Bagaimana nak menentukan Malaysia Best Blog 2015?

Persoalan ini sentiasa berlegar-legar di fikiran saya, sewaktu ingin menyertai Contest SEO "Malaysia Best Blog 2015" anjuran blog Ohduit.com.. 

Untuk menyertai Contest ini, saya perlu menyenaraikan sekurang-kurangnya 10 Malaysia Best Blog 2015.. [Boleh senaraikan lebih daripada 10 blog... Itu yang best tu.. ;)]

Untuk membuat senarai tersebut bukannya satu tugas yang mudah.. Bukannya senang nak buat penilaian.. Sebab kebanyakan blog mempunyai kelebihan dan kekuatannya tersendiri.. 

Jadi, cara terbaik untuk menentukan Malaysia Best Blog 2015.. Saya telah mewujudkan 8 kriteria yang wajar untuk dinilai bagi menentukan Malaysia Best Blog 2015 pilihan saya. 
  1. Page Rank (PR) sesebuah blog (Bukan senang nak dapat PR yang tinggi. Tetapi page Rank sesuatu blog kurang dibincangkan sejak akhir-akhir. Mungkin disebabkan banyak PR blog telah jatuh, tanpa ada sebab yang jelas.
  2. Bilangan komen yang kerap diterima untuk sesebuah entri/artikel
  3. Info yang diberikan boleh memberi impak yang besar kepada individu/masyarakat/negara
  4. Penulis blog merupakan seorang yang pakar dalam sesuatu bidang/seorang yang berpengaruh
  5. Pengikut/jaringan blog
  6. Mempunyai pelbagai kaedah untuk mendekati dan berinteraksi dengan pembaca contohnya Video, ebook, buku dan sebagainya
  7. Blog kemas dan dapat menarik hati pembaca
  8. Mempunyai ranking Alexa yang baik di peringkat Global dan Malaysia (Sekadar sebagai rujukan, untuk menguatkan 7 kriteria di atas)
  9. Walaubagaimanapun, terdapat 3 blog VVIP yang dikecualikan daripada kesemua syarat di atas
Berdasarkan 8 kriteria di atas dengan sukacitanya, saya ingin mengumumkan... Malaysia Best Blog 2015 berdasarkan pilihan saya ialah.. 


Malaysia Best Blog 2015


1) Dr. Fatin Liyana (VVIP1) - honeykoyuki.blogspot.com

Blog VVIP pertama pilihan saya merupakan blog kepunyaan si cantik manis yang bernama Dr Fatin Liyana. Walaupun menggunakan platform blogspot dan domain percuma, tetapi blog Fatin Liyana berjaya mendapat Rank yang baik dalam Malaysia ataupun diperingkat global. 


Malaysia Best Blog 2015
Dr Fatin Liyana bersama tunangnya Dr Anwar Fazal - Malaysia Best Blog 2015


Perjalanan hidup Dr Fatin Liyana sentiasa menjadi tumpuan rakyat Malaysia, terutamanya dalam kalangan golongan remaja yang sangat meminati blogger popular ini.  

Buktinya, anda boleh lihat bilangan pengikut blog Dr Fatin Liyana. Sehingga kini blog tersebut mempunyai 56,995 pengikut.. saya kira antara blog individu yang mempunyai pengikut tertinggi setakat ini.

Saya suka dengan cara penulisan beliau yang sempoi, dan sentiasa menggambarkan keseronokan ketika berkongsi info tentang kecantikan, penjagaan diri, penampilan, jalan-jalan dan sebagainya...  Dahlah orangnya cantik, tulisan menarik, bijak pula tu.. Pastinya dapat membuatkan orang ramai tertarik untuk mengunjungi blog beliau... 

Semenjak beliau melangsungkan majlis Pertunangan pada 21 Disember 2014, blog saya telah mendapat limpahan trafik melalui beberapa keyword seperti berikut: 


Malaysia Best Blog 2015
Antara Keyword berkaitan Dr Fatin Liyana dan Dr Anwar fazal yang menerjah masuk ke blog Coretan Anuar

Ini menunjukkan beliau sememangnya layak untuk dinobatkan sebagai senarai VVIP Malaysia Best Blog 2015. ;)



2) Abang Ensem (VVIP2) - Abangensem.com

Blog Abang Ensem berkisarkan tentang pelaburan hartanah dan pengurusan kewangan. Saya suka membaca blog beliau, disebabkan mempunyai gaya penulisan yang unik berbanding blog-blog pelaburan hartanah yang lain.

Setiap artikel blog beliau biasanya turut diselitkan dengan ayat-ayat nakal yang pastinya dapat menceriakan (Ceria ke geram!) para pembaca blog beliau. Beliau cukup bijak menyusun ayat-ayat menggoda  manis dalam artikel yang ditulis, untuk memastikan setiap info dapat disampaikan dalam keadaan santai. 

Strategi tersebut nampak menjadi, sehingga membuatkan ramai orang ketagih membaca blog beliau sehingga kini.   



Malaysia Best Blog 2015
Stok buku abang Ensem yang masih berada dalam simpanan saya. Hubungi saya, sekiranya berminat untuk mendapatkan buku ini pada harga diskaun sebanyak 20%


Berikut merupakan sedikit maklumat tambahan yang perlu anda tahu tentang Abang Ensem:
  • Seorang bekas pegawai Bank yang kini menjadi Full Time Blogger dan pelabur hartanah berjaya
  • Pernah ditemuramah dalam satu rancangan Televisyen terbitan ASTRO
  • Telah menulis beberapa buah ebook dan sebuah buku Fizikal 
  • Menjadi penulis jemputan untuk Majalahniaga.com dan di beberapa akhbar
  • Menjadi Penceramah utama untuk Mini Seminar Sembang Subsale Bersama Abang Ensem dan penceramah-penceramah jemputan untuk beberapa seminar pelaburan Hartanah
  • Menjadi Penulis Jemputan majalah Apartment Impiana terbitan Karangkraf
  • Dan lain-lain.


3) Oh! Duit (VVIP3) - ohduit.com

Oh! Duit merupakan sebuah blog yang menfokuskan tentang cara buat duit secara online ini telah berumur melebihi 5 tahun. Sekiranya anda nak tahu cara buat duit secara online melalui eBay, Clickbank, Ads4bucks, Dropship dan sebagainya, saya syorkan anda kunjungi blog ini. Saya yakin anda akan berjaya mendapatkan maklumat yang anda perlukan di sana.

Selain itu, melalui blog ini juga anda boleh mendapatkan info tambahan tentang SEO, Tema Wordpress, Google Webmaster, paypal, Virtual Credit card (VCC) dan sebagainya.

Ada berita gembira...

Sekarang ni blog Oh! Duit sedang menganjurkan Contest SEO : Malaysia Best Blog 2015



Malaysia Best Blog 2015
SEO Contest : "Malaysia Best Blog 2015"

Hadiah contest ini sangat lumayan:
  • Tempat Pertama: RM1500
  • Tempat Kedua hingga ke Sepuluh : RM50

Disebabkan itu, sekiranya anda mempunyai sebuah blog, saya syorkan anda menyertai Cotest ini... Menang kalah adat pertandingan.. Kita cuba sahaja.. Manalah tahu ada rezeki boleh menang salah satu hadiah yang disediakan dalam Contest ini...  ;)


4) Malaysia Kini (PR7) - malaysiakini.com

Malaysiakini.com merupakan blog/portal 4 bahasa yang mempunyai PR7.. Bukannya senang untuk sampai ke tahap ini.. Kebanyakan blog-blog popular di Malaysia sekadar dapat mencapai PR3 dan PR4 sahaja.. Dapat capai PR4 pun dah kira hebat, inikan pula sebuah blog yang mampu memperolehi PR7..  

Hasil semakan Rank Alexa bertarikh 19 Januari 2015 menunjukkan Malaysiakini mempunyai Rank ke 28 dalam Malaysia dan Rank ke 5,763 secara global.. 

Dalam blog Malaysiakini.com anda mempunyai pilihan membaca dalam 4 bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil. Jadi, semua rakyat Malaysia boleh membaca blog ini mengikut kesesuaian bahasa masing-masing..  

Maklumat yang terdapat dalam Malaysiakini lebih terarah kepada isu-isu terkini serta perkara yang berkaitan dengan politik di Malaysia. 


5) Beautifulnara (PR3) - beautifulnara.com

Blog mengenai gosip artis dan hiburan di Malaysia ini mempunyai status PR3.. Blog ini berada di kedudukan ke 65 ranking Alexa Malaysia dan kedudukan ke 15,800 ranking Alexa Global.. 

Niche area blog beautifulnara yang berkisarkan tentang dunia hiburan dan gosip artis. Disebabkan itu, ramai orang yang suka membaca blog ini. Terutamanya golongan remaja, belia dan suri rumah tangga yang kebiasannya suka membaca cerita-cerita berkaitan dengan dunia artis dan hiburan tanah air.  

Ada sahaja cerita baru atau berita terkini tentang dunia artis dimuatkan di blog beliau.. Kadang tu cerita tersebut belum sempat lagi keluar dalam mana-mana akhbar, tetapi telahpun dipaparkan di blog Beautifulnara.. 

Macamana Beautifulnara boleh dapat gosip dengan pantas? itu saya tak tahu.. Sekiranya anda berminat nak tahu, anda boleh bertanya sendiri dengan Bro Nara.. 


6) Paultan.org (PR4) - paultan.org

Paultan.org merupakan sebuah blog automotif yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Blog berstatus PR4 ini mempunyai Rank ke 98 di Malaysia dan 14,102 di peringkat global.. 

Saya rasa tentu ramai peminat kereta di Malaysia suka membaca blog ini.

Dalam blog ini ada mengandungi pelbagai gambar kereta yang cukup cantik.. Bila tengok gambar-gambar tersebut, boleh membuatkan saya rasa teringin nak memiliki salah sebuah kereta mewah pada satu hari nanti.  ;)


7) Amanz.my (PR4) - amanz.my

Pada 2 tahun yang lepas Blog Amanz.my berstatus PR5, mempunyai Rank ke 118 di Malaysia dan 23,689 diperingkat global. 

Hasil semakan Rank Alexa bertarikh 19 Januari 2014 menunjukkan blog Amanz.my mempunyai Rank ke 179 dalam Malaysia dan Rank ke 37,768 secara global. Jauh juga rank blog ini jatuh, dalam tempoh 2 tahun. Walaubagaimanapun, blog ini masih kekal sebagai blog informasi dan teknologi dalam Bahasa Melayu terbaik di Malaysia

Artikel-artikel yang ditulis banyak memfokuskan tentang dunia IT di dalam mahupun luar negara. Termasuklah ulasan-ulasan berkenaan gajet-gajet terkini seperti telefon pintar, tablet, komputer riba dan lain-lain.

Seronok membaca Blog Amanz.my, lebih-lebih lagi sekiranya anda berhajat nak membali gadget atau komputer baru.. ;)


8) Denaihati  (PR3) - denaihati.com 

"Hidupkan Untuk Memberi" merupakan tagline yang cukup dikenali oleh kebanyakan blogger di Malaysia.

Daripada tagline tersebut telah menjadikan Blog Denaihati begitu dikenali oleh blogger-blogger di Malaysia, Brunei dan di Indonesia. Bila sebut sahaja blog Denaihati, orang akan teringat sifat pemurah yang dimiliki oleh Founder blog tersebut. Ada sahaja hadiah yang disediakan untuk pembaca blog berstatus PR3 ini.

Dalam blog ini, pembaca boleh mendapatkan beberapa info seperti tips-tips motivasi, perniagaan, isu semasa, pengalaman kembara, serta kisah peribadi yang dapat memberi inpirasi. 

Hasil semakan Rank Alexa bertarikh 19 Januari 2014 menunjukkan blog Denaihati mempunyai Rank ke 369 dalam Malaysia dan rank ke 38,966 di peringkat global.

Blog ini pernah memenangi beberapa anugerah seperti Best of The Best Blog of The Year 2012 (MSMW 2012),  MSMW Most Creative blog 2013, MyNic Best Personal blog 2013 dan MSMW Best micro blog 2014. Kemudian Blog Denaihati juga telah berjaya memasuki pusingan akhir untuk anugerah DiGi Best personal blog 2013 dan MITBCA Best personal blog 2013.



9) chedet.cc (PR5) - chedet.cc

Chedet.cc merupakan blog peribadi Tun Dr. Mahathir Mohamad, yang merupakan mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke 4. Blog ini berkisarkan isu-isu semasa di Malaysia, isu-isu berkaitan dengan negara-negara Jiran, isu-isu Politik, ekonomi dan pelbagai cerita lain lagi sehingga ke peringkat Antarabangsa.

Tun Dr. Mahathir Mohamad merupakan blogger veteran yang wajar dihormati oleh golongan blogger muda seperti saya (Blogger veteran pun boleh dapat PR5). Beliau mempunyai banyak pengalaman dalam mentadbir sebuah negara. Dan sebagai seorang rakyat Malaysia, pastinya saya berlapang dada membaca pandangan dan pengalaman yang beliau ada dalam menikmati kehidupan melebihi 80 tahun. 

Adakalnya pandangan beliau tentang isu-isu politik di Malaysia masih releven untuk dipertimbangkan oleh pemimpin-pemimpin di Malaysia. Jadi, blog beliau terus menjadi ikutan golongan pihak atasan dan pemimpin negara kita mahupun pemimpin negara luar.

Selain menulis blog, Tun juga turut ada menulis buku dan ebook. Saya percaya, terlalu banyak info yang ingin dikongsikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad melalui hasil-hasil penulisan beliau. Jadi, rugi kalau kita tidak menggunakan kesempatan yang ada untuk membaca blog beliau.


10) RotiKaya.com (PR2) - rotikaya.com

Blog yang terakhir sekali dalam senarai Malaysia Best Blog 2015 pilihan saya ialah Blog rotikaya.com yang juga merupakan Blog Hiburan dan gosip artis.

Walaupun blog ini sekadar mempunyai PR2, tetapi berjaya mendapat ranking ke 138 Malaysia dan ranking ke 27,008 global, berdasarkan hasil semakan yang telah dibuat pada 19 Januari 2015.

Blog Hiburan dan gosip artis ni memang ramai orang suka baca. Disebabkan kebanyakan orang yang suka melayari internet terdiri daripada golongan remaja, belia dan surirumah tangga yang suka kepada cerita-cerita tersebut. Jadi, tak hairanlah sekiranya blog ini mempunyai ramai pembaca.

Malaysia Best Blog 2015



Syukur Alhamdulillah. Akhirnya saya berjaya juga menyenaraikan 10 Malaysia Best Blog 2015 dan sedikit info bagi setiap blog seperti yang dikehendaki oleh pihak penganjur Contest ini. Diharap penganjur dapat menerima penyertaan saya. ;)

Selain 10 blog yang saya senaraikan di atas. Sebenarnya terdapat banyak lagi Blog terbaik Malaysia pilihan saya. Tapi apaka daya. Saya hanya mampu menyenaraikan 10 Malaysia Best Blog 2015 sahaja pada kali ini.

Bagaimana dengan pendapat anda pula? Adakah anda setuju dengan senarai Malaysia Best Blog 2015 pilihan saya? 

Sekiranya anda tidak bersetuju, saya harap anda sudi mencadangkan Malaysia Best Blog 2015 pilihan anda, dengan menyertai Contest ini.

Mari menyertai contest SEO Malaysia Best Blog 2015 dan anda berpeluang memenangi hadiah utama, berupa wang tunai bernilai ribuan ringgit!! Contest SEO ini dianjurkan oleh Ohduit.com.