Isnin, 25 Mei 2015

Cabaran Duit Raya 2015 dan Musim Cuti Sekolah

with 0 Comment
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Minggu depan dah musim cuti sekolah.. Cuti sekolah kali ni lama juga.. 2 minggu tu..

Saya dan isteri dah apply cuti selama seminggu.. Sebab dah janji dengan Haikal dan Adam nak bawa pergi legoland..

Dah selalu sangat Haikal tuntut hadiah, sebab dapat nombor satu dalam Peperiksaan Akhir Tahun 2014.

Bila janji tak ditunaikan, risau pula prestasi pembelajaran Haikal merosot.

Ialah.. Dulu janji kalau dapat nombor satu, boleh pergi Legoland.. Tapi bila dah dapat nombor satu, tak pergi Legoland pun... 


Periksa sebelum cuti Hari Pekerja hari tu, Haikal cuma dapat nombor 5 dalan kelas..

Periksa pertengahan tahun baru ni, keputusan penuh belum keluar lagi... Tapi saya dapat rasakan, kedudukan Haikal dalam kelas agak merosot... Sebab keputusan subjek Bahasa Inggeris Haikal cuma dapat markah 70% jer... Huhuhu :(

Saya dan isteri berharap setelah pergi Legoland nanti, kami dapat meningkatkan motivasi Haikal semula.. Semoga lepas ni Haikal semakin bersemangat nak belajar.. Dia anak sulung.. Perlu beri satu contoh yang terbaik kepada adik-adik yang lain..

Kesibukan Kerja Sebelum Bercuti


Bila sebut tentang cuti ni.. saya dah mula fikir, banyak kerja yang perlu disiapkan sebelum bercuti..

Saya kena bekerja keras untuk menyiapkan kerja-kerja tersebut, supaya tak ada orang ganggu saya semasa bercuti..

Disebabkan nak siapkan kerja punya pasal.. Saya terpaksa menolak daripada menghadiri raptai dan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2014 yang diadakan pada 27 dan 28 Mei 2015 di Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan. 

Lagipun memang tak larat nak pergi.. Sebab pada 30 Mei (Sabtu) hingga 1 Jun (Isnin) 2015, saya kena pergi ke Merlimau Melaka untuk menghadiri MCF National Arbiter's Seminar 2015 + Swiss Manager Pairing System Course. Kursus start pada hari Sabtu tu pukul 9.00 pagi.. 

Kalau saya pergi Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2014 dekat Port Dickson.. Hari Khamis balik rumah, hari Jumaat petang nak kena bertolak ke Melaka pula.. Memang penatlah... Lepastu kerja-kerja saya dekat Office ni tentu tak dapat nak disiapkan sebelum bercuti... 

Harap saya dah buat keputusan terbaik, tidak menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2014 dekat Port Dickson ...

Sebaik sahaja selesai menghadiri MCF National Arbiter's Seminar 2015 + Swiss Manager Pairing System Course, saya akan terus bertolak ke Parit Raja, Batu Pahat Johor.. Sewa Homestay dekat sana selama 3 hari.

Walaupun destinasi utama Percutian kami adalah Legoland.. Tapi kali ni kami nak stay dekat Parit Raja.. Kami rasa lebih selesa lepak dekat Parit Raja berbanding JB.. 



Cabaran Duit Raya 2015

Sebelum saya tamatkan entri ini, saya jemput rakan-rakan untuk menyertai Cabaran Duit Raya 2015.

Cabaran Duit Raya 2015 ni, saya tak buat dekat blog ni.. Saya buat dekat blog Discount Hari2.

Sumber : Klik Di Sini

Melalui Cabaran ini... selain berpeluang memenangi hadiah wang tunai yang disediakan, anda juga boleh kumpul duit raya melalui program Affiliate yang menawarkan komisyen 100%. 

Bukan senang tahu, nak jumpa program affiliate macam ni.. Biasanya program affiliate yang pernah saya sertai menawarkan komisyen diantara 40%-60%.. Kalau dapat komisyen 70% tu pun dah kira banyak... Inikan pula 100%..

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, tantang Cabaran Duit Raya 2015 dan juga program Affiliate yang menawarkan komisyen 100%. Saya syorkan anda -->> klik di sini <<--



0 comments:

Catat Ulasan

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra