Jumaat, 15 Mei 2015

Cara Paling Sempoi Jana Pendapatan Pasif Melalui Blog

with 11 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Setiap insan dikurniakan tulang empat kerat dan akal fikiran untuk melaksanakan kerja seharian.

Namun begitu taraf kehidupan yang dinikmati oleh semua orang tidak sama. Ada diantara kita yang mempunyai pendapatan sekitar cukup makan, ada yang sederhana dapat menyimpan RM100-RM200 sebulan. Malah ada yang kaya raya sehingga wang dan simpanan tidak menjadi masalah dalam kehidupan seharian mereka.


Cara Jana Pendapatan Pasif paling simple melalui Blog

Kenapa perkara ini boleh berlaku sedangkan kita berpijak di bumi yang sama, mempunyai tulang empat kerat yang sama dan hidup dalam persekitaran yang sama.



Jawapannya ialah cara kita berfikir dan bertindak. Setiap orang bekerja dalam menjalani kehidupan seharian. Cuma kebanyakan orang bekerja makan gaji. Mereka hanya dibayar oleh majikan atas kerja yang mereka lakukan. Pendapatan ini dikenali sebagai pendapatan Aktif.



Bagi kebanyakan orang kaya mereka mempunyai pendapatan pasif. Pendapatan pasif merupakan pendapatan yang diperolehi secara berkali-kali dengan usaha yang dilakukan sekali. Sebagai contoh pendapatan pasif adalah seperti berikut:-
  • Pelabur yang mendapat faedah
  • Pencipta lagu yang menerima royalti daripada lagu mereka
  • Penulis yang menerima royalti daripada hasil tulisan mereka
  • Agen insuran yang mendapat pendapatan sampingan
  • Usahawan yang mendapat keuntungan bisnes
  • Pengusaha hartanah yang mengutip kadar sewa setiap bulan
  • pelakon yang mendapat bayaran royalti
  • pencipta sesuatu formula yang mendapat royalti hasil dari penjualan atau penggunaan formula yang dicipta
  • Pengusaha MLM yang mendapat komisyen setiap bulan
  • dan sebagainya

Jadikan Blog Sebagai Sumber Pendapatan Pasif


Sebagai seorang blogger, saya rasa kita wajar untuk memiliki pendapatan pasif yang berjaya di jana melalui blog.

Adakah komisyen yang berjaya saya perolehi melalui blog, seperti dalam gambar di bawah merupakan pendapatan pasif?

Sumber Pendapatan: Klik Di Sini

Jawapannya tidak?

Ini bukan pendapatan pasif.. Tetapi pendapatan aktif.. Saya perlu bekerja berkali-kali menulis entri di blog untuk menghasilkan pendapatan tersebut.

Dapat 2 sales dalam satu hari merupakan satu kebetulan sahaja.. Selepas ini tiada jaminan untuk saya memperolehi pendapatan yang serupa dalam tempoh masa tertentu..

Nak dapat lagi pendapatan macam ni, kena bekerja keras lagi menulis entri demi entri di blog.. Ada kalanya ia agak meletihkan, dan memerlukan tuntutan masa daripada kita..

Walaupun menulis blog tidak terlibat dengan bekerja makan gaji, tiada majikan, tiada punch in dan punch out.. Tetapi, sekiranya kita "tak dapat gaji" bila tak bekerja... Itu masih lagi dinamakan pendapatan Aktif


Contoh Pendapatan Pasif Yang Boleh Dijana Melalui Blog


1. Memiliki Homestay atau Rumah Sewa yang diiklankan melalui Blog

Sebelum ini saya ada memiliki sebuah Homestay yang diuruskan oleh ayah mertua saya. Kebanyakan penyewa Homestay ini saya perolehi melalui blog.


Terdapat beberapa keyword berkaitan Homestay ini, berjaya Rank dengan baik di page pertama enjin carian Google.. Setiap kali ada penyewa Homestay ini, saya mendapat sedikit rezeki setelah ditolak dengan kos pengurusan Homestay oleh ayah mertua saya.

Tetapi sekarang ni Homestay ini sudah tidak lagi available bermula pada bulan Jun 2014. Kenapa dah tak availabe? Boleh baca di entri ini

Walaupun dah tak lagi availabe, ayah mertua saya masih lagi ada menerima banyak panggilan telefon daripada orang ramai yang berminat nak menyewa homestay ini.

Nak tunggu Homestay kedua di Seri Iskandar siap, lambat lagi.. Nak kena tunggu 2 tahun lagi, sebelum impian memiliki Homestay kedua berjaya menjadi kenyataan.

Sementara menunggu tu, kena cari alternatif lain untuk menjana Pasif Income melalui blog.


2. Jual Ebook sebagai Sumber Pendapatan Pasif melalui blog

Sebelum ini saya pernah menulis 2 buah ebook.. Tetapi saya tidak berhajat untuk menjualkannya.

Sebaliknya hanya diberikan secara PERCUMA kepada pengunjung blog saya..

Sumber : Klik Di Sini

Hajat dihati nak menulis ebook yang ke 3 memang ada.. Tetapi setakat ini masa masih belum mengizinkan untuk saya berbuat demikian..

Jadi, belum dapat lagi saya nak mengikut jejak beberapa orang blogger yang berjaya menjual ebook sebagai sumber pendapatan pasif melalui blog.. Nampaknya belum ada rezeki nak ikut jejak Cikgu Titan, Bro Reez Luv, DSR, Bro Pie 2020, Tuan Shamsuriyadi, Abang Ensem, Gero Azrul dan lain-lain.


Cara Paling Sempoi Jana Pendapatan Pasif melalui Blog


Baru-baru ini saya ada terjumpa cara jana pendapatan Pasif paling sempoi melalui blog.

Sebab apa saya kata sempoi?

Sebab tak perlu mengeluarkan modal yang besar seperti Setup Homestay.

Sebab tak perlu meluangkan masa yang lama untuk menulis ebook yang ke 3.

Ya!! Ianya lebih mudah.. Perniagaan telah sedia ada.. Tiada risiko kerugian.. Semua orang mampu menghasilkan pendapatan pasif dan aktif melalui perniagaan ini.

Komisen (Pendapatan Aktif)


Melalui perniagaan ini, anda boleh memperolehi pendapatan aktif dengan menjual Simkad secara Online. Anda berpeluang mendapatkan keuntungan sebanyak RM2.20 hingga RM3.50 untuk setiap jualan SIMKAD.

Selain itu, anda juga boleh memperolehi Insentif Topup Sehingga 15% dan Insentif RM30 untuk Setiap Pendaftaran Sub-Dealer


Intensif Topup '3 Level' (Pendapatan Pasif)


Seterusnya.. Anda boleh memperolehi pendapatan pasif, apabila setiap kali simkad yang telah mendaftar di bawah rangkaian anda mengisi kredit tambah nilai (topup). Peratusan yang ditunjukkan di bawah merupakan komisen yang anda akan dapat setiap kali mereka topup walau di mana sahaja!

Insentif Topup Sehingga 19%

  • Tier-1: 10%
  • Tier-2: 2%
  • Tier-3: 2%
  • Tier-4: 1%
  • Tier-5: 1%
  • Tier-6: 1%
  • Tier-7: 1%
  • Tier-8: 1%


Contohnya jika kawan yang telah mendaftar di bawah rangkaian anda  top up sebanyak RM50, anda akan dapat RM5.00 (10%)*. Jika kawan anda berada di level 2 topup sebanyak RM50, anda akan dapat RM1.00 (2%)*.Jika kawan anda berada di level 3 topup sebanyak RM50.00, anda akan dapat RM1.00 (2%)*. Tier-3 hingga Tier-5 masing-masing 1%.

Bayangkan jika anda mempunyai 50 orang dibawah rangkaian anda dan masing-masing top-up RM50. Berapakah komisen yang bakal anda dapat?

Jadi, selagi rakan-rakan anda masih menggunakan simkad yang diaktifkan di bawah rangkaian anda, anda akan terus mendapat pendapatan pasif.. Mungkin sehingga 10 tahun, 20 tahun dan sebagainya..

Melalui perniagaan ini, walaupun anda tak update blog dalam tempoh masa tertentu.. Anda masih boleh menjana  pendapatan berterusan melalui entri yang pernah anda hasilkan untuk memperomosikan perniagaan ini.


Kenapa Anda Patut Sertai Peluang Bisnes ini?

Kelebihan menjadi Sub-Dealer ONEXOX
  • 10 Keping Simkad ONEXOX (SP dan/atau MNP) bernilai RM78.00
  • e-Recharge bernilai RM100.00 (untuk penjualan topup ONEXOX)
  • Administration Fee - RM100.00 (akses ke system dealer)
  • insentif topup tier 1 -> 4 (10% komisyen Level 1, 2% komisyen level 2)
  • Keuntungan menjual kad prepaid sebanyak 22%
  • Akses Ke Ruangan Dealer ONESys
  • Untung E-Recharge 2% - 5%
  • Peluang Naik Pangkat Sub-Dealer Kepada Dealer**
  • Bonus #1 - Sistem Web Replika   Sistem Pengurusan Jualan Simkad
  • Bonus #2 - Bahan Promosi Pek Permulaan PERCUMA
  • Bonus #3 - Aktiviti "Merembo" Kumpulan
  • Bonus #4 - Group Bimbing VIP OneXOXStore.Com

P/S : Jadi pengedar ONEXOX dapat memberikan lebih banyak keuntungan kepada anda. Jom daftar sebagai pengedar sekarang!

Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik pada link dibawah:
-->> Cara Jana Pendapatan Pasif paling simple melalui Blog (Klik Di Sini)

P/S : Kos untuk memulakan perniagaan ini lebih murah berbanding Tone Excel. Diharap lebih ramai orang berjaya mendapat manfaat daripadanya.

11 ulasan:

  1. banyak peluang untuk mencari pendapatan pasif.. dan mungkin satu hari pendapatan pasif menjadi pendapatan tetap..

    BalasPadam
  2. rajin atau tak je nak cari duit xtra...

    BalasPadam
  3. Wah...wahhh..macam best jer cerita ni..haha..nak kena kerja lagi keras nampaknya ni..hehe

    BalasPadam
  4. Banyak juga pendapatan pasif yang dijana dari blog yea

    BalasPadam
  5. Seronok kan kalau dah ada pendapatan pasif macam ni..duk rilek pun duit masuk...

    BalasPadam
  6. yup.

    carilah pendapatan pasif yang sesuai dengan kita.

    Pening nak layan semua. haha..

    BalasPadam
  7. memang best bila dapat menghasilkan sesuaut dari blog

    BalasPadam
  8. menarik,sim ni kalau line kat pantai timur ok tak ni,

    BalasPadam
  9. Best sharing Admin :)
    Ada impian nak buat ebook sendiri. InshaAllah =)

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra