Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Semalam ada seorang sahabat lama tag saya ke sebuah Fanpage yang mendakwa Affiliate Junction Penipu. Admin Page tersebut mendakwa, Affiliate Junction merupakan Program Scam yang melaksanakan sistem Ponzi.


Mykad Smart Shopper Program di bawah Syarikat Affiliate Junction 
Sumber : Klik Di Sini


Saya pun dengan berlapang dada telah membaca page tersebut... Satu persatu isi kandungan page telah saya baca sehingga selesai..

Berdasarkan pandangan peribadi saya..... Saya melihat page tersebut agak berat sebelah.... Page tersebut hentam habis-habisan Affiliate Junction..

Dan kemudian ada fanpage lain yang lebih berpengaruh (Mempunyai puluhan ribu like), telah copy dan paste salah satu post daripada Fanpage pertama tadi.... Kesannya, semakin ramai yang berpendapat dengan admin Fanpage kedua mengatakan Affiliate Junction penipu... Termasuk orang yang tak tahu asal-usul, dan hanya membaca pendapat daripada sebelah pihak sahaja...

Lebih menyedihkan lagi, apabila salah seorang pengomen mengaku bekerja di jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tetapi beliau bagi tahu pun Program Mykad Smart Shopper ada dalam aplikasi Mykad.... huhuhu.... Sedihnya...




Kesudahannya, setelah beliau menyemak sendiri di laman web JPN, barulah beliau mengaku wujudnya Program Mykad Smart Shopper dalam aplikasi Mykad...



Nampak sangat, rakyat Malaysia ni kurang membaca... Tetapi bila ada isu 'hot' dekat Facebook, rajin pula mereka membaca... dan terus menulis komen yang mereka sendiri pun tidak pasti akan kesahihannya...   

Walaupun mereka bekerja di JPN, tapi saya percaya ada dalam kangan mereka pun tidak tahu... Siapa sebenarnya yang mengeluarkan Mykad?

Walaupun pada hakikatnya, mereka yang telah memproses permohonan Mykad... dan memberikan Mykad  yang telah siap kepada pemilik Mykad...

Saya harap selepas ini, mereka boleh mendapatkan Mykad Booklet secara PERCUMA untuk membaca kesemua 50 aplikasi Mykad...


50 Aplikasi Mykad yang terdapat dalam Mykad Booklet..
Boleh Dapatkan Mykad Booklet secara PERCUMA (KLIK DI SINI)

Jadi, sekarang dah terbukti Program Mykad Smart Shopper benar-benar wujud... Program ini telah diiktiraf oleh MSC, MDEC dan JPN... Kepada yang berminat nak mengaktifkan Mykad secara Online, anda boleh melakukannya menerusi laman web http://www.aktifmykad.com


Dakwaan yang mengatakan Affiliate Junction Penipu?


Ok... Selesai isu yang pertama... Harap semua faham dengan penjelasan yang saya berikan...

Sekarang ni kita pergi ke isu yang kedua pula... yang menjadi topik utama untuk entri ini....


Affiliate Junction dikatakan sebagai sebagai Program Scam yang melaksanakan sistem Ponzi..

Apa yang dikatakan sebagai Skim Ponzi?

Boleh tengok pada gambar di bawah:

Gambar Skim Ponzi.. 


Affiliate Junction dikaitkan dengan Skim Ponzi disebabkan skim pemasaran yang telah dilaksanakan melalui pendaftaran lesen sebagai Dealer atau Affiliate, seperti berikut:

1.) affiliate (RM1000)
- hanya boleh aktifkan 1000 mykad
- Boleh mendaftarkan Premis Perniagaan Tanpa had untuk menyertai program ini
- Sah setahun (Lepas setahun boleh renew lesen affiliate)

2.) AM (RM2000 + GST)
- Boleh aktifkan 2000 mykad 
- Boleh mendaftarkan Premis Perniagaan Tanpa had untuk menyertai program ini
- Boleh mendaftarkan lesen (komisyen 10% daripada lesen yang didaftarkan)
- Sah setahun (Lepas setahun boleh renew lesen AM)

3.) AD (RM6000 + GST)
-Boleh aktifkan 6000 mykad 
- Boleh mendaftarkan Premis Perniagaan Tanpa had untuk menyertai program ini
- Boleh mendaftarkan lesen Affiliate, AM, AD dan AA(komisyen 20% daripada lesen yang didaftarkan)
-Sah 6 tahun (Lepas 6 tahun boleh renew lesen AD)

4.) AA (RM22,000 + GST)
-Pengaktifan mykad unlimited
- Boleh mendaftarkan Premis Perniagaan Tanpa had untuk menyertai program ini
- Boleh daftarkan lesen Affiliate, AM, AD dan AA (Komisyen 30% daripada lesen yang didaftarkan)
-Tidak perlu renew lesen
- Incubator bonus (RM22,000 - syarikat akan bayar anda semula daripada 6% keuntungan syarikat setiap bulan dan dibahagikan kepada semua pemegang lesen AA)
-Global affiliate bonus - 1% daripada perbelanjaan rakyat malaysia dan diagihkan setiap 6 bulan sekali


Bagi pendapat saya, memang rasional penjualan lesen untuk menjadi Affiliate, Dealer AD dan AA dilakukan... Kalau tak ada sebarang penjualan lesen untuk menjadi Affiliate atau Dealer, nanti tentu semua rakyat Malaysia boleh jadi Affiliate atau Dealer... Siapa pula yang nak kawal pendaftaran tersebut?

Kalau jual lesen Affiliate dan Dealer terlalu murah pula (Contohnya RM50),  saya rasa kurang praktikal.... Eloklah jual lesen ni mahal sikit, dan mempunyai pelbagai harga pilihan macam ni... Supaya siapa yang berminat nak menjadi ejen affiliate atau dealer, boleh membeli lesen mengikut kemampuan masing-masing..

Pihak syarikat pun senang nak kawal pendaftaran Ejen Affiliate dan Dealer..

Keratan Akhbar bertarikh 22 April 2013
Sumber : Klik Di Sini

Semasa saya menyertai Affiliate Junction.. Masa tu penjualan lesen, baru dalam 6K... Bermaksud baru ada dalam 6000++ orang ejen dan dealer yang telah mengambil bahagian... Dan sasaran syarikat, untuk mencapai 10,000 orang ejen dan dealer di seluruh negara... (Pendaftaran 10,000 lesen ajen dan dealer)

Sejarah penyertaan saya dalam Affiliate Junction

Saya telah menyertai Affiliate Junction sejak tahun 2013, setelah diperkenalkan oleh rakan sekerja... Masa tu saya beli lesen AD sahaja pada harga RM6k.. 

Walaupun saya tahu, tentang komisyen besar yang bakal saya perolehi sekiranya saya mendaftarkan dealer atau affiliate di bawah saya.. Tetapi saya tidak aim ke arah itu... 

Disebabkan itu, saya jarang promosikan pendaftaran lesen Dealer dan Affiliate ini kepada rakan-rakan saya... Sehingga sekarang, saya tidak pernah mempunyai sebarang ejen atau dealer di bawah saya.. Tidak pernah merekrut ahli-ahli baru di bawah saya.. 

Tetapi, saya masih giat mengaktifkan mykad milik rakyat Malaysia.. Saya hanya membantu rakyat Malaysia yang ingin mengaktifkan mykad mereka, melalui laman web yg saya bangunkan menerui domain  http://www.aktifmykad.com.. 

Itu sahaja... 

Sasaran saya adalah untuk mengatifkan Mykad milik rakyat Malaysia semaksimum mungkin yang mampu saya lakukan....

Kalau boleh, nak aktifkan lebih daripada 6000 Mykad... Walaupun terpaksa bayar duit tambahan sebanyak RM100 untuk setiap 100 Mykad tambahan yang melebihi daripada kuota yang ditetapkan untuk pemegang lesen AD.

Saya tak kisah pun... Sebab saya telah menggunakan sistem Autorespnder Emelmatik di laman web saya. Setiap Mykad yang telah diaktifkan menerusi laman web saya, akan mendapat info secara berterusan tentang Program Mykad Smart Shopper melalui email..

Jadi, inilah peluang saya untuk mendidik mereka menggunakan Mykad ketika berbelanja di premis-premis perniagaan yang mengambil bahagian dalam program ini.. 

Tetapi, bukan semua Dealer yang mempunyai aim seperti saya...



Saya percaya, kebanyakan Dealer AD dan AA mempunyai aim untuk mendapatkan seramai mungkin Affiliate, AD dan AA mendaftar di bawah rangkaian mereka... Sebab, nak segera mendapatkan pulangan daripada pelaburan yang telah mereka keluarkan...

Ialah nak beli lesen AD kena bayar RM6K++ dan nak beli lesen AA kena bayar RM22K... Memang banyak.. Kena buat loan, baru boleh beli lesen dealer... Lepas tu tiap-tiap bulan nak kena bayar pinjaman dekat bank..  

Disebabkan itu kebanyakan dealer (AD dan AA) begitu agresif untuk menjual lesen Affiliate dan Dealer... Sehingga ada kalanya, cara yang mereka lakukan kurang disenangi oleh rakan-rakan, saudara mara, jiran tetangga dan masyarakat di sekeliling mereka...

Lebih-lebih lagi, apabila syarikat meletakkan limit penjualan lesen ejen affiliate dan Dealer.. Lagi berlumba lah dealer-dealer ni nak mencari ejen-ejen dan dealer-dealer yang baru...

Sehinggakan ada yang terlupa objektif sebenar Program Mykad Smart Shopper diwujudkan... Iaitu untuk mengatifkan Mykad rakyat Malaysia dan mendaftarkan premis perniagaan (kedai) untuk menyertai program ini.. Seterusnya memberikan situasi win-win-win situation kepada syarikat AJ, pemilik Mykad dan premis perniagaan yang mengambil bahagian...



Apabila terdapat persepsi masayarakat yang beranggapan Affiliate Junction Penipu... Siapa yang harus dipersalahkan?

Secara peribadi, saya mengatakan Affiliate Junction bukanlah penipu dan Program Mykad Smart Shopper adalah sah! 

Tetapi, keghairahan dealer-dealer yang ingin mencari  lebih ramai ejen affiliate dan dealer untuk mendaftar dibawah rangkaian mereka... Telah menyebabkan, masyarakat memandang serong terhadap program ini... 

Mungkin dah sampai masanya, untuk semua ejen dan dealer lebih fokus untuk mengatifkan Mykad rakyat Malaysia... berbanding menjual lesen dealer dan ejen affiliate, semata-mata untuk mengejar pangkat QRA, RAA, dan GA....  

Marilah sama-sama kita fikirkan kebaikan program ini, demi memastikan program ini dapat bertahan lama... Dan dapat memberi kebaikan kepada rakyat Malaysia secara berterusan...

P/S : Siapa yang mengaktifkan Mykad melalui laman web http://www.aktifmykad.com, anda akan mendapat 3 hadiah daripada saya... iaitu berupa ebook Mykad Booklet, ebook Mencari Sumber Pendapatan Di Internet dan Ebook 7 Strategi Tambah Wang Saku.. Jom aktifkan mykad anda sekarang!

Info Berkaitan: