Ahad, 11 Januari 2015

Dah lama Bini Kedua dan Bini Ketiga tak mandi Bersama

with 5 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Dah Lama betul bini Kedua dan Bini Ketiga tak mandi bersama...

Kesian dekat kedua-dua bini saya ni.. Sejak akhir-akhir ini agak terabai.. kurang mendapat belaian kasih sayang daripada saya... hehehe..

Sejak harga minyak turun ni, masing-masing mendapat nafkah yang mencukupi.. Syukur Alhamdulillah.... Harap harga minyak dapat terus bertahan macam ni, sampai bila-bila... ;)

Perkenalkan yang hitam tu Bini Kedua saya.. Saya peli pada tahun 2006.. Sepatutnya bini pertama, sebab saya beli sebelum berkahwin... Tapi jarang orang kata kereta sebagai bini pertama.. Biasa orang kaitkan kereta sebagai bini yang kedua.. Betul tak?

Bini kedua saya ni, saya beli semasa berada di Mukah Sarawak... Berasal dari Korea.. Banyak jasa beliau kepada kami sekeluarga... Terlalu banyak kenangan yang tak dapat nak dilupakan bersama beliau... 

Sekarang ni bini kedua jarang digunakan disebabkan isteri saya tidak pandai memandu... Hanya saya seorang sahaja yang memandu pergi balik ke tempat kerja, pergi balik kampung, pergi jalan-jalan, dan sebagainya... 

So, bini kedua saya sekarang ni banyak berehat di rumah.. Ada beberapa orang yang berminat nak membelinya, tapi buat masa ini saya masih sayangkannya... Jadi, saya belum memberi kata putus kepada mereka yang berminat untuk mendapatkannya..  

Bini Kedua dan Bini Ketiga dapat mandi bersama

Bini ketiga saya berwarna kelabu.. Buatan Jepun.. Lagi sedap dipakai berbanding bini kedua.. Enjin 2000C untuk kereta Sedan, tentu lebih selesa dipakai.. Isteri dan anak-anak sangat menyayanginya, sebab boleh tengok drama Korea dan kartun Upin & Ipin dekat dalam kereta... huhuhu...

Biasalah isteri saya peminat drama Korea, anak-anak saya pula suka sangat tengok kartun Upin & Ipin... Sampai dah tengok berulang kali pun tak pernah jemu... Movie Upin & Ipin bertajuk Geng tu, ntah berapa kali dah diaorang tengok... Siap boleh hafal dialog lagi...  

Semalam, alhamdulillah berkesempatan mandikan bini kedua dan bini ketiga saya ni secara bersama... Sebelum ni mandi asing-asing... Kalau bini ke tiga dapat mandi, biasanya bini kedua belum tentu mandi lagi... Sebab jarang di pakai, tu sebab jarang dimandikan... 

Sekarang ni dah selesai mandikan kedua-dua bini saya ni... Elok juga dapat mandikan mereka sendiri.. Tak perlu nak hantar ke kedai cuci kereta seperti biasa... Dapat juga jimatkan kos, sementara bonus belum masuk lagi... Dalam masa yang sama boleh mengeratkan semula hubungan siratulrahim dengan bini-bini saya ni... Boleh membelai mereka semasa tengah mandikan mereka... hehehe

Semoga  terhibur membaca entri mengarut saya pada hujung minggu ni... Selamat Bercuti... ;)


5 ulasan:

  1. Dah siap tulis satu entri santai..

    BalasPadam
  2. Salah satu mcm nak kena tukar dgn MPV je bro, famili makin besar dah.....heeee

    BalasPadam
  3. Tuan bini2 tu dah mandi ke belum? hehehehe

    BalasPadam
  4. saya pun dah lama tak mandikan kereta kesayangan tu

    BalasPadam
  5. Hahaha...bagus punya tuan macam ni dapat layanan..hehe

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra