Rabu, 21 Mei 2014

Review Lubuk Bisnes Tudung

with 10 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. 

Pada malam tadi saya ada mendapat satu email daripada Cik Zana (Admin Lubuk Bisnes Tudung).. Beliau telah memberi peluang kepada saya untuk menulis Review tentang produk beliau yang berjudul Rahsia Buat Duit dengan Bisnes Tudung.. 

Sumber : Klik Di Sini


Bagaikan orang yang mengantuk di sorong bantal, saya tanpa rasa segan silu terus menerima tawaran tersebut... Maklumlah bukannya selalu boleh dapat tawaran macam ni.. Ianya secara tidak langsung telah memberikan satu pengalaman baru dalam hidup saya... 

Tanpa membuang masa, malam tadi juga saya membaca kesemua ebook yang Cik Zana  berikan.. Memang tak sempat nak baca kesemua isi kandungan ebook tersebut... Jadi, terpaksalah saya membaca dengan menggunakan Kaedah membaca pantas.... baca tajuk dan isi-isi penting sahaja...  Kalau nak tunggu saya baca secara detail ebook-ebook tersebut, mungkin sampai sekarang pun saya belum sempat nak menulis review tentang produk beliau.. 

Hasilnya, tak sangka... panjang juga Review yang berjaya saya tulis pada malam tadi...  ;)


Review Lubuk Bisnes Tudung
Sumber : Klik Di Sini

"Saya suka ebook ini... Puas hati membacanya.... Memang best... dan memang terbaik..  
Ebook ini bukan sahaja sesuai untuk dibaca oleh golongan wanita, tetapi juga sesuai untuk dibaca oleh golongan lelaki seperti saya...  
Kini barulah saya tahu, koleksi tudung yang ada pada isteri isteri saya selama ini bukanlah sebarangan tudung.... Patutlah ada macam-macam jenis tudung dan macam-macam corak... Rupanya setiap tudung tersebut ada jenis-jenisnya.. 
Sebelum ini saya kurang berminat nak ambil tahu tentang jenis-jenis tudung yang isteri saya miliki.. Setiap kali saya menemankan isteri membeli tudung, saya akan cuba mengelak dengan membawa anak-anak pergi bersiar-siar.. Sebabnya saya tak pandai nak membantu isteri memilih tudung..  
Tetapi setelah saya membaca ebook Rahsia Mengenal pasti Tudung 'Hot' dan 'Trendy', saya mula dapat mempelajari apa yang saya tidak ketahui sebelum ini. Saya dah mula tahu tentang jenis-jenis tudung, jenis kain yang digunakan, rekaan, trend, aksesori yang digunakan dan jenis tudung macamana yang selesa untuk dipakai. Patutlah ada jenama-jenama tudung tertentu sentiasa mendapat permintaan tinggi di pasaran.. Rupanya peniaga-peniaga femes ni rajin buat survey di internet untuk mengetahui citarasa pelanggan.. 
Hmmm... Barulah saya tahu tentang jenis-jenis tudung yang sedang menjadi kegilaan wanita pada ketika ini.. Memang menarik.. ;) 
Bagi mereka yang berminat nak tahu cara nak dapatkan tudung pada harga rendah, saya syorkan anda membaca ebook ini... Ada rahsia yang akan didedahkan oleh penullis ebook ini... Selama ini kita hanya tahu membeli tudung sahaja.. Tetapi kita tak pernah ambil tahu pun berapa harga sebenar tudung tersebut setelah sampai ke tangan penjual... Sekiranya kita dapat tahu anggaran harga sebenar tudung tersebut, senanglah kita nak minta kurangkan harga... Betul tak? ;) 
Bagi yang berminat nak berniaga tudung pula, penulis ada membongkarkan strategi-strategi menjual tudung yang dapat membantu anda menghasilkan jualan sehingga RM500 sehari.. Bukan itu sahaja, Tauke Tudung pun sudi nak bongkarkan 10 petua yang telah digunakan untuk mempengaruhi psikologi pelanggan daripada pengunjung kepada pembeli... Lebih menarik lagi, 10 petua ini turut diserikan dengan 6 teknik khas yang perlu dilakukan untuk meningkatkan jualan. Salah satu diantara teknik tersebut sangat jarang digunakan oleh kebanyakan penjual tudung. Pasti ia dapat memberi satu kelebihan kepada peniaga yang dapat menggunakan teknik tersebut... 10 petua dan 6 teknik khas ini bukan sahaja sesuai dipraktikkan oleh penjual tudung sahaja, malah ia juga sesuai untuk digunakan dalam perniagaan-perniagaan lain..  
Selain itu, turut disertakan dalam pakej ebook ini ialah Direktori Bisnes Tudung.. Tempat di mana nak dapatkan peralatan untuk memulakan perniagaan tudung seperti Patung, Rak Plastik, Hanger Tudung, dan sebagainya... Info ini pastinya dapat menjimatkan masa anda, daripada terpaksa mencari peralatan-peralatan tersebut di merata-rata tempat. 
Secara keseluruhannya ebook ini memang best... Rugi kalau tak baca... Harga ebook ini ternyata sangat bersesuaian dengan isi kandungannya..." 

Saya tumpang gembira apabila Cik Zana memberitahu dia suka membaca Review yang telah saya tulis... Hmmm... Diharap kita boleh bekerja sama lagi pada masa akan datang untuk projek-projek atau produk-produk yang lain pula.. 

Kepada yang berminat nak tahu tentang keunikan Produk Rahsia Buat Duit dengan Bisnes Tudung, jom terjah di laman web beliau dengan klik di sini


10 ulasan:

  1. Hehehe. . Panjangnya testimoni yang saya tulis. .

    BalasPadam
  2. Nilah orang kata..penulisan dengan jiwa..hehe..terbaiklah bro..

    BalasPadam
  3. lisa pun ade baca jugak siap download lagi yang dia bagi free tu, hehe. kalau beli, memang best lerrr especially yang minat dalam bidang berniaga.. memang seronok, siap ada location dia lagi. wahh, untung :)

    BalasPadam
  4. Bukan senang orang lelaki nak ambil tahu pasal tudung bagai ni... :)

    BalasPadam
  5. bagus ni, boleh bagi kat adik saya. dia suka dengan tudung2 ni.

    BalasPadam
  6. review menarik...macam tertarik nak beli ebook ni..minat juga bisnes tudung ni.

    BalasPadam
  7. Bagus ya, bisnis tudung atau baju kurung memang sepertinya akan semakin memiliki peluang yang semakin naik.

    BalasPadam
  8. Saya baru beli ebook ni tapi dah lebih 4 hari tak dapat2 pun ebook..huhu

    BalasPadam
  9. Salam, saya tekan link yang diberikan tu tp macam dah tak ada je? mcm mana saya boleh hubungi admin tu ya? sy berminat nak beli ebook tu. terima kasih.. Kalau sudi inform la saya ya di fitrizalredzuan@gmail.com..

    terima kasih sekali lagi :)

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra