Isnin, 6 Oktober 2014

Kereta kena towing gara-gara tukar bateri alarm kunci kereta

with 0 Comment
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Pada 17-19 September yang lalu, saya bersama seorang rakan setugas berkesempatan untuk menyelia pelajar Latihan Industri di sekitar kawasan Kuala Lumpur. 

Terdapat 14 buah Syarikat yang telah kami kunjungi melibatkan 19 orang pelajar dari pelbagai Politeknik, yang sedang menjalani Latihan Industri di syarikat-syarikat berkenaan.

Pada hari pertama penyeliaan kami, segalanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Sebanyak 4 buah syarikat telah kami kunjungi di sekitar kawasan Diamond Square (tak sangka boleh terjumpa Syarikat Majalah Niaga di kawasan tersebut), Dataran Merdeka, dan Menara TM.  



Kereta kena towing gara-gara tukar bateri alarm kereta


Pada hari kedua penyeliaan kami, membabitkan 5 buah syarikat di sekitar kawasan Setapak, Menara TKSS Jalan Segambut, sehinggalah ke Taman Melawati..

Syarikat pertama yang kami kunjungi pada hari kedua ialah Proton Edar Sdn. Bhd, Setapak Service Centre.. Dekat sini saya sempat mendapat seberapa banyak info berkaitan Proton IRIZ, produk terbaru keluaran Proton daripada tuan pengurus di syarikat tersebut..

Kata orang sambil menyelam minum air.. Sambil menyelia pelajar latihan Industri, sambil tu dapat juga mencari seberapa banyak info tentang Proton yang sentiasa berlegar-legar di fikiran saya selama ini. Syukur Alhamdulillah, pengurus syarikat tersebut sangat sporting.. Semua pertanyaan di jawab dengan baik.. Siap sediakan secawan air minuman untuk kami berdua supaya dapat bersembang panjang dengan beliau... hehehe.. Terima kasih banyak-banyak yer.. ;)

Selepas selesai "urusan kami" di Proton Edar Sdn. Bhd, Setapak Service Centre, kami pergi pula ke tempat penyeliaan kedua di Menara TKSS, Jalan Segambut..

Seronok dapat berada kawasan ini, sebab terdapat banyak kedai-kedai yang menjual bermacam-macam jenis spare part kereta.. Semua Spare Part kereta untuk pelbagai jenama seperti Hyundai, Kia, Nissan,  Toyota, Mitsubishi dan sebagainya.. semuanya ada di jual di sini..

Nak dijadikan cerita, tergerak di hati saya nak menukar Bateri Alarm Kunci kereta saya.. Bateri Alarm tu kalau diikutkan elok lagi.. Cuma kadang tu bila saya tekan, ia tak berfungsi .. kena goyang-goyangkan sikit, kemudian tekan semula, baru berfungsi.. Jadi, saya pun ambil keputusan untuk menukar bateri alarm kunci kereta tersebut, dengan harapan ia dapat berfungsi dengan lebih baik.. 

Selepas saya dah tukar bateri alarm kunci kereta tersebut, Alhamdulillah.. saya dapati ianya dapat berfungsi dengan baik.. Dengan sekali tekan sahaja saya dah berjaya untuk lock dan unlock pintu kereta dan bonet kereta saya.. 

Tetapi malangnya, bila saya start enjin kereta, enjin kereta saya tidak dapat dihidupkan seperti biasa.. Puas saya mencuba beberapa kali, tetapi tidak berhaya untuk menghidupkan enjin kereta saya.. 

Saya pergi dekat kedai-kedai yang menjual spare part NISSAN, untuk mengetahui masalah yang sedang dihadapi oleh kereta saya.. Selepas beberapa kedai saya kunjungi, kebanyakan pekedai memberi tahu perkara yang sama iaitu Immobilizer yang terdapat dalam kunci kereta saya kemungkinan telah tercicir semasa kerja-kerja menukar bateri alarm kunci kereta dilakukan..


Alarm kunci kereta Nissan tanpa Immobiliser

Saya pun pergi semula ke kedai tempat saya menukar bateri alarm kunci kereta tersebut, untuk mencari Immobilizer yang dimaksudkan.. Tetapi tidak berjaya dijumpai.. Sebabnya saya sendiri pun tak tahu mana rupanya Immobilizer.. Saya tak pernah tengok pun Immobilizer tersebut sebelum ini.. Jadi, usaha saya mencari Immobilizer adalah sia-sia.. Tokey-tokey kedai spare part kereta yang mengatakan kemungkinan Immobiliser yang terdapat pada alarm kunci kereta saya terjatuh, juga tidak dapat memberikan gambaran yang tepat bagaimana bentuk Immobiliser yang dimaksudkan.. Mereka cuma bagi tahu Immobiliser tersebut, sangat kecil dan berwarna hitam.. Tetapi, tanpa gambaran yang tepat, adalah tersangat-sangat mustahil saya dapat menjumpai immobilizer tersebut..

Untuk kepastian, rakan saya telah menghubungi NISSAN Centre.. Pihak NISSAN Centre meminta saya dapatkan perkhidmatan Towing untuk membawa kereta saya berserta kuncinya sekali ke NISSAN Service Centre berhampiran..

Kereta NISSAN tidak dapat dihidupkan dengan kunci sekiranya tiada Cip  immobilizer di dalamnya

Mujur pula NISSAN Service Centre terhampir terletak di Jalan Ipoh.. Cuma berada kira-kira 3 Km dari tempat kami berada.. 

Jadi, saya pun menghubungi pihak Kurnia Insurans untuk mendapatkan kemudahan Towing kereta secara PERCUMA.. Ya PERCUMA! Kepada pemegang polisi kereta KURNIA Insurans, anda boleh mendapatkan servis Towing kereta secara PERCUMA, walau di mana jua anda berada.. Tak kisahlah sejauh mana anda nak towing kereta anda, anda berhak menggunakan perkhidmatan tersebut sekiranya anda memerlukannya..

Apabila sampai di NISSAN Service Centre, Jalan Ipoh, saya perlu membeli Cip yang dikatakan hilang tersebut.. 


Kereta Kena Towing disebabkan Immobilizer Transponder
Invoice yang dikeluarkan oleh NISSAN Service Centre, Jalan Ipoh

Nama sebenar Chip yang hilang tersebut ialah Transponder. Ianya berwarna hitam dan kecil sahaja, tetapi harganya boleh tahan juga mahalnya.. Satu unit Transponder ini berharga RM80..



Transponder yang hilang berharga RM80.00 seunit


Transponder yang dipasang semula pada alarm kunci kereta

Setiap kali Chip transponder baru dimasukkan pada alarm kunci kereta, starter kereta perlu di set semula supaya sepadan dengan transponder baru tersebut...

Dan yang tak syoknya, kunci spare yang saya ada di rumah sudah tak boleh digunakan.. Saya perlu membawa kunci spare yang saya ada di rumah saya ke NISSAN Service centre berhampiran, untuk di set semula supaya sepadan dengan setting baru starter kereta saya..

Fuhh!! Sampai begitu sekali security kereta NISSAN.. 

Jadi, setelah pulang daripada menyelia pelajar latihan Industri.. saya pun bawalah kereta saya berserta kunci spare yang saya ada ke NISSAN Service centre Menglembu, Perak ..




NISSAN Service centre Menglembu, Perak


Syukur Alhamdulillah.. Kini semuanya dah selamat..  Kejadian tersebut telah memberi  satu pengajaran kepada saya... dan diharap dapat juga dijadikan pengajaran kepada pemilik kereta NISSAN yang lain.. Atau pemilik apa-apa jenis kereta, supaya berhati-hati sekiranya hendak menukar bateri alarm kunci kereta..

SIla pastikan alarm kunci kereta di buka dengan cermat oleh pemilik kedai, supaya tiada sebarang chip yang tercicir daripada alarm kunci kereta anda.. Kesilapan kecil yang berlaku, boleh menyebabkan kereta anda terpaksa di towing.. 

0 comments:

Catat Ulasan

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra