Selasa, 16 Jun 2015

Majlis Perkahwinan Dr Anwar Fazal dan Dr Fatin Liyana Asri

with 3 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Dalam entri sebelum ini saya ada kongsikan gambar-gambar di sekitar majlis Pernikahan Dr Fatin Liyana Asri dan Dr Anwar Fazal


Kali ni saya nak kongsikan pula gambar-gambar disekitar Majlis Perkahwinan Dr Anwar Fazal dan Dr Fatin Liyana Asri yang diadakan di Dewan Seri Siantan, Kompleks Perbadanan Putrajaya.

Majlis Perkahwinan Dr Anwar Fazal dan Dr Fatin Liyana Asri
Majlis Perkahwinan Dr Anwar Fazal dan Dr Fatin Liyana Asri
Majlis Perkahwinan Dr Anwar Fazal dan Dr Fatin Liyana Asri
Majlis Perkahwinan Dr Anwar Fazal dan Dr Fatin Liyana Asri
Majlis Perkahwinan Dr Anwar Fazal dan Dr Fatin Liyana Asri
Majlis Perkahwinan Dr Anwar Fazal dan Dr Fatin Liyana Asri
Majlis Perkahwinan Dr Anwar Fazal dan Dr Fatin Liyana Asri
Sumber : @dr.afl


Walaupun tak berpeluang menghadiri Majlis Perkahwinan Dr Anwar Fazal dan Dr Fatin Liyana Asri, tetapi dapat tengok gambar-gambar dan video di sekitar majlis Perkahwinan mereka melalui Instagram @dr.afl pun dah rasa seronok dah.. Dapat rasakan suasana ketika berada di sana. ;)

Saya suka dengan aturcara perjalanan majlis ini.. Siap ada majlis bacaan Al-Quran yang dibacakan oleh Dr.Anwar Fazal sendiri. Jarang ada majlis perkahwinan yang ada bacaan al-Quran disampaikan oleh pengantin lelaki.. Kalau pengantin perempuan yang baca, mungkin dah biasa kita dengar.. 

Kagum dengan pemampuan yang dimiliki oleh Dr. Anwar Fazal.. Beliau bukan sahaja seorang doktor perubatan. Tetapi juga seorang penulis novel, usahawan, boleh memberi motivasi, mempunyai suara yang merdu, berkarisma dan serba serbi yang terdapat dalam diri beliau memang mengkagumkan. Seorang lelaki yang sangat sesuai untuk menjadi teman hidup Dr. Fatin Liyana Asri.

Dah lama tak berpantun ni.. Tiba-tiba rasa teringin nak berpantun pula.. Tapi bukanlah pantun yang saya cipta sendiri, tapi pantun yang biasa orang gunakan di majlis-majlis perkahwinan... Saya tujukan pantun-pantun ini untuk pasangan pengantin baru Dr Anwar Fazal dan Dr Fatin Liyana Asri

Harum semerbak bunga rampai
Sekuntum mawar sudah disunting
Duduk keliling tetamu yang ramai
Melihat pengantin duduk bersanding

Satin biru habis digunting
Sehelai sepinggang tiadalah jua
Pengantin baru manis bersanding
bagai pinang dibelah dua

Gemalai kuntum melentuk ranting
Tempua bicara irama syahdu
Mempelai tersenyum duduk bersanding
Mertua gembira terima menantu

Sudah bersarang burung tempua
Sarangnya jauh tidaklah dekat
Dahulu seorang sekarang berdua
Baik-baik duduk berpakat

Kelat mengkudu tiada bertanda
Patah dahan tempat berteduh
Berkat restu ayahanda bonda
mudah-mudahan dipanjangkan jodoh

 

Tahniah diucapkan kepada pasangan pengantin baru, Dr. Anwar Fazal dan Dr. Fatin Liyana. Semoga ikatan perkahwinan yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat. Amin..

3 ulasan:

  1. Tahniah buat pasangan doktor ini.. Comel sangat dr.fatin..suka tengok. :)

    BalasPadam
  2. macam pinang dibelah dua..sangat beruntung kedua mempelai..semoga mereka kekal hingga ke Jannah..amin

    BalasPadam
  3. tahniah fatin liyana dan dr anwar...hepinye tengok gambar diorang...

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra