Ahad, 6 Disember 2015

HASIL selepas TIRU Strategi Pemasaran Air Asia.. (Terbukti Berkesan!!)

with 4 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Air Asia merupakan sebuah syarikat penerbangan yang cukup dikenali oleh seluruh rakyat Malaysia, Asia, malah diseluruh dunia.. 

Apabila sebut sahaja Air Asia, orang ramai dapat membayangkan perkara-perkara positif seperti:
  • Tiket Penerbangan Percuma
  • Tiket Penerbangan Tambang Murah
  • Pesawat Air Bus berwarna Merah
  • Peramugari dan Peramugara yang cantik dan Kacak
  • Pelbagai pilihan makanan yang boleh di beli di atas kapal terbang 
  • dan lain-lain...

Sumber : AirAsia.com


Tiket Penerbangan Tambang Murah dan Tiket Penerbangan PERCUMA, merupakan kekuatan strategi penjenamaan dan pemasaran Air Asia.. Sehingga ia menjadi sebutan sebahagian besar rakyat Malaysia. Keadaan ini secara tidak langsung telah menyebabkan ramai rakyat Malaysia membantu mempromosikan syarikat penerbangan ini secara percuma.

Walaupun secara realitinya tempat Duduk/Tiket PERCUMA yang ditawarkan oleh Air Asia dalam satu-satu peromosi sebenarnya tidaklah banyak. Mungkin dalam 5 hingga 10% sahaja dari keseluruhan tempat duduk/tiket yang diiklankan di laman web AirAsia.com.

Tetapi disebabkan kewujudan Tempat Duduk/Tiket PERCUMA ini di laman web Air Asia, kita pun tanpa segan silu akan memberi tahu kepada rakan-rakan dan ahli keluarga kita..

"Ali, sekarang ni Air Asia tengah buat Promosi Tempat duduk PERCUMA... Baik ko buka laman web AirAsia.com sekarang" Kata Abu kepada Ali

"Taufik, Air Asia sekarang tengah tengah buat promosi tiket PERCUMA.. Taufik dah beli tiket balik kampung ke untuk raya tahun depan?" Kata Anuar kepada Taufik

"Yang.. Hujung tahun depan kita nak pergi bercuti ke mana yer... Sekarang ni Air Asia tengah buat promosi Tiket PERCUMA untuk penerbangan tahun 2016... Cuba ayang buka laman web Air Asia sekarang" Kata suami kepada isteri..

"Wei Bedah..  Rugi ko tak beli Tiket Air Asia sekarang ni.. Tengah murah wei... Siap ada Offer Tiket Penerbangan Percuma lagi tu...."  Kata Senah kepada Bedah

Lihat.. kesemua contoh-contoh dialog yang saya tulis di atas telah berjaya mempromosikan laman web Air Asia secara PERCUMA kepada kenalan-kenalan mereka...

"Cuba anda bayangkan, Apa yang akan berlaku kepada perniagaan anda... sekiranya ada 1 juta orang yang secara Sukarela mempromosikan laman web Perniagaan anda seperti Air Asia? BOOM... Dah tentu meletup perniagaan anda.. Daripada 1 juta, jadi 2 juta orang yang tahu... Daripada 2 juta orang, meningkat jadi 4 juta orang, 8 juta orang, 16 juta orang... dan seterusnya "  

Inilah kehebatan strategi pemasaran Air Asia... Walaupun secara hakikatnya, lebih ramai penumpang membeli tiket dengan pelbagai harga yang ditawarkan oleh Air Asia (ada yang mahal dan ada yang murah).. Berbanding penumpang yang berjaya mendapatkan tiket Percuma..  ;)



TIRU Strategi Pemasaran Air Asia..


Melihat kepada Rahsia kejayaan Strategi Pemasaran Air Asia, baru-baru ini saya cuba meniru strategi tersebut... Bukan Tiru bulat-bulat... Tapi Tiruvasi tau. (Tiru + Inovasi)

Kira macam try and errorlah ni..

Dengan menggunakan dua Tag lain yang hampir sama dengan Air Asia, iaitu:

  • Simkad Percuma
  • Simkad murah dan menjimatkan. 


dengan sukacitanya maka wujudlah Contest SEO Terbaik 2015... Setiap peserta akan dapat Simkad PERCUMA dan berpeluang memenangi hadiah wang tunai yang Lumayan... Terhad kepada 100 Peserta sahaja! 


Contest ini sedang berlangsung sekarang ni... Dan akan berakhir pada 20 Januari 2016.. Kepada yang berminat, masih ada masa lagi untuk menyertai Contest SEO ini... Dan yang bestnya, masih ada banyak lagi SIMKAD PERCUMA untuk diberikan kepada para peserta... 

Jadi, samada menang atau kalah setiap peserta akan dapat SIMKAD PERCUMA sebagai survinior daripada Penaja contest ini...


HASIL selepas TIRU Strategi Pemasaran Air Asia..



Ok... Baiklah, saya nak kongsikan hasil yang berjaya saya perolehi selepas tiru sikit-sikit strategi pemasaran Air Asia...

Setakat ini dah ada 363 jumlah pendaftaran yang saya terima... Daripada mereka yang berminat nak dapatkan SIMKAD PERCUMA...


Sumber : emelmatik.com

Hmmm.... Ramaikan?... 


Bilangan penyertaan dihadkan cuma 100 orang peserta sahaja... Tapi bilangan orang yang dah isi borang pendaftaran online setakat ini dah lebih 3 kali ganda..

Tapi sayangnya.... Bilangan peserta yang memenuhi syarat utama untuk menyertai contest ini tak ramai... Adalah dalam 20 orang...







Mereka yang selebihnya, sekadar tahu isi borang pendaftaran Online untuk mendapatkan SIMKAD PERCUMA.... Tapi, langsung tak baca peraturan untuk menyertai contest ini...  

Lepas tu, bila tak berjaya dapat simkad PERCUMA, saya pula yang dipersalahkan... huhuhu 

Contoh : Feedback daripada Peserta yang tak puas hati sebab tak berjaya dapat SIMKAD PERCUMA!!

Ya... Sepanjang lebih sebulan contest ini berjalan.... Bermacam-macam feedback yang telah saya terima daripada "Peserta" contest ini... Ada feedback positif, dan ada juga feedback yang negatif.... Biasalah tu ragam manusia...

Berikut antara feedback-feedback yang dapat saya kongsikan kepada para pembaca blog ini...

Feedback 1 : Daripada peserta yang tidak berjaya mendapatkan Simkad PERCUMA sebab tiada blog

Feedback 2 : Daripada peserta yang tidak berjaya mendapatkan Simkad PERCUMA sebab tiada blog

Feedback 3 : Daripada peserta yang tidak berjaya mendapatkan Simkad PERCUMA sebab tiada blog

Feedback 4 : Daripada peserta yang berjaya mendapatkan Simkad PERCUMA sebab ada blog

Feedback 5 : Daripada peserta yang ingin mendapatkan lebih dari satu Simkad PERCUMA.. Tapi sayangnya dia sendiri pun tak ada blog

Feedback 6 : Daripada peserta yang tidak berjaya mendapatkan Simkad PERCUMA sebab tiada blog. Tetapi berminat nak tahu cara lain untuk mendapatkan SIMKAD PERCUMA

Feedback 7 : Daripada peserta yang tidak berjaya mendapatkan Simkad PERCUMA sebab tiada blog. Tetapi berminat nak tahu cara lain untuk mendapatkan SIMKAD PERCUMA

Feedback 8 : Daripada peserta yang tidak berjaya mendapatkan Simkad PERCUMA sebab tiada blog. Dalam masa yang sama tak tahu macamana nak promosi link affiliate

Feedback 9 : Daripada peserta yang berjaya mendapatkan Simkad PERCUMA sebab ada blog. Tetapi tak ada idea nak buat entri kedua

Feedback 8 : Daripada peserta yang tidak berjaya mendapatkan Simkad PERCUMA sebab tiada blog. Tetapi berminat nak tahu cara lain untuk mendapatkan SIMKAD ONEXOX

Feedback 9 :

Feedback 10 :

Feedback 12 : Daripada peserta yang tidak berjaya mendapatkan Simkad PERCUMA sebab tiada blog. Tetapi berminat nak jadi Penaja

Feedback 13 : Daripada peserta yang tidak berjaya mendapatkan Simkad PERCUMA sebab tiada blog. Tetapi berminat nak jadi Penaja

Feedback 14 : Daripada peserta yang tidak berjaya mendapatkan Simkad PERCUMA sebab tiada blog. Tetapi berminat nak jadi Penaja
..
..
..
dan banyak lagi feedback yang lain... (Tapi tak larat nak kongsikan semuanya)


Kalau nak diikutkan memang ramai yang tak puas hati sebab tak berjaya dapat SIMKAD PERCUMA daripada saya...  

Tetapi setelah saya explain (Siap copy and paste syarat penyertaan), barulah mereka boleh terima kenapa mereka tak berjaya dapat SIMKAD PERCUMA..



Syukur Alhamdulillah... Setakat ini keadaan masih lagi terkawal...

Paling Best... Ramai juga yang berminat nak jadi Penaja Contest SEO ONEXOX... Tapi sayangnya, Kuota yang ditetapkan untuk jadi Penaja dah penuh... So, minta maaf... Saya tak dapat memenuhi permintaan anda untuk menjadi penaja contest ini.. Garap maklum....

Sehingga entri ini ditulis, dah ada 42 ejen affiliate ONEXOX yang berdaftar di bawah rangkaian saya... Syukur Alhamdulillah...


Ada insentif menarik disediakan kepada Ejen Affiliate ONEXOX... Walaupun pendaftaran untuk menjadi ejen adalah PERCUMA....

Salah satu insentif yang disediakan adalah seperti dalam gambar di bawah:


Ini baru komisyen jualan SIMKAD... Tetapi ada komisyen lain yang disediakan untuk pengguna SIMKAD ONEXOX...

Insentif ini KHAS untuk pengguna SIMKAD ONEXOX sahaja... Untuk maklumat lanjut boleh 

Walaubagaimanapun, perjalanan Contest SEO ONEXOX ini masih jauh lagi.... masih banyak hari-hari yang perlu dihitung bermula dari sekarang sehinggalah berakhirnya contest ini nanti....

Secara keseluruhannya....


Setakat ini saya berpuas hati... Sebab... dah nampak HASIL selepas TIRU Strategi Pemasaran Air Asia.. Terbukti Berhasil!! 


Syukur Alhamdulillah...

Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada para penaja contest ini iaitu:

Tanpa kehadiran mereka, mungkin contest SEO ONEXOX ini tidak dapat berjalan dengan lancar seperti sekarang.... Terima kasih banyak-banyak yer....  

P/S : Kalau ada kelapangan masa, jemputlah singgah ke blog-blog milik penganjur contest ini....  ;)


Info Berkaitan:

4 ulasan:

  1. benda free, memang ramai la yang nak. hehe.. 

    BalasPadam
  2. ramai mendaftar, banyak juga baca kat fb depa sharing sana 

    BalasPadam
  3. Macam-macam perangai manusia ni kan, dah la tak ikut peraturan kalau tak dapat orang lain pula yang dipersalahkan 

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra