Rabu, 10 Jun 2015

Kenapa ramai peniaga sanggup keluarkan duit semata-mata nak dapatkan senarai pembekal?

with 4 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Minggu depan dah masuk bulan puasa.

Pada ketika ini, ramai yang dah mula buat perancangan untuk berniaga semasa bulan Ramadhan nanti.. 

Katanya, nak cari rezeki lebih sikit.. Sebab nak cari duit lebih untuk menyambut Hari Raya nanti.

Bagi pendapat saya, nak berniaga tak salah... Asalkan dapat membahagikan masa untuk beribadat dan berniaga... 

Akhirat pun kita dapat dunia pun kita dapat... 

Maklumlah pada bulan Ramadhan nanti, besar ganjaran pahala yang menanti umat Islam sekiranya banyak beribadat... Jadi, jangan lepaskan peluang keemasan ini, walaupun anda sibuk berniaga...  

Memang saya galakkan kalau ada rakan-rakan yang berminat nak berniaga.. Sebab kita semua tahu 9/10 rezeki datangnya daripada perniagaan..

Tapi...

Sebelum anda mula berniaga, anda perlu mencari pembekal terbaik untuk perniagaan anda..

Tak kiralah anda menjual tudung, kain pasang, baju raya siap, kuih raya, cadar dan sebagainya.. Mencari pembekal terbaik untuk perniagaan anda sangat penting.. Serius!!

Sumber : Klik Di Sini


Apa yang dikatakan sebagai pembekal terbaik untuk perniagaan anda?

Pembekal terbaik yang saya maksudkan di sini ialah:
  1. Pembekal yang dapat memberikan harga borong yang murah.. supaya anda dapat mengurangkan modal perniagaan dan meningkatkan marjin keuntungan
  2. Pebekal yang mudah untuk bertolak ansur dengan anda.. Mungkin ada perkhidmatan selepas jualan, seperti boleh menukar design yang lain sekiranya barang jualan tidak laku
  3. Pembekal yang dapat menghantar barang jualan anda dengan cepat.. Kalau boleh dalam tempoh 24 jam setelah anda membeli barang tersebut..
  4. Dan lain-lain..

Berdasarkan pengalaman saya pada tahun lepas, semasa saya menjual Cadar Patchwork Cotton.. Saya telah melakukan kesilapan.. Masa tu saya tak buat survey dengan betul untuk mendapatkan senarai pembekal untuk barang yang saya jual..

Kesudahannya, sepanjang saya menjual Cadar Patchwork Cotton, saya telah membeli daripada 3 pembekal... 

Pembekal pertama dari Taiping.. Masa tu saya ingat pembekal ini boleh supply Cadar Patchwork Cotton paling murah di Malaysia...

Rupanya tidak... Sekali survey, ada yang lagi murah... Kali ni dari Penang pula... Beli pula dari Pembekal tersebut pula... Ingat pembekal dari Penang ni dah bagi harga paling murah...

Rupanya tidak juga... Ada yang lagi murah... Dari Shah Alam pula...

Huh... Rasa rugi pula ambil stok Cadar Patchwork dari jauh selama ni... Tak tahu yang dekat pun, boleh dapat stok pada harga yang lebih murah...

Kalau tahu, dari dulu lagi saya dah beli stok Cadar Patchwork Cotton ni dekat Shah Alam.. Dah dapat jimatkan kos lebih RM10 untuk setiap unit Cadar Patchwork Cotton.. Dekat pula tu... Dah dapat jimatkan masa dan kos pengangkutan...

Itu kesilapan saya... Saya harap jangan ada peniaga yang melakukan kesilapan yang serupa...

Kalau dari dulu saya dapatkan pembekal yang betul, rasanya saya dah dapat jimatkan kos lebih RM1,000... Banyak juga tu.. Lepas buat beli baju raya anak-anak... 

Disebabkan itu, ramai peniaga sanggup keluarkan duit semata-mata nak dapatkan senarai pembekal.. Mereka sanggup keluarkan duit dalam RM100 hingga RM200 untuk dapatkan senarai pembekal yang betul untuk perniagaan mereka.. 

Berikut merupakan senarai peniaga yang sanggup keluarkan duit semata-mata untuk mendapatkan senarai pembekal..

Sumber : Klik Di Sini


Jadi, tak rugi mereka keluarkan duit antara RM100 hingga RM200 semata-mata untuk mendapatkan pembekal yang betul untuk perniagaan mereka...

Kalau tidak, mereka juga mungkin mengalami nasib yang serupa seperti saya.. 

Sumber : Klik Di Sini

Dekat Malaysia terdapat beberapa laman web yang dapat membantu anda mendapatkan senarai pembekal yang betul untuk perniagaan anda.. Untuk maklumat lanjut, boleh klik beberapa laman web yang saya syorkan di bawah:


Semoga anda berjaya mendapatkan maklumat yang anda perlukan.. Dan berjaya dalam usaha anda untuk mencari duit raya pada bulan Ramadhan nanti.. Good Luck!

4 ulasan:

  1. Betul tu,kalau nak buat bisnes cari pembekal yang terbaik untuk perniagaan kita..

    BalasPadam
  2. memang ramai yang cari lubuk supplier ni sekarang. hehe

    BalasPadam
  3. ada yang survey selepas membeli..kira dah terlambat tu.

    BalasPadam
  4. bagus untuk mereka yang baru berjinak-jinak dengan bisnes

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra