Jumaat, 20 Mac 2015

Semua kanak-kanak seronok bekerja di Kidzania Malaysia, Kuala Lumpur

with 15 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Syukur Alhamdulillah.. Akhirnya tercapai juga hajat saya dan Puan Isteri untuk bawa anak-anak kami Haikal, Adam dan Naila pergi bercuti ke Kidzania Malaysia, Kuala Lumpur

Sebelum memasuki Kidzania, terlebih dahulu kami singgah di TESCO dan IKEA yang terletak bersebelahan dengan Kidzania. 

Bagi peluang dekat Puan Isteri dan adik-adik ipar pergi Window Shopping dulu, baru boleh bawa anak-anak masuk ke Kidzania. 

Barulah Fare kan?. Anak-anak seronok, anak-anak pak mertua pun tumpang seronok sekali.. ;) 

Sebelum nak bawa anak-anak pergi ke Kidzania, sudah tentu ibu bapa nak tahu terlebih dahulu berapa bayaran masuk ke sana kan?.. Betul tak?

Oklah.. Berikut merupakan senarai Kadar Harga Tiket masuk ke Kidzania Malaysia, Kuala Lumpur

Kadar Harga Tiket Masuk Ke Kidzania Malaysia, Kuala Lumpur


       AGE           GUEST      WALK-IN FEE     ONLINE PURCHASE
Ages: 0 – 1         Baby          Free                  Free
Ages: 2 – 3         Toddler RM 38                RM 34.20
Ages: 4 – 17 Kid           RM 75                RM 67.50
Ages: 4 – 17 OKU*        RM 32                  –
Ages: 18 – 59 Adult        RM 38                RM 34.20
Ages: 60+           Senior RM 32                RM 28.80

Cara nak dapatkan Tiket ke Kidzania secara ONLINE , boleh KLIK DI SINI 

Pembelian tiket masuk ke Kidzania secara Online lebih menjimatkan berbanding membeli tiket secara Walk-In. Boleh dapat diskaun sebanyak 10% dengan membeli secara online. Walaupun cuma 10%, banyak juga tu kan?. Boleh lepas duit belanja makan tengahari.. Jadi, sebelum datang ke Kidzania , saya nasihatkan eloklah beli tiket secara Online terlebih dahulu...

Pengalaman Berada di Kidzania Malaysia, Kuala Lumpur


Semasa saya bawa anak-anak ke Kidzania hari tu, memang ramai sangat kanak-kanak yang datang ke sana. Kami terpaksa beratur panjang untuk check-In.. Dah rasa macam beratur nak check in naik kapal terbang pula..   

Setiap kanak-kanak dibekalkan dengan sekeping cek bernilai 50 Kidzos sebelum masuk ke bandar Kidzania.. 

Di bandar Kidzania, mereka mempunyai matawang sendiri yang di panggil Kidzos. Wang tersebut boleh digunakan untuk mendapatkan perkhidmatan atau ingin membeli sesuatu di dalam dunia Kidzania. Tapi duit tu hanya laku dalam dunia Kidzania sahaja. Sebaik sahaja wang tersebut di bawa keluar daripada bandar Kidzania, wang tersebut tak laku untuk digunakan..  

Oklah.. Berbalik semula kepada cerita saya semasa kami berada di bandar Kidzania...

Sebaik sahaja Check in di pintu masuk Kidzania, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah mendapatkan peta bandar Kidzania dan seterusnya kena cari CIMB bank untuk menukarkan cek tadi kepada wang Kidzos. Betapa gembiranya anak-anak saya, bila setiap orang dapat duit bernilai 50 kidzos.


Adam sedang mendapatkan wang bernilai 50 Kidzos di Kaunter CIMB bank

50 KidZos ni untuk digunakan sepanjang 5 jam berada di sana. Di sana, mereka akan merasai pengalaman menguruskan wang sendiri apabila membelanjakan wang semasa membeli barangan di pasar raya dan membayar wang untuk mendapatkan sebarang perkhidmatan termasuk belajar di dalam kelas seperti art class, driving class, kelas masakan, kelas persolekan dan sebagainya. 

Di Kidzania semua kanak-kanak berpeluang untuk bekerja seperti orang dewasa untuk mendapatkan wang.  Mereka berpeluang mengumpul pendapatan hasil daripada pekerjaan mereka di KidZania. Lagi banyak mereka bekerja, lagi banyak gaji dalam bentuk wang Kidzos yang bakal mereka perolehi. Di sini mereka berpeluang untuk menimba dan menghayati pengalaman bekerja sebagai seorang anggota Polis, hakim, Peguam, Posmen, Doktor, Juruterbang, Bomba, pelakon, Pengacara TV, Pembaca berita, Juru gambar, juru tol, DJ Radio dan bermacam-macam lagi. 

Bila bekerja mereka akan di bayar gaji, bila mereka memerlukan perkhidmatan atau mahu menghadiri mana-mana kelas, mereka perlu membayar servis atau perkhidmatan tersebut. Seakan-akan sama seperti kehidupan sebenar kita di dunia realiti.

Terdapat 90 aktiviti pekerjaan atau perkhidmatan yang disediakan oleh 60 buah syarikat untuk memberi peluang kepada kanak-kanak merasai pengalaman bekerja dalam profesion yang mereka minati. Selama ni mereka dapat tengok jer orang dewasa bekerja kan? Pada kali ni, mereka sendiri dapat merasai pengalaman dalam pekerjaan-pekerjaan tersebut.

Walaubagaimanapun, setiap pekerjaan ada meletakkan had umur tertentu yang boleh disertai. Jadi, kena semak dulu had umur tersebut untuk memastikan samada anak-anak anda layak ataupun tidak untuk menyertai sesuatu pekerjaan.   


Bagi peluang Haikal belajar untuk mendapatkan "Certificate" dalam bidang perubatan.

Masukkan Haikal dekat kelas belajar perubatan. Kononya bila dapat certificate nanti, boleh dapat gaji mahal bila bekerja dalam bidang perubatan.

Tetapi rupanya sangkaan saya meleset.. Tak dapat pun gaji mahal seperti yang diharapkan.. hehehe..



Bagi peluang dekat Adam masuk kelas mewarna

Adam pula, saya bagi peluang masuk kelas mewarna.. Sajer jer nak suruh dia buat aktiviti yang pertama di Kidzania, sementara menunggu Haikal habis masuk kelas perubatan.. 

Petugas-petugas yang menjaga setiap "Department" kelihatan mahir dengan skop tugas masing-masing. Mereka mampu membantu kanak-kanak memperolehi pelbagai pengalaman dan pengetahuan di samping bermain dan berhibur sepanjang berada di sana.

Jom, kita tengok antara pekerjaan yang telah dilakukan oleh Adam dan Haikal sepanjang 5 jam berada di Kidzania.. 



Senarai pekerjaan yang boleh dipilih di KPJ Specialist Hospital

Terdapat 3 pekerjaan yang boleh dipilih di KPJ Specialist Hospital iaitu dalam Surgery Room, Endoscopy Room dan Nursery. Setiap pekerjaan menawarkan gaji yang berbeza iaitu:
  • Di Surgery Room pekerja akan dibayar gaji sebanyak 10 Kidzos
  • Endoscopy Room pekerja akan dibayar gaji sebanyak 10 Kidzos
  • Nursery pekerja akan dibayar gaji sebanyak 8 Kidzos

Pekerjaan pertama Haikal di Kidzania ialah dalam Surgery Room, dengan bayaran gaji sebanyak 10 Kidzos..

KPJ Specialist Hospital Surgery Room

Kalau diikutkan, Haikal nak masuk dalam 3 pekerjaan lagi yang terdapat di KPJ Specialist Hospital.. Tetapi disebabkan terpaksa menunggu terlalu lama untuk mendapatkan giliran pekerjaan yang seterusnya, jadi kami terpaksa melupakan hasrat tersebut. Lagipun Adam tak boleh join sekali untuk pekerjaan-pekerjaan yang lain sebab takut dia tak faham bila para petugas bercakap dalam Bahasa Inggeris untuk menyampaikan maklumat.


Menjadi Nurse menyambut Kelahiran Bayi

Bila dah dapat gaji, mulalah mereka terfikir untuk menggunakan duit tersebut dengan bermain game.. Hmm.. Tengok bayaran yang dikenakan untuk setiap kali bermain game..


Masuk Games Room, Percuma (0 Kidzo).. kalau nak main game kena bayar 3 Kidzos untuk setiap game.

Fuhh... Mujur pula semasa kami datang ke Games room, tiada petugas yang berada di sana.. Jadi, tak dapatlah nak masuk bermain game.. Jimat duit Kidzos mereka... Dan masa yang ada boleh digunakan untuk bekerja, bagi menambah pendapatan.. ;)

Jom.. Kita teruskan bekerja...

Pekerjaan Kedua Haikal dan pekerjaan pertama Adam ialah di Siemens Mayor's Office.. 

Setiap pekerja akan mendapat gaji sebanyak 8 Kidzos untuk tempoh masa bekerja selama 25 minit.

Haikal nampak serius nak bekerja, Adam pula tak fokus langsung.. Kena potong gaji karang baru tau.. ;)


Mendengar taklimat yang disampaikan oleh bos Siemens Mayor's Office sebelum melakukan site visit..

Pergi ke Site Visit bersama Bos..

Selesai bekerja.. Dapat gaji dari bos dan ada sesi fotografi...

Pekerjaan yang seterusnya...

Di stesyen televisyen terkenal NTV7..

Di sini kanak-kanak diberi agihan tugas mengikut tahap umur dan tahap kemampuan mereka.. Bagi kanak-kanak yang pandai membaca kebiasaannya akan dipilih sebagai pembaca berita atau pembaca laporan cuaca..



Adam bersama seorang lagi kanak-kanak diberi tugas dalam bilik kawalan Video dan audio... 

Seorang kanak-kanak yang lebih kecil dari Adam diberi tugas sebagai Juru Kamera/Video..

Haikal diberi tugas sebagai penyampai laporan cuaca..

Dua orang kanak-kanak yang lebih besar daripada Haikal diberi tugas sebagai pembaca berita..

Jom kita lihat hasilnya..

Pembaca berita berjaya melaksanakan tugas masing-masing dengan baik..


Haikal pula kelihatan agak kekok sewaktu menyampaikan laporan Cuaca


Hasilnya... 

Dalam Video, hanya nkmpak kepala Haikal sahaja... Badan agak terlindung..


Apabila selesai sesi penggambaran, saya bertanya kepada Haikal... Kenapa dia tunduk sewaktu membaca berita? Haikal menjawab dia agak susah untuk bercakap menggunakan mikrofon yang terdapat pada baju, dalam masa yang sama nak baca tulisan yang keluar pada skrin TV yang terdapat dihadapan beliau...

Hmmm.. Tak kisahlah itu semua... Yang penting Haikal dan Adam dapat merasai pengalaman tersebut, dan dalam masa yang sama dapat gaji harian lagi... Oklah tu kan? ;)

Pekerjaan seterusnya, merupakan pekerjaan yang sangat Hot.. Semua kanak-kanak sangat meminati pekerjaan ini... Nak bekerja di sini kena tunggu Q yang panjang.. Siapa sanggup menunggu, In Shaa Allah sampai juga giliran anak-anak anda untuk bekerja di sini.. 


Gaji yang ditawarkan untuk menjadi seorang Pilot memang tinggi iaitu 15 Kidzos berbanding gaji Flight Attendance iaitu 8 Kidzos..

Sambil menunggu giliran, Haikal dan Adam sempat bermain sesama mereka


Gambar-gambar Haikal dan Adam yang dapat saya ambil dari jauh sewaktu mereka berada dalam Flight Simulators.

Seterusnya terdapat beberapa pekerjaan mernarik lagi yang dapat mereka lakukan sepanjang berada di bandar Kidzania, antaranya..

Bekerja masukkan dan membawa pesakit dalam Van Ambulance 
 

Bekerja di Syarikat Komputer terkenal, Dell

Bekerja sebagai seorang Penyampai Radio (DJ)

Bekerja di Syarikat Telekomunikasi


Bekerja dengan Lembaga Hasil dalam negeri



Bekerja di Makmal Lifebuoy.. 

Bekerja sebagai seorang Anggota Bomba

Dan banyak lagi... Tetapi tidak dapat untuk saya kongsikan kesemuanya dalam entri ini..

Kalau berminat nak tahu dengan lebih lanjut, kesemua senarai pekerjaan yang ada di Kidzania, saya syorkan anda datang sendiri ke sini.. Bersama dengan anak-anak anda...

Pasti mereka berasa gembira bila datang ke sini... Lebih-lebih lagi bila berpeluang kumpul duit banyak-banyak melalui pekerjaan demi pekerjaan yang mereka lakukan...

Sedikit tips yang dapat saya berikan untuk memotivasikan anak-anak anda supaya rajin bekerja...

  1. Sebaik sahaja anak-anak anda dapat duit 50 Kidzos dari bank, bawa mereka mengunjungi kedai yang dapat mereka gunakan wang Kidzos tersebut.
  2. Suruh anak-anak anda target nak beli barang apa dengan wang Kidzos tersebut. Apabila dah tahu target mereka, suruh mereka bekerja keras untuk mengumpul duit yang mereka perlukan untuk mendapatkan barang yang mereka idamkan.
  3. Setiap kali anak anda dah rasa malas nak bekerja, ingatkan kepada mereka baki wang yang masih belum mencukupi untuk membeli barang yang mereka mahukan. Ingatkan juga kepada mereka barang-barang tersebut hanya boleh dibeli dengan menggunakan wang Kidzos sahaja, jadi mereka terpaksa juga bekerja untuk mencukupkan wang Kidzos yang mereka perlukan.


In Shaa Allah.. sekiranya anak-anak anda benar-benarkan mahukan barang yang mereka sukai, mereka sanggup bekerja untuk mengumpul jumlah wang Kidzos yang diperlukan.

Semasa berada di sana, anak saya Adam agak malas nak bekerja.. Tetapi cemburu bila melihat abangnya Haikal berjaya membeli permainan dengan wang Kidzos yang berjaya dikumpul... 

Disebabkan Adam nak juga permainan tersebut, akhirnya Haikal terpaksa buat kerja extra untuk Adam... Adam berehat, Haikal bekerja semata-mata untuk memberikan wang gaji kepada Adam...  Beruntunglah Adam... ;)

15 ulasan:

  1. Wah, seronoknya. Tak sabar nak bawa anak Mek ila ke Kidzania. Terima kasih atas perkongsian yang sangat lengkap ini.

    BalasPadam
  2. seronok jadi adam
    haha

    mahu seharian juga kat sini
    banyak aktiviti yang disediakan

    BalasPadam
  3. lumayan mahal ya tiket masuknya untuk ukuran indonesia

    BalasPadam
  4. Wah... Wah... Wahhh..
    Mau tak gembria budak-budak tu kerja kat situ..hehe..macam-macam bidang leh rasa..

    BalasPadam
  5. tak sabar nak bawak anak ke kidzania ni nanti..2thn ke atas kan?

    BalasPadam
  6. semua seronok .. oklah kan..

    BalasPadam
  7. seronoknya...

    teringin nak bawa anak2... tp anak kami ramai... kopak ler... hehe

    BalasPadam
  8. wah bestnye...tunggu mujahid besar nak bawa pegi..

    BalasPadam
  9. Bestnya jadi kanak-kanak kan, tak perlu fikir cara nak dapatkan wang...So, dengan adanya KIDZANIA ni mungkin boleh membantu anak-anak faham bagaimana sebenarnya susah nak dapatkan wang ni...

    BalasPadam
  10. Menarik!! Saya belum ada pengalaman bawa Kimi ke dlm Kidzania.. Last time dia pergi dgn rombongan sekolah dia. InsyaAllah cuti Jun nanti nak bawak Kimi ke sini lagi.. :)
    Thx anuar! Penceritaan yg menarik! :)

    BalasPadam
  11. Saya ada bawa anak2 ke kidszania ni .. memang derang kata best, tapi pergi hari tu dah tghari .. jadi tak banyak benda boleh buat, tambah lagi bila time cuti sekolah, ramai sangat orang ... jenuh nak kena berebut.

    BalasPadam
  12. Besnya nk prgi kidzania

    BalasPadam
  13. Tk sabar nya nk tungu besok

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra