Isnin, 20 April 2015

Antara Tips untuk menghilangkan rasa mengantuk semasa jaga Final Exam..

with 0 Comment
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Bermula pada 6 April 2015 sehingga 23 April 2015 pelajar Politeknik seluruh Malaysia terlibat dengan Peperiksaan Akhir Semester..

Seperti biasa... Bila Student Politeknik terlibat dengan Peperiksaan Akhir Semester dah tentu "cikgu-cikgu"nya juga terlibat menjaga dia orang... Tugas ini dikenali sebagai Pengawas Peperiksaan.. 

Setiap kali terlibat jaga Exam.. Pengawas Peperiksaan perlu bertugas di Bilik/Dewan Peperiksaan selama satu hingga dua jam... Mengikut tempoh masa yang ditetapkan kepada calon untuk menjawab soalan peperiksaan..


Semester ni saya terlibat 5 kali jaga exam... Kira oklah tu kan?

Saya tak kisah pun kena jaga exam berapa kali.. Bagi saya jaga exam ni tak susah mana pun..

Cuma ada masanya kita rasa mengantuk.. Sebab kita tengok student jawab exam dalam keadaan yang senyap... Semua orang senyap... Bila semua orang senyap, ditambah dengan kesejukan berada dalam dewan yang berhawa dingin mulalah rasa nak mengantuk..

Ada sekali tu, saya rasa mengantuk sangat-sangat masa jaga exam... Sebabnya saya jaga student dalam kuantiti yang sedikit.. Dah puas saya tengok student yang saya jaga tu berulang-ulang kali.. sehingga membuatkan saya rasa nak tertidur... Mungkin disebabkan semuanya student lelaki agaknya... Kalau ada sorang dua student perempuan, bolehlah juga bagi semangat untuk melawan perasaan mengantuk ni..

So, saya pun mula mencari idea macamana nak hilangkan perasaan mengantuk ni... 

1. Cara paling efektif nak hilangan rasa mengatuk ketika jaga final exam kena banyakkan pergerakan anggota badan.. Kena aktif tengok student... tengok reaksi muka diaorang.. Tetapi bila student yang saya jaga tak ramai.. Tak ada nak tanya soalan pula tu, sebab student tak berhadapan dengan sebarang masalah... Menyebabkan pergerakan saya agak terhad.. ... .  Jadi, tak dapat nak selesaikan masalah mengantuk saya pada hari tersebut...

2. Cuci Mata.. Tengok pakaian dan penampilan Student... Biasanya Student yang pakai smart-smart dan Comey-comey ni student Jabatan Perdagangan (JP).. Student Engineering biasa suka pakai baju bengkel, atau berpenampilan sempoi jer... Malas nak cerita panjang-panjang bab ni.. Sebab saya orang Engineering... ;)

3. Cari rakan bersembang... Bersembang ye.. Bukan Bergosip... Kalau nak bergosip, 3 hari 3 malam pun tak habis... hehehe...  Cari kawan-kawan yang jaga exam berdekatan dengan saya jer.. Dapat bersembang sikit-sikit pun dah kira ok dah tu... Tengah sembang-sembang tu kawan saya syorkan supaya saya perhatikan berapa orang dalam Dewan ini yang menulis guna tangan kiri?

Cantek... Dapat lagi satu cara untuk menghilangkan perasaan mengantuk...


4. Saya cek berapa orang yang menulis pakai tangan kiri... Bukan setakat cek jer... Saya snap sekali gambar dia orang sebagai bukti untuk dikongsikan dengan rakan saya... Hah.. Tengok hasil yang berjaya saya perolehi... Ramai juga rupanya yang menulis guna tangan kiri semasa jawab exam pada hari tersebut...






Antara Student Lelaki yang menulis guna tangan kiri semasa menjawab Final Exam..








Antara Student Wanita yang menulis guna tangan kiri semasa menjawab Final Exam..


Lepas saya selesai buat kerja yang kurang  berfaedah ni... Hilang terus rasa mengantuk hari tu... Barulah bersemangat nak jaga Exam...

Cukup setakat ni sahaja Tips merapu yang dapat saya kongsikan pada hari ini...

Lain kali boleh jumpa lagi... ;)

0 comments:

Catat Ulasan

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra