue Koordinator dan Penyelaras sukan Catur, menyebabkan tiada kemudahan internet disediakan di lokasi kejohanan. Kesudahannya, saya tak dapat menyiapkan kerja-kerja yang sepatutnya saya lakukan di blog catur SUKIPT... Huhuhu..

Apabila dah sampai ke rumah, ingatkan dapat balik cover kerja-kerja yang dah terbengkalai tersebut. 

Tapi sangkaan saya silap... 

Sekarang ni anak saya yang ke 3 (baru berumur 2 tahun), tak bagi langsung peluang kepada saya untuk mengadap komputer.. Baru jer nak buka komputer, mulalah dia buat perangai.. Huhuhu..

Sebagai seorang ayah, saya perlu memahami anak saya... Kasih sayang dan perhatian yang sebelum ini dia perolehi dari seorang ibu, kini telah beralih arah kepada adik yang baru.


4. Diminta untuk mengadakan Bengkel Penulisan Blog kepada Rakan Sekerja. 

Rasa macam tak percayakan??... 

Ada juga yang berminat nak belajar menulis blog daripada Blogger picisan seperti saya...  

Walaupun saya seorang blogger amatur... Nak update blog sendiri pun tak menang tangan.. Saya gagahi juga permintaan rakan-rakan saya.. Dalam bengkel tersebut, sempat juga saya wujudkan satu lagi blog bengkelblogjke.blogspot.com

Disebabkan malu dengan para peserta, saya pun ambil inisiatif untuk update beberapa templete blog saya.... Contohnya :

Ya... Sambil menyelam minum air..

5.
..
..
6.
..
..
7.
..
..

Banyak pula saya tulis kali ni.... Maaf ye, kerana terpaksa membaca luahan hati saya... 

Baiklah... Sekarang merupakan masa yang ditunggu-tunggu....


Keputusan Contest SEO Pengalaman Bersama ONEXOX




Kedudukan Ranking Keyword "Pengalaman Bersama ONEXOX" di Page Pertama dan Kedua Google yang diambil pada 21 Januari 2016. 
Sumber : KLIK DI SINI

Kesemua pemenang tersebut adalah Valid.. Setelah semakan dilakukan dalam sistem pendaftaran ONEXOX..



Kesemua pemenang akan saya hubungi menerusi SMS melalui nombor telefon ONEXOX yang anda miliki...

Jadi, sila pastikan nombor phone ONEXOX anda kekal aktif supaya boleh menerima dan seterusnya membalas SMS saya nanti...


Penghargaan Kepada Penaja Contest SEO Pengalaman Bersama ONEXOX

Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penaja Contest ini.. 


Saya memohon maaf di atas kelemahan dan kekurangan sepanjang saya menganjurkan Contest ini. 

Pada minggu depan, saya juga akan memulangkan semula baki Simkad ONEXOX yang ditaja oleh para penaja contest ini...


Lebihan Simkad ONEXOX milik Penaja kartun-online.blogspot.my

Lebihan Simkad ONEXOX milik Penaja ciktom.com

Lebihan Simkad ONEXOX milik Penaja vitamin-cerdik.com

Lebihan Simkad ONEXOX milik Penaja ajumohit.com

Saya akan pulangkan lebihan Simkad ini kepada tuan yang empunya (Penaja). Kemudian terpulang kepada tuan yang empunya samada nak simpan, nak hadiahkan kepada orang atau nak jual semula Simkad ini.

Saya akan membantu dari segi pengaktifan Simkad, supaya Tuan yang empunya Simkad akan dapat menikmati ganjaran Komisyen sebanyak 6%, setiap kali pengguna Simkad tersebut melakukan Topup. 

Akhir kata...

TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMENANG..
TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PENAJA..

P/S : Kalau tak keberatan, minta tolong Like Page Jimat Bersama ONEXOX. TQ

27 ulasan:

  1. Tahniah buat semua pemenang. Semuanya hebat dalam SEO.

    BalasPadam
  2. Tahniah semua. Tak terlawan SEO mereka ni. Bukan senang nak berada dalm top 10 macam ni.

    BalasPadam
  3. Tahniah kepada pemenang. Dan kepada anuar semoga dipermudahkan urusannya untuk 2016

    BalasPadam
  4. Taniah untuk pemenang contest ONEXOX ini

    BalasPadam
  5. hebat semua pemain seo kali ini.. tahniah semua diucapkan!!!

    BalasPadam
  6. saya paling suka tengok kalau ada contest seo berlangsung.best sebab boleh belajar sama teknik yang blogger gunakan.

    BalasPadam
  7. tahniah kepada semua para pemenang ye.

    BalasPadam
  8. tahniah kepada para pemenang dan lebihan kad itu rasa macam nak minta dengan pihak penaja..

    saya tak join kontest ini sebab banyak komitmen lain suatu ketika dahulu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mr Hanafi, boleh dapatkan Simkad Percuma di page ini..
      -> https://www.facebook.com/DealerONEXOXSabakBernam

      Masih ada baki Simkad Percuma untuk dimiliki..

      Padam
  9. Tahniah kepada pemenang contest..

    Tahniah juga kepada blogger Anuar atas anugerah cahaya mata yang baru

    BalasPadam
  10. Tahniah kepada yang berjaya...

    BalasPadam
  11. tahniah kepada semua pemenang...walaupun aku peserta tapi lebih banyak memerhati sahaja...semuanya hebat-hebat

    BalasPadam
  12. Tahniah kepada semua peserta, memang cukup hebat penangan peserta untuk berlumba duduk di SERP teratas. All thr best...

    BalasPadam
  13. Tahniah kepada semua yang menang, memang owesome dan terbaik contest kali ni

    BalasPadam
  14. Assalammualaikum... Tahniah semua yg menang, tq penaja2 & penganjur.

    BalasPadam
  15. Tahniah buat semua peserta Dan pihak penganjur serta penaja terutama buat para pemenang. :)

    BalasPadam
  16. Mantap..tahniah kepada pemenang

    BalasPadam
  17. Salam, alhamdulillah ada rezeki menang buat kali kedua sertai contest SEO yg tuan anuar anjurkan. Tahniah juga buat kesemua pemenang, anda semua hebat.

    BalasPadam
  18. tahniah pada semua pemenang..shah danial masuk terus berdesup no.1..hhuhu

    BalasPadam
  19. Bestbya tgk orang menang..bab seo tu ajar la sikit.heheh

    BalasPadam
  20. Tahniah kepada peserta yang menang ... :)

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra