Selasa, 23 Jun 2015

Rezeki Di Bulan Ramadhan... Syukur Alhamdulillah...

with 15 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Pada hari Jumaat yang lepas saya ada menerima satu email yang mengandungi berita gembira daripada pihak pentadbiran di tempat saya bekerja..

Ringkasan isi kandungan email yang saya terima adalah seperti berikut: "SLIP SIJIL SIMPANAN PREMIUM BSN APC telah diterima oleh pihak pentadbiran dari BSN"


Syukur Alhamdulillah...

Sebenarnya saya hampir terlupa.. Nama saya ada dalam senarai penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014 (APC2014)... Ini disebabkan saya tak pergi ke Majlis Penyampaian Anugerah tersebut, yang telah diadakan di Port Dickson pada 28 Mei 2015.

Kenapa saya tak pergi?

Saya mempunyai alasan yang tersendiri... Rasanya saya pernah bercerita secara tidak formal menerusi entri sebelum ini

Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014 (APC2014) + Sijil Simpanan Premium BSN Bernilai RM1,000 yang saya terima semalam.


Penerima lain dah dapat Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014 (APC2014) pada bulan lepas... Saya baru dapat sijil tersebut semalam, berserta dengan Sijil Simpanan Premium BSN sekali..



Syukur Alhamdulillah... Di atas rezeki tersebut...

Kalau nak diikutkan tahap kecemerlangan... Saya rasa ramai lagi rakan-rakan saya yang jauh lebih cemerlang daripada saya... Tetapi mungkin bukan rezeki mereka pada kali ini...  Saya doakan semoga sampai giliran rezeki rakan-rakan saya yang lain pada tahun hadapan, dan juga tahun-tahun yang akan datang..

Secara peribadi, bukan ganjaran atau pengiktirafan yang saya kejar.. Tetapi bekerja dengan niat ikhlas kerana Allah S.W.T.. Paling penting sekali, kita perlu rasa puas ketika bekerja... Bila kita berjaya mendapat kepuasan ketika bekerja, secara tidak langsung akan dapat meningkatkan motivasi kita.. In Shaa Allah...


Info Berkaitan:

15 ulasan:

  1. Alhamdulillah...rezeki bln puasa tu...

    BalasPadam
  2. tahniah, aku dapat tahun lepas..semoga dapat meneruskan kecemerlangan..:D

    BalasPadam
  3. Murah rezeki bro. alhamdulillah. :)

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah...tahniah bro..akhirnya usaha dan penat lelah selama ni dihargai juga..hehe

    BalasPadam
  5. Searching a good source is tough task but I easily find you. Thanks for providing a great article. I love to read informative blogs to get best knowledge. I think this article increase my knowledge. it is nice to know this. This is a very good article, I think there will be many people like it, of course, I was one of the people. Thanks for the time and effort.

    BalasPadam
  6. alhamdulillah, rezeki bulan ramadhan :)

    BalasPadam
  7. Tahniah di atas kecemerlangan :)

    BalasPadam
  8. Tahniah! rezeki melimpah ruah.semoga terus menjadi pekerja cemerlang

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah....Tahniah....rezeki bulan puasa tu....

    BalasPadam
  10. tahniah, alhamdulillah rezeki kan, mana tahu lepas ni dapat cabutan ssp bsn pulak kan ;)

    BalasPadam
  11. alhamdulillah tahniah ye...:)

    BalasPadam
  12. wahhhhhh tahniah anuar...

    rezeki tu.. leh la simpan.. lagi punnak raya.. nanti kak sumi leh dtg beraya ngan nuar.. dapat la anak2 kak sumi duit raya...hehehe

    Apa2 pun TAHNIAH... rezeki tu...

    Sumijelly.com

    BalasPadam
  13. Tahniah! Boleh buat tambah2 persediaan hari raya... :)

    BalasPadam
  14. Alhamdulillah. Semoga terus cemerlang Tuan

    BalasPadam
  15. Tahniah tuan.. semoga menjadi pendorong untuk lebih berjaya pada masa depan..

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra