Rabu, 22 April 2015

Dah nasib saya, dapat Bahagian Akhir kali ni...

with 14 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Dalam entri sebelum ini, saya ada kongsikan sedikit info tentang Peperiksaan Akhir Semester Sesi Disember 2014 yang sedang diadakan di Politeknik-Politeknik seluruh Malaysia..

Berita baiknya, esok merupakan hari terakhir peperiksaan tersebut diadakan di Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS). Dah ramai pelajar yang mula meninggalkan PSIS untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.. Seronoknya dia orang... Kali ni diaorang dapat menikmati cuti semester dalam tempoh yang agak lama.... ;)


Rakan-rakan saya yang lain pun dah ramai yang mula tersenyum... Termasuk juga isteri saya.. Sebab dah habis marking paper final exam... Untunglah diaorang, paper final dah selesai awal... tentu dah rasa lega dah.. Sebab dah dapat tahu prestasi student masing-masing.... Rasa jeles pula dekat diaorang... Hihihi

Saya...??

Masih belum selesai lagi.... Umpama menunggu bulan jatuh ke riba...

Paper final exam untuk 2 Subjek yang saya ajar pada semester ni, akan berjalan serentak esok... 


Jaduan Final Exam untuk Subjek DEC2012-Fundamental Programming dan EC501-Embedded System Applications

Nak dijadikan cerita kali ni kena giliran saya, dapat bahagian yang terakhir dalam Jadual Peperiksaan Akhir Semester Sesi Disember 2014 ... 2 paper final exam untuk Subjek EC501-Embedded System Applications (23 orang pealajar) dan DEC2012-Fundamental Programming (42 orang pelajar) kedua-duanya berjalan serentak pada hari yang terakhir.

Memang mencabar betul... Sebab nak kena buat dua Moderasi... Dan kemudian nak kena selesaikan markah dalam tempoh 3 hari sahaja...

Dahlah hari Jumaat ni terlibat dengan persiapan rumah sukan sekolah anak saya..

Hari Sabtu pula terlibat dengan Sukan di sekolah anak saya... 

Nampaknya masa yang betul-betul saya boleh bagi komitmen 100%, hanya pada hari Ahad sahaja...

Semoga semuanya dapat berjalan dengan lancar.... Doakan kejayaan saya ye... ;)


To All My Student (Kalau ada student saya yang baca blog ini)... 

Nasihat saya, Jawab elok-elok... Jangan keluar awal... Pastikan dah jawab semua soalan dulu, baru boleh keluar Dewan/Bilik Peperiksaan... Memang korang kena jawab semua soalan pun, sebab tiada pilihan soalan diberikan.... Susah ke?, senang ke? Korang kena jawab semua sekali... Berjuanglah sehingga ke titisan yang terakhir... 

Saya doakan, semoga ramai yang boleh score subjek saya, dalam Final Exam kali ni... Good Luck!!.. 

14 ulasan:

  1. Allah Ya Baari' menyusun dan mengatur semua kehidupan kita. Ada rahmatNya yg kita tak tahu disebalik apa yg Dia susunkan jadual tu... InsyaAllah... Zikir Ya Allah Baari Ya Wahhab tuk Dia memberi pertolongan dan menyusun kerja2 kita siap...

    BalasPadam
  2. Allah Ya Baari' menyusun dan mengatur semua kehidupan kita. Ada rahmatNya yg kita tak tahu disebalik apa yg Dia susunkan jadual tu... InsyaAllah... Zikir Ya Allah Baari Ya Wahhab tuk Dia memberi pertolongan dan menyusun kerja2 kita siap...

    BalasPadam
  3. wah..banyaknya komitmen... tak pe, saya tau tuan dah prepare mental dan fizikal. habis tu nanti, "pulun rehat"..he he.

    Apapun, semoga semua urusan berjalan lancar dan dipermudahkan Allah...aminn..

    BalasPadam
  4. Semoga segala urusan dipermudahkan :)

    BalasPadam
  5. semoga sgalanya berjalan dgn lancar


    BalasPadam
  6. masing-masing ada kesibukan yang tersendiri..walaupun saya bukan golongan profesional ..sibuk tu boleh kalahkan CEO hu..hu..

    BalasPadam
  7. semoga segalanya dipermudahkan..

    BalasPadam
  8. tahniah....semoga berjaya dalam kehidupan.

    BalasPadam
  9. Yup.. Keluar awal boleh jer.. Janji jawapan mesti kena yakin dijawab dengan betul.. Kot nanti nasi jadi bubur pula...

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra