Rabu, 8 Januari 2014

Sukipt 2014 kembali lagi..

with 17 comments
Assalamualaikum dan Salam sejahtera..

SUKIPT 2014 kembali lagi.. 


SUKIPT 2014

Seperti pada dua tahun lepas, pada kali ini saya masih lagi diberi kepercayaan untuk menjadi salah seorang AJK penganjuran Pertandingan Permainan Catur Sukipt 2014..

Jadual dan venue pertandingan telah pun dikeluarkan.. Seperti juga pada 2 tahun yang lepas kejohanan Catur SUKIPT pada kali ini diadakan di Dewan Besar Politeknik Shah Alam, Selangor.. 

Pertandingan akan bermula pada 4 Februari 2014 (Selasa) sehingga 9 Februari 2014..


Jadual kejohanan dan Venue Pertandingan Catur SUKIPT 2014

Petang semalam, saya baru sahaja selesai mendaftarkan pasukan Catur PSIS untuk menyertai kejohanan ini.. Pendaftaran tersebut dibuat tanpa diadakan sesi pemilihan disebabkan saya kesuntukan masa..  

Pada kejohanan Catur SUKIPT pada kali ini, saya hanya mampu menghadirkan 4 orang pemain wanita sahaja, disebabkan kuota untuk pemain lelaki telah pun dipenuhi oleh Politeknik Shah Alam selaku tuan rumah kejohanan ini...  

Penyertaan daripada pasukan politeknik pada kali ini tidak seperti pada dua tahun lepas... Pada dua tahun lepas, setiap politeknik boleh menghantar satu pasukan.. Tetapi pada kali ini, satu zon politeknik untuk satu pasukan... 

Disebabkan Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) dan Politeknik Shah Alam (PSA), berada dalam satu zon yang sama, jadi PSA menghantar pasukan lelaki manakala PSIS menghantar pasukan wanita... 

Tak kisahlah... Sekurang-kurangnya saya dapat menghantar satu pasukan...

SMS dan email arahan bertugas telah pun saya terima... Saya telah dikehendaki bertugas di PSA bermula pada 2 Februari 2014 sehingga 9 Februari 2014..

Lama juga tu.. Apabila surat arahan bertugas daripada kementerian dah dikeluarkan, hanya ayat ini sahaja yang mampu saya keluarkan... "Saya Yang Menurut Perintah"... ;)

Sekiranya saya  dipinta menjadi blogger tetap untuk kejohanan ini, seperti pada SUKIPT 2012... Saya tiada halangan untuk menerimanya...  Jadi, sama-samalah kita nantikan kemunculan semula blog http://catur-sukipt.blogspot.com/ dan Fanpagenya sekali...    

Selepas ini jadual saya bertambah sibuk, dalam usaha memberi komitmen sebagai AJK Kejohanan dan juga sebagai jurulatih kepada pasukan Catur yang akan saya bawa nanti.. 

Doakan semoga saya berada dalam prestasi kesihatan terbaik, supaya dapat menggalas tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada saya... In Shaa Allah..

Jadi, selepas ini, sekiranya blog Coretan Anuar tidak berupdate dalam satu tempoh masa yang agak lama... Anda faham-fahamlah dengan keterbatasan masa yang saya ada..

Bagi rakan-rakan blogger yang berada di kawasan Shah Alam, bolehlah melawat kami semasa berada di PSA nanti... ;) 


17 ulasan:

  1. Perghhh bro pandai main catur ke?saya memang kelaut lah bab ni..haha..catur ni seronok..dapat kebalkan daya berfikir..

    BalasPadam
  2. Ni baru pemilihan untuk pasukan politeknik ke bro? Lepas tu kena lawan dengan lain-lain ipta pulakkan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hazmin Hamudin.. Ini bukan pemilihan untuk pasukan Politeknik... Ini pertandingan sukan antara IPT seluruh Malaysia.. Semua IPT terlibat termasuk Universiti, Politeknik, IPTS, dan Kolej Komuniti...

      Padam
  3. bab bermain catur, puteri memang fail..hehe. Selamat menjalankan tugas bro :)

    BalasPadam
  4. Seronok tengok org main catur tp main sendiri tak bagus

    BalasPadam
  5. semoga sukses untuk pasukan bro. apa hadiahnya nanti ni bro...

    BalasPadam
  6. salam,

    wah org kuat catur ni.

    suami sy pun minat catur, biasa mewakili sekolah dan universiti. tp lama dah tak main. teringin juga dia katanya

    BalasPadam
  7. ya, memang kena menurut perintah. hehe..

    BalasPadam
  8. teringat masa dulu join sukipt ni masa belajar dulu

    BalasPadam
  9. den tak pandai main catur , dam pandailah...hehe

    BalasPadam
  10. bab2 catur ni memang kelaut. Tau gerakan untuk kuda je. hahaha

    BalasPadam
  11. Saya suka betul main chess. Permainan menguji minda. Tak sangka ada blog catur lak nanti :)

    BalasPadam
  12. dulu minat main catur..dah lama xasah bakat..dah lupa..huhu...
    semoga smuanya berjalan lancar bulan depan..amin..

    BalasPadam
  13. saat kecil sering main catur dan lumayan bisa. tapi sekarang usdah lupa.

    BalasPadam
  14. Wah bagus ini, semoga kegiatan seperti ini sering sering diadakan untuk melatih kecerdasan masyarakat :)

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra