Selasa, 28 Januari 2014

Minggu terakhir pendaftaran Malaysia Social Media Week (MSMW) 2014

with 11 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Malaysia Social Media Week 2014 (MSMW 2014) kembali lagi.. Pada ketika ini ramai blogger telah pun menulis entri berkaitan dengan event ini, terutamanya bagi mereka yang telah mencalonkan diri untuk menyertai beberapa kategori yang dipertandingkan.. 

Berdasarkan pemerhatian saya, hampir kesemua pemenang Malaysia Social Media Week 2013 telah pun mencalonkan diri untuk turut sama menyertai pertandingan ini.. Dan tidak kurang hebatnya, terdapat juga peserta baru yang turut sama memeriahkan MSMW 2014... 

Dengan kehadiran peserta-peserta baru dan peserta-peserta lama sudah tentu dapat menghangatkan lagi saingan dalam Malaysia Social Media Week 2014 (MSMW 2014) ... Good Luck saya ucapkan kepada semua peserta.. ;)


Kepada pengamal media sosial yang lain seperti Twitter, Facebook, Instagram dan sebagainya, anda juga turut berpeluang untuk menyertai Malaysia Social Media Week 2014.. Sebelum pencalonan untuk menyertai event ini ditutup  pada 31 Januari 2014 (Tinggal 3 hari sahaja lagi)...  

Jadi apa tunggu lagi.. Jom hantarkan penyertaan anda sekarang juga menerusi laman web  http://www.socialmediaweek.com.my/index.html

Sumber : Klik Di Sini

Pada kali ini, seperti juga dalam Malaysia Social Media Week 2013, blog Coretananuar.com dan blog discount hari2 tidak akan menyertai pertandingan Malaysia Social Media Week 2014 (MSMW 2014)..  Saya rasa perjalanan untuk kedua-dua blog ini masih jauh lagi, dan masih belum layak untuk menyertai pertandingan yang mendapat pengiktirafan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia ini.. 

Sebaliknya saya akan mengetengahkan dua blog saya yang lain, iaitu blog catur sukipt dan blog jke psis... Masing-masing berada dalam kategori Best Sports Blog dan Best educational blog.. 

Sumber : Klik Di Sini

Sumber : Klik Di Sini


Blog Catur SUKIPT di Malaysia Social Media Week (MSMW) 2014

Semoga dengan mengetengahkan blog catur sukipt dalam MSMW 2014 akan dapat menaikkan nama permainan catur di Malaysia, supaya turut diminati oleh sebahagian besar rakyat Malaysia sama seperti sukan-sukan yang lain. . ;)

Antara info menarik yang perlu anda tahu tentang catur ialah:
  • Setiap kali pertarungan minda antara dua pemain berlangsung, masing-masing sedang mengemudi 16 pemain di atas papar catur yang mengandungi 64 petak..
  • Setiap 16 pemain yang dikawal tidak mempunyai kemahiran mengelecek selincah Leonel Messi di atas padang bola sepak untuk dipertontonkan kepada khalayak.. Tetapi ianya seakan menguji minda seorang pengurus pasukan bola sepak untuk mengatur strategi bagi mengurus pasukan mereka dengan baik..
  • Walaupun para penonton tidak dibenarkan bersorak untuk menyokong pemain yang mereka minati, tetapi mereka dibenarkan untuk menghayati seni bermain catur..   
  • Setiap pemain catur gemar bereksperimentasi dengan menggunakan logik akal yang jitu.. Tersilap percaturan buruk akibatnya..

Blog JKE PSIS di Malaysia Social Media Week (MSMW) 2014

Selain itu, tujuan saya mendaftarkan blog JKE PSIS dalam MSMW 2014, supaya saya dapat mempromosikan dua program yang ditawarkan oleh Jabatan Kejuruteraan Elektrik di tempat saya bekerja  iaitu :
  • Program Diploma Kejuruteraan Elektronik (Perhubungan)
  • Program Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer)
Saya cuba menggunakan kesempatan ini untuk mempromosikan dua program di atas, berikutan terdapatnya banyak persaingan untuk melanjutkan pengajian di peringkat pengajian tinggi... 

Realitinya, pada ketika ini di Malaysia terdapat banyak IPTA dan IPTS yang bersaing untuk mendapatkan pelajar dalam setiap sesi pengambilan pelajar... Saban hari ada sahaja IPTS baru wujud untuk memberi saingan kepada IPTA sedia ada di Malaysia...   

Jadi, sebagai salah seorang tenaga pengajar di tempat saya bekerja, apa salahnya saya juga turut berikhtiar membantu pihak pengurusan untuk mempromosikan program-program pengajian yang kami tawarkan... ;) 


Penyertaan MSMW 2014 terbahagi kepada 14 Kategori

Selain daripada dua kategori yang telah saya sertai, terdapat lagi 12 kategori lain yang turut menghangatkan lagi suasana MSMW 2014.... Ini bermaksud terdapat 14 kategori MSMW 2014 yang boleh anda sertai berdasarkan niche area blog/media sosial anda...Berikut disenaraikan 14 Kategori yang dipertandingkan, disamping beberapa peserta yang telah mendaftar untuk menyertai setiap kategori..

1. Best Auto Blog
http://www.beritakereta.net/
http://www.arenakereta.com/
http://www.paultan.org/

2. Best Business Blog
http://mohdfairiz.com/
http://abangensem.com/
http://ahmadfaizal.com/

3. Best Celebrity Blog
http://zarulumbrella.com/

4. Best Music & Entertainment Blog
http://www.suarapeople.com/
http://www.hyebro.com/

5. Best Educational Blog
http://jke-psis.blogspot.com/
http://cikgunaman.com/
http://www.khairulasrol.com/
http://www.drinspirasi.com/
http://ohcikgu.com/

6. Best Foodie Blog
http://www.kakinakl.com/
http://www.saji.my/
http://mahamahu.com/
http://hazmanfadzil.com/

7. Best Gossip Blog

8. Best Photography Blog
http://fotocinta.com/

9. Best Gadgets Blog
http://amanz.my/

10. Best Shopping Blog

11. Best Sports Blog
http://catur-sukipt.blogspot.com/
http://wangerrard.com/
http://www.fauziblues.com/

12. Best Travel Blog
http://faizalfredley.com/
http://www.akmaomar.com/
http://iluvtour.com/

13. Best Lifestyle Blog
http://ummihanie.com/
http://www.khairilmazri.com/
http://jiwarosak.com/
http://pondokkecil.com/blog/
http://jmr23.com/
http://khairulzamri.com/
http://www.sensasi2020.com/
http://www.bicaramakdara.com/
http://ejamothman.com/
http://www.broframestone.com/
http://akubiomed.com/
http://www.ziefauzi.com/
http://eyriqazz.com/
http://anarm.net/
http://sohoque.com/
http://shakiddo.com/
http://hafizrahim.com/
http://earncent.com/

14. Best Micro Blog
https://instagram.com/melastikbintang
http://duniafarisya.com/

Good luck saya ucapkan kepada semua peserta. . Jangan lupa undi blog mereka, sewaktu tempoh undian di buka nanti... 

Kepada yang berminat nak mendaftar untuk menyertai Malaysia Social Media Week (MSMW) 2014, tempoh pendaftaran masih lagi di buka sehingga 31 Januari 2014.. 


Jadi, jomlah kita beramai-ramai memeriahkan MSMW 2014 pada kali ini.. Nak join daftar blog atau media social anda klik World Bloggers And Social Media Awards 2014

Tak rugi daftar. Sebab selain anugerah blog, anda juga berpeluang untuk berkenalan secara lebih dekat dengan rakan blogger/pengamal media sosial yang lain... 

Di samping itu, secara tidak langsung dapat mempromosikan blog anda supaya lebih dikenali oleh rakyat Malaysia.. Apabila semakin ramai rakyat Malaysia mengenali blog anda, tentu semakin banyak juga syarikat-syarikat pengiklanan yang berminat untuk bekerjasama dengan blog anda bagi mempromosikan produk atau perkhidmatan syarikat mereka... 

Saya kira dengan menyertai MSMW 2014 dapat memberi satu laluan menarik yang wajar direbut oleh setiap blogger, demi masa depan blog mereka... ;)

Setelah pendaftaran blog dilakukan, setiap orang mempunyai potensi yang sama untuk menjadi pemenang.. Walaubagaimanapun strategi yang berkesan dan nasib yang akan menjadi penentu atau faktor kemenanangan. Untuk mengetahui kriteria bagi pemenang Malaysia Social Media Week (MSMW 2014) anda boleh baca di link ini.



Malaysia Social Media Week (MSMW) 2014


Bagi saya menang kalah adat pertandingan, yang penting kita daftar sahaja dahulu... Lagipun bukannya susah nak mengisi borang pendaftaran secara online... Percuma pula tu.. Betul tak?

11 ulasan:

  1. hoho..dah minggu terakhir dah tu..

    BalasPadam
  2. saje je calonkan diri..persaingan memang amat dasat..

    BalasPadam
  3. x perasan minggu terakhir dah yek
    nak masuk rasa x layak, nak letak kategori apa pun x tau....

    BalasPadam
  4. saingan memang sengit tahun ni terutama bagi kategori lifestyle blog dan travel blog...

    BalasPadam
  5. Emm artikel ni tak siarkan lagi..haha

    BalasPadam
  6. Good Luck bro... tengah pikir dua kali .. nk try ke tak..

    Recent Post from MQ~Live :Malaysia Social Media Week 2014, Pencalonan Akhir.

    BalasPadam
  7. tak tercalon lah jawabnya hu...sedih bangat ni.semoga rakan yang lain berjaya hendaknya.amin

    BalasPadam
  8. boleh tahan gak ramai yang join. :)

    BalasPadam
  9. Kita bertanding dalam satu kategori yang sama rupanya. :)

    BalasPadam
  10. Salam.... Tahniah terpilih sebagai calon dan semoga berjaya. Saya akan vote untuk anda. Ada masa sudi-sudilah vote saya juga di blog sensasi2020 di kategori Best Lifestyle Blog. Terima kasih di atas artikel ini. Ramai ya yg join?. Ramai juga rakan2 kita. pening juga nak vote.

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra