Isnin, 20 April 2015

Pencalonan Anugerah Pelajar Cemerlang BH 2014 (APC-BH) kini dibuka

with 2 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Pencalonan Anugerah Pelajar Cemerlang BH2014 (APC-BH-2014) bagi kategori UPSR, PT3 dan SPM kini dibuka. 

Anugerah yang dibahagikan kepada 3 kategori peperiksaan itu terbuka kepada pelajar cemerlang yang menduduki peperiksaan pada tahun 2014.

Hanya pelajar yang menyertai program pendidikan anjuran BH iaitu:

Para peserta yang telah menyertai Program-program diatas samada ditaja, bayar yuran sendiri atau dianjurkan menerusi kerjasama layak untuk dicalonkan.. Dengan syarat anda dapat sertakan salinan Sijil penyertaan ketika anda mengikuti program-program tersebut.

Borang Pencalonan Anugerah Pelajar Cemerlang BH 2014 (APC-BH)

"Sijil Penyertaan Klinik UPSR Didik BH, Seminar/Bengkel PT3 BH MINDA atau Seminar/Bengkel SPM BH SKOR A SPM 2014 yang telah disahkan sebagai bukti penyertaan"

Langkah-langkah yang anda perlu dilakukan:
  1. Sila dapatkan borang penyertaan original APC dalam akhbar Berita Harian (Borang Fotostat tidak diterima... 
  2. Isi maklumat yang diperlukan.... 
  3. Sertakan bersama Salinan Kad Pengenalan/Sijil Kelahiran yang telah disahkan;
  4. Salinan Slip/Sijil Keputusan UPSR/PT3/SPM yang telah disahkan
  5. Salinan Sijil Penyertaan Klinik UPSR Didik BH, Seminar/Bengkel PT3 BH MINDA atau Seminar/Bengkel SPM BH SKOR A SPM 2014 yang telah disahkan
  6. Salinan Sijil Kokurikulum yang telah disahkan
  7. Gambar Berukuran Passport
  8. Kemudian hantarkan borang pencalonan berserta semua salinan dokumen yang diperlukan melalui pos kepada Kios Pendidikan BH... (Alamat terdapat pada borang penyertaan)


7 Peserta yang terpilih bagi setiap kategori akan melayakkan pemenang memenangi wang tunai berjumlah RM1,000, Trofi APC-BH dan Sijil Penghargaan...

Semua Penyertaan perlu sampai ke Kios Pendidikan BH sebelum 4 Mei 2015...

P/s: Tolong sampaikan info ini kepada kenalan anda yang ada menduduki peperiksaan UPSR, PT3, dan SPM  pada tahun lepas.

2 ulasan:

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra