Khamis, 3 Julai 2014

Dapat Duit Raya Pertama daripada Cikgu Hafiz.. Syukur Alhamdulillah..

with 6 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada rakan-rakan saya yang beragama Islam.. Semoga ceria-ceria selalu dan terus kekal bertenaga dalam menjalani kehidupan seharian di bulan Ramadhan ini.. ;)

Ok.. Berbalik kepada tajuk entri saya pada kali ini.. 

Sebenarnya saya dah lama sangat teringin nak merasa dapat duit raya daripada Cikgu Hafiz,.. iaitu semenjak kali pertama bertemu beliau, ketika kami sama-sama menghadiri  JomNiaga Summit 2013..   

Masa tu rasa sangat gembira, bila buat kali pertama berpeluang bertemu dengan Cikgu Hafiz yang merupakan salah seorang usahawan internet terkenal di Malaysia.. 

"Tentulah gembirakan, bila dapat peluang bertemu dengan Otai.. ;)"

Dari sehari ke sehari, teringin sangat nak merasa sedikit rezeki daripada 'otai' ni.. Terutamanya dekat nak raya ni.. Maklumlah Cikgu Hafiz ni memang pandai buat duit melalui internet.. Kalau dapat "payung" duit raya dalam seringgit dua daripada beliau, boleh juga saya gunakan untuk menambahkan keperluan perbelanjaan di hari raya nanti.. 



Teringin sangat nak dapat Duit Raya Pertama daripada Cikgu Hafiz.. ;)

Malam tadi, saya lihat ada satu email daripada Cikgu Hafiz.. 

...
...
...

Sekali saya buka dan baca email tersebut... Syukur Alhamdulillah... Rezeki...

Duit raya pertama yang saya harapkan selama ini daripada Cikgu Hafiz, telah pun berjaya saya perolehi..


Sumber Duit Raya : Klik Di Sini


Duit raya tersebut berjaya saya perolehi, selepas membantu Cikgu Hafiz mempromosikan produk terbaru beliau berjudul Mudahnya Bisnes Raya..

Bilangan orang yang berminat nak mengetahui dengan lebih lanjut produk Cikgu Hafiz daripada link affiliate saya, adalah dekat 460 orang.. Tetapi setakat ini yang membeli cuma ada 1 orang sahaja.. 

Sumber Statistik : Klik Di Sini

Pada pendapat peribadi saya, antara salah satu penyebab kenapa ramai orang tidak membeli produk Cikgu Hafiz adalah kerana harga produk yang agak mahal..... 

Produk sangat bagus dan berkualiti, tetapi bila harga mahal, orang yang nak membeli tepaksa berfikir 2-3 kali ... 

Teringat kata-kata positif daripada Cikgu Hafiz..

"Zaman sekarang ni orang dah tak kisah pun tentang harga mahal.. Janji produk yang di jual berkualiti, dan  mampu memberi pulangan yang setimpal dengan nilai wang yang mereka bayar.."
(Cikgu Hafiz )

Ada kebenarannya juga dengan apa yang diperkatakan oleh Cikgu Hafiz.. Saya percaya ianya juga turut disokong oleh 4 Sifu Pemasaran Internet.. Sebab Cikgu Hafiz merupakan salah seorang daripadanya.. 

"Tetapi ada kalanya, apa salahnyakan sekiranya produk berkualiti seperti ini dijual pada harga yang lebih murah... Supaya lebih ramai orang berkemampuan/berpeluang untuk mendapatkannya.."
(Antara bisikan hati kecil saya, sewaktu mula-mula mempromosikan produk Cikgu Hafiz)

Syukur Alhamdulillah.. Pada bulan Ramadhan ini, Cikgu Hafiz telah bermurah hati menurunkan produk Mudahnya Bisnes Raya.. Kini, lebih ramai orang berpeluang untuk mendapatkan produk beliau pada separuh harga.. 

Berminat untuk mendapatkan Produk terbaru Cikgu Hafiz pada separuh harga? Saya syorkan anda Klik Di Sini


Pada hari ini, semakin ramai orang yang berminat untuk berniaga secara Online.. Lebih-lebih lagi pada bulan Ramadhan ini, sebab nak mencari duit tambahan untuk keperluan hari raya nanti..

Maklumlah zaman sekarang ni semua harga dah naik.. Pada tahun lepas, saya dapat beli air tebu dekat Bazar Ramadhan satu bungkus RM2.50, pada tahun ini harga sebungkus air tebu dah naik kepada RM3.50.. Itu baru cerita tentang air tebu... Belum cerita tentang perbelanjaan lain lagi seperti upah jahit baju raya, Beli Kuih Raya, Duit minyak kereta untuk balik kampung dan jalan-jalan semasa raya, juadah hari raya dan lain-lain..

Disebabkan itu, bila saya tengok semakin ramai rakan-rakan saya berniaga secara Online menerusi Facebook, saya tumpang gembira.. Setidak-tidaknya ada usaha mereka untuk mencari pendapatan sampingan, bagi menyeimbangi keperluan hidup yang semakin meningkat...

Tetapi... ada diantara mereka yang kecewa.. Kerana tidak berjaya menghasilkan jualan yang memberangsangkan menerusi perniagaan online mereka.. Modal dah keluar banyak untuk membeli stok barang/produk jualan.. Tetapi tidak ramai yang membeli.. Macamana nak dapat untung kalau macam tu?

"Walaupun anda memiliki produk yang paling bagus tetapi jika anda gagal untuk menjualnya, maka anda tetap orang yang gagal."
(Donald Trump, Billionaire Amerika)

Sekiranya anda merupakan salah seorang daripada mereka, saya syorkan anda dapatkan bimbingan atau rujukan, daripada mereka yang lebih arif berniaga secara Online.. Salah seorang daripadanya adalah Cikgu Hafiz..   

Kalau anda meragui kemampuan Cikgu hafiz, atau anda rasa beliau bukanlah orang yang terbaik dapat membimbing anda untuk berjaya dalam perniagaan secara online, saya syorkan anda menuntut ilmu dengan  4 Sifu Pemasaran Internet

Jadi, anda mempunyai pilihan.. Anda boleh memilih pendekatan terbaik dalam perniagaan internet yang telah berjaya dilakukan oleh keempat-empat sifu tersebut, mengikut keselesaan anda..  Mereka dah berkongsikan ilmu yang mereka ada, pilihan terletak di tangan anda untuk memilihnya..

Saya rasa cukut setakan ini sahaja, hasil coretan saya pada kali ini.. Jumpa lagi di lain waktu... 



Selamat Membaca, dan selamat menimba ilmu.. 

Info berkaitan:

6 ulasan:

  1. untung la dpt duit raya...!!! hehehe

    BalasPadam
  2. tahniah. semoga dapat lagi banyak lagi lepas ini.

    BalasPadam
  3. Jualan pertama akan tambah semangat nak dapatkan jualan yang seterusnya

    BalasPadam
  4. Best tuu... tahniah2.. awal2 dapat duit raya dah... Semoga dapat lebih banyak lagi pas ni :)

    BalasPadam
  5. Yup..betul tu..janji ada kualiti pastinya tak menyesal dengan pelaburan yang telah dilakukan..huhu..tahniah bro..

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra