Isnin, 19 Januari 2015

Jutawan senyap yang mereka cari..

with 3 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Siapakah Jutawan Senyap yang mereka cari?


Sejak akhir-akhir ini semakin ramai yang singgah ke blog saya sebab nak cari cerita tentang Jutawan Senyap.

Mungkin ada ramai rakyat Malaysia yang bercita-cita nak jadi Jutawan Senyap. Terutamanya pada tahun baru 2015 ini. 

Jutawan Senyap sebagai azam tahun baru 2015. Tak salahkan kalau ada azam tahun baru yang hebat macam tu?

Keyword "Jutawan Senyap" yang menerjah masuk ke blog saya menerusi enjin carian Google

Pada zaman sekarang ni, tak mustahil ada ramai Jutawan Senyap di luar sana.  Kita tengok sahaja harga-harga rumah di kawasan bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Baru, Penang, dan sebagainya.. Walaupun harga rumah melebihi RM500K, tapi masih ramai orang yang mampu membelinya..

Kita lihat pula di jalan-jalan raya.. Terlalu banyak kereta-kereta mewah "menghiasi perjalanan" di Lebuh Raya Utara-Selatan. Kalau zaman dulu, kita hanya mampu melihat kereta mewah seperti Ferrari, Lamborghini, Porsche, Rolls Royce, Chevrolet Camaro, ni dalam TV sahaja. Tapi sekarang ni kita dah dapat tengok kereta-kereta ni dekat atas Jalan raya di Malaysia..

Ini menunjukkan terlalu ramai rakyat Malaysia yang dah berstatus Jutawan sekarang ni.. 

Cuma ada yang berstatus Jutawan yang orang tahu, dan ada pula jutawan yang low profile.. Orang tak tahu pun mereka ni sebenarnya seorang Jutawan..

Kebanyakan Jutawan dikenali disebabkan mereka mempunyai syarikat yang gah dan dikenali, mempunyai bangunan pencakar langit, menjadi pemegang saham dalam pelbagai syarikat besar, mempunyai status Datuk dan Tan Sri, dan lain-lain..

Tapi ada Jutawan yang sentiasa Low Profile.. Orang tak tahu pun mereka dah jadi Jutawan, disebabkan melakukan pekerjaan yang tak glamour.. Mereka inilah yang dikategorikan sebagai Jutawan Senyap 

P/s :Nak tahu kisah lanjut Tentang Jutawan Senyap yang pernah saya ceritakan di blog ini? Saya syorkan anda >> KLIK DI SINI


3 ulasan:

  1. Huhu...salah satu impian saya..nak jadi jutawan senyap..hidup pun aman la kot sikit..hehe

    BalasPadam
  2. Jutawan senyap pasti membahagiakan,
    minta 1 hari dipertemukan dengan salah seorang Jutawan Senyap Amin :D

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra