Rabu, 10 September 2014

Sekitar Penganjuran Klinik UPSR Didik Berita Harian (Fasa 2) 2014 (Hari Pertama)

with 0 Comment
Assalamualaikum dan Salan Sejahtera..

Hari ni merupakan hari ke dua Peperiksaan UPSR diadakan di seluruh Malaysia.. Sekejap betul masa berlalu.. Esok dah nak habis dah exam UPSR.. Para pelajar bertungkus-lumus membuat persediaan selama ini, hanya untuk penilaian selama 3 hari sahaja.. 

>> Klik Di Sini untuk mengetahui Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2014

Walaupun cuma 3 hari sahaja, tetapi keputusan peperiksaan UPSR akan dapat memberi impak yang besar dalam hidup setiap calon.. Ini kerana keputusan UPSR dapat menentukan sekolah mana yang sesuai dengan kpencapaian mereka... Sekiranya calon berjaya mendapat keputusan 5A disamping bergiat aktif dalam aktiviti ko-kurikumlum, besarlah peluang mereka untuk memasuki Sekolah-sekolah Berasrama Penuh, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Sekolah Tun Fatimah, Sekolah-sekolah Cluster dan sebagainya..   

Disebabkan itu, ramai ibu bapa berusaha membantu sedaya mungkin untuk memastikan anak-anak mereka mendapat ilmu, pendedahan, dan latihan yang mencukupi sebelum menjejakkan kaki ke dewan peperiksaan..  

Salah satu usaha yang telah ibu-bapa lakukan ialah dengan menghantar anak-anak mereka menyertai Klinik UPSR Didik Berita Harian.. Tindakan ibu-bapa menghantar anak-anak mereka menyertai klinik ini, bukan bermaksud guru-guru di sekolah tidak pandai mengajar anak-anak mereka... 


Bukan... Bukan... bukan bermaksud begitu... Saya percaya guru-guru di sekolah telah cuba yang terbaik untuk mengajar anak-anak didik mereka.. Cuma dari segi penerimaan pelajar, ada yang cepat dan ada yang lambat... Itu perkara biasa... Sebab saya sendiri pun pernah menjadi seorang pelajar, dan saya juga bukanlah seorang pelajar yang cepat menangkap ilmu yang guru-guru ajar semasa di dalam kelas.. Jadi, golongan pelajar seperti saya perlukan lebih banyak pendedahan, lebih banyak pengalaman, dan perlu lebih banyak belajar daripada pelbagai sumber... Termasuk guru-guru yang berbeza...

Jutseru itu,  kehadiran peserta menyertai ke Klinik UPSR Didik Berita Harian adalah untuk mendapatkan extra info, extra tips, dan juga Flash Back ilmu-ilmu yang telah mereka pelajari daripada guru-guru mereka di sekolah selama ini.. 

Penceramah-penceramah yang dibawa oleh pihak Didik Berita Harian berperanan sebagai pemudah cara.. Mereka cuba sedaya upaya membantu pelajar-pelajar ini recall semula ingatan mereka melalui pendekatan dan cara mereka yang tersendiri... Kerja mereka untuk menggilap daya ingatan pelajar dalam setiap subjek, membantu pelajar mengingati kembali mana yang dah terlupa.. Sebab penceramah-penceramah yang di bawa oleh pihak Berita Harian terdiri daripada guru-guru pakar bagi setiap subjek... Pihak Berita Harian telah mimilih guru-guru yang terbaik dalam kalangan yang terbaik sebagai penceramah mereka... Disebabkan itu mereka dibayar mahal untuk menyampaikan ilmu kepada para peserta klinik ini... 

Dan berdasarkan pengalaman saya menganjurkan klinik ini buat kali yang ke 3... Saya dapati terdapat pertambahan bilangan peserta dari semasa ke semasa.... 

Pada Bulan Jun 2013, buat kali pertama saya dan rakan-rakan menganjurkan klinik ini... Bukan main susah lagi nak dapatkan peserta.. Nak dapatkan 100 peserta pun payah sangat-sangat.. Tetapi berkat usaha tanpa kenal erti putus asa, akhirnya berjaya juga kami menghadirkan dalam 120 orang peserta... Macamana susah payahnya, tak perlulah saya menceritakannya di sini... Tetapi pengalaman tersebut akan kami ingat sampai bila-bila...

Pada Bulan April 2014, kami menganjurkan Klinik UPSR Didik Berita Harian buat kali yang kedua.. Kami gunakan pengalaman yang lepas dalam usaha mempromosi.. Dan akhirnya kami berjaya menghadirkan 150 orang peserta... Syukur Alhamdulillah.. Tercapai sasaran...

Pada Bulan Ogos yang lalu, sekali lagi kami menganjurkan klinik ini... Kami menggunakan teknik promosi yang hampir sama seperti pada Bulan April 2014, dan hasilnya 195 peserta telah berjaya mendaftarkan diri untuk menyertai klinik ini.. tetapi terdapat 3 peserta tidak hadir... Jadi, jumlah peserta yang menyertai Klinik ini pada ketika itu adalah seramai 192 orang...   

Ini menunjukkan Tak Kenal Maka Tak Cinta... Selepas mereka kenal dan tahu tantang kewujudan klinik ini di Daerah Sabak Bernam, ibu bapa sudah mula berminat untuk menghantar anak-anak mereka menyertai klinik ini..

Buktinya.. Pada 2 hari lepas ada seorang Ibu pelajar yang menghubungi saya.. Bertanyakan, bila saya nak menganjurkan Klinik UPSR Didik Berita Harian dalam tempoh yang terdekat ini?

Terkejut saya menerima panggilan tersebut... Saya bertanya balik kepada si pemanggil.. Bukan ke sekarang ni semua calon sedang menduduki peperiksaan UPSR? Jadi tiada klinik UPSR yang akan dianjurkan dalam tempoh terdekat ini... kalau ada pun, pada tahun depan... Paling cepat dalam bulan Januari/Februari... 

Si pemanggil bertanya lagi.. Tak ada ker dekat mana-mana tempat yang menganjurkan Klinik UPSR Didik Berita Harian pada bulan Oktober-Disember ni?

Sekali kagi saya menjelaskan kepada si pemanggil tiada untuk tahun ini... Dan In Shaa Allah kami akan anjurkan lagi pada tahun hadapan... 

Saya dah tak larat nak berceloteh panjang dah ni... Jom kita tengok gambar-gambar Sekitar Penganjuran Klinik UPSR Didik Berita Harian (Fasa 2) 2014...  Pada Hari  yang Pertama..

En. Muhammad Fakhri bin Alias, 
Penyunting Eksekutif, Unit Pendidikan Berita Harian
sewaktu mengucapkan kata-kata aluan kepada semua peserta..

Sesi menyanyikan lagu Didik Berita Harian..

Para peserta menyanyi dengan merujuk kepada Senikata yang dibekalkan kepada mereka



Tumpang gembira.. Sebab dapat Naskah Akbar Berita Harian secara PERCUMA selama 2 hari berturut-turut... ;)

Pengangkutan disediakan untuk para peserta yang tinggal di sekitar daerah Sabak Bernam..


Penceramah Pertama... Veteran tetapi sangat berpengalaman..

Slot Bahasa Inggeris bersama En Abdul Rahman Umar.. Walaupun dah bersara, tetapi kepakarannya dalam mengajar Bahasa Inggeris tidak boleh dipertikaikan.. 

Bijak mengawal audience.. Walaupun bilangannya ramai, tetapi tak ada yang sempat nak mengantuk...  


Setiap apa yang disampaikan, membuatkan para peserta sentiasa memberi perhatian dan berfikir untuk memberi respon... ;)

Setakat ini, saya dah berpeluang bertemu dengan 9 orang penceramah Klinik UPSR Didik Berita Harian dan 3 orang penceramah Seminar SPM Didik Berita Harian.... Secara jujurnya saya sangat berpuas hati dengan teknik pengajaran mereka dan teknik penyampaian yang sangat bagus... 

Testimoni daripada seorang ibu yang berpeluang mendengar sesi ilmu yang disampaikan oleh seorang penceramah... Beliau sangat berpuas hati dengan teknik pengajaran yang digunakan.. Setiap kali berada di dalam dewan tersebut, akan membuatkan kita sentiasa berfikir dan cuba untuk memberi resepon terhadap perkara yang sedang dibincangkan/disampaikan... 

Ibu tersebut berkata.. "Kalaulah aku tahu macam ni, sepatutnya akau hantar anak aku masa dia darjah 5 lagi..."

Setakat ini sahaja perkongsian daripada saya untuk kali ini...  

Jumpa lagi dalam entri sambungan berjudul Sekitar Penganjuran Klinik UPSR Didik Berita Harian (Fasa 2) 2014 (Hari Kedua)

0 comments:

Catat Ulasan

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra