Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Pada hari Jumaat yang lepas saya ada menerima satu email yang mengandungi berita gembira daripada pihak pentadbiran di tempat saya bekerja..

Ringkasan isi kandungan email yang saya terima adalah seperti berikut: "SLIP SIJIL SIMPANAN PREMIUM BSN APC telah diterima oleh pihak pentadbiran dari BSN"


Syukur Alhamdulillah...

Sebenarnya saya hampir terlupa.. Nama saya ada dalam senarai penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014 (APC2014)... Ini disebabkan saya tak pergi ke Majlis Penyampaian Anugerah tersebut, yang telah diadakan di Port Dickson pada 28 Mei 2015.

Kenapa saya tak pergi?

Saya mempunyai alasan yang tersendiri... Rasanya saya pernah bercerita secara tidak formal menerusi entri sebelum ini

Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014 (APC2014) + Sijil Simpanan Premium BSN Bernilai RM1,000 yang saya terima semalam.


Penerima lain dah dapat Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014 (APC2014) pada bulan lepas... Saya baru dapat sijil tersebut semalam, berserta dengan Sijil Simpanan Premium BSN sekali..



Syukur Alhamdulillah... Di atas rezeki tersebut...

Kalau nak diikutkan tahap kecemerlangan... Saya rasa ramai lagi rakan-rakan saya yang jauh lebih cemerlang daripada saya... Tetapi mungkin bukan rezeki mereka pada kali ini...  Saya doakan semoga sampai giliran rezeki rakan-rakan saya yang lain pada tahun hadapan, dan juga tahun-tahun yang akan datang..

Secara peribadi, bukan ganjaran atau pengiktirafan yang saya kejar.. Tetapi bekerja dengan niat ikhlas kerana Allah S.W.T.. Paling penting sekali, kita perlu rasa puas ketika bekerja... Bila kita berjaya mendapat kepuasan ketika bekerja, secara tidak langsung akan dapat meningkatkan motivasi kita.. In Shaa Allah...


Info Berkaitan: