Baru-baru ini emak saya ada menghubungi saya memberi tahu ada satu surat Urusan Seri Paduka Baginda kepunyaan saya sampai ke Kampung.. Mungkin ada urusan rasmi yang memerlukan tindakan segera daripada saya... Jangkaan emak saya berkaitan isi kandungan surat tersebut...
Biasanya begitulah cara emak saya memberitahu kepada kami adik-beradik sekiranya ada surat sampai ke kampung..
Saya pun suruhlah emak saya membuka surat tersebut, dan tolong membacakan isi kandungannya kepada saya...
Disebabkan emak saya tidak memakai cermin mata pada ketika itu, dia meminta bantuan adik saya supaya membacakan isi kandungan surat tersebut kepada saya...
Sewaktu adik saya membacakan tajuk surat tersebut.. Saya dah rasa berdebar dah... Macam tak percaya sahaja dengan apa yang saya dengar pada ketika itu...
Kemudian saya meminta adik saya membacakan semula tajuk surat tersebut, untuk mendapat kepastian tentang isi kandungannya...
Adik saya ni pula orangnya jenis yang tidak serisu semasa bercakap... Kemudian dia membacakan semula tajuk surat tersebut, sambil tergelak-gelak (Macam baca main-main jer)...
"Betullah Abang Nuar, Tajuknya Notis Pemberitahuan Waran Tangkap.. hehehe"
Dalam hati saya, ini bukan perkara yang boleh di bawa bergurau... Ini dah serius ni... Kemudian saya meminta adik saya membacakan isi kandungan Waran Tangkap tersebut sehingga habis...
Waran Tangkap untuk Anuar
Apabila adik saya dah selesai membaca isi kandungan waran tangkap tersebut, barulah saya teringat... Ada satu saman yang terlupa saya nak bayar... Aduh.. Macamanalah saya terlupa nak bayar saman ni... Dan tak sangka pula akibat terlupa membayar saman, boleh menyebabkan waran tangkap dikeluarkan ke atas diri saya... Huh..
Sambil tu saya terfikir.. Bagaimanalah agak-agaknya dengan rakan-rakan saya yang mempunyai beberapa saman yang belum dijelaskan? Adakah mereka juga turut menerima notis pemberitahuan Waran Tangkap seperti saya?
Masa tu saya mula Risau, tak pasal-pasal esok saya kena tangkap masuk ke balai... Ini disebabkan Waran tangkap tersebut bertarikh 7 Januari 2014.. Dan Waran tangkap tersebut sampai ke rumah emak saya Di kampung pada 21 Januari 2014, iaitu hari terakhir amaran yang menghendaki saya pergi ke Ibu Pejabat Polis Trafik Sabak Bernam...
Untuk menjawab persoalan tersebut, saya pun teruslah menggoggle..
Menurut maklumat yang saya perolehi, saya dikenakan waran tangkap walaupun hanya memiliki satu saman disebakan saya kena "saman Sign".. Kalau kena "Saman Ekor" mungkin saya tak akan mendapat waran tangkap dengan hanya melakukan satu kesalahan sahaja..
Termasuk saya, ada puluhan ribu rakyat Malaysia yang telah mendapat waran tangkap seerti ini... Setakat ini belum ada kes orang kena tangkap dalam situasi yang pernah saya hadapi sekarang ni... Apabila mendengar berita tersebut, lega rasa di hati...
Walaubagaimanapun, untuk menjernihkan keadaan, pada malam tersebut juga saya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Sabak Bernam untuk mendapatkan kepastian...
Pegawai yang saya hubungi mengesyorkan kepada saya supaya datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sabak Bernam pada esok hari (waktu bekerja) dan berjumpa dengan pegawai bertugas...
Keesokan pagi nya saya pun selesaikanlah urusan Waran Tangkap tersebut... Sejumlah wang telah pun saya bayar kepada pegawai bertugas.. Syukur Alhamdulillah.. Lega.. Selesai masalah saya...
Berdasarkan pengalaman ini, terdapat beberapa ikhtibar yang boleh dijadikan tauladan.. Antaranya:
- Jangan melengahkan membayar saman, sebab mungkin anda boleh terlupa untuk membayarnya
- Jangan suka-suka mengikut kenderaan dihadapan membelok ke kiri di saat lampu isyarat berwarna merah (Bagi kawasan lampu isyarat yang tiada signbord memberi laluan untuk membelok ke kiri)
- Jangan lupa memakai tali pinggang keledar setiap kali memandu kereta (Untuk keselamatan dan sebagai langkah berhati-hati daripada kena saman)
- Jangan memandu melebihi had laju yang ditetapkan
- Patuhi peraturan dan undang-undang jalan raya pada setiap masa...
Nota : Seumur hidup saya, saya dah pernah kena saman sebanyak 3 kali :
- Di Kucing, Sarawak saya kena saman had laju sewaktu memandu pada kelajuan 100km/jam pada jalan yang mempunyai had laju 80km/jam
- Di Pusing Perak, saya kena saman kerana tidak memakai Tali Pinggang Keledar
- Di Sabak Bernam, saya kena saman disebabkan belok ke kiri sewaktu lampu isyarat berwarna merah..
erk payah ni nak kita berdispli gamaknya hee..kalau buat salah ada bukti susah gak nak elak..
BalasPadamBro semua saman disebabkan speed trap pada kelajuan 90-110km/j sakitnya hati den....
BalasPadamnasib baik tak kena tangkap.. nanti kena duduk lokap nanti
BalasPadamsetakat ni tak pernah lagi kena saman sign tu..sman ekor ada satu masih belum bayar..hehehe
BalasPadamhahaha..indah sungguh pengalaman macam ni..konfirm lepas ni bawak kereta mesti skima punya..hehe
BalasPadamPolis ada keluar kenyataan hari tu, mana2 yg ada waran tangkap, mmg diberi peluang utk jelaskan saman. Kalau degil jugak, baru masuk lokap kot...
BalasPadamTrafik light, mmg polis ada jer...kita tak nampak, sekali dah lepas..baru nampak...kalau langgar atau terlanggar...sign jer jawbnya =)
Saya pernah kena saman 3 kali. 2 kali speed trap, 1 takde lesen. Semua bayar dengan pantas, boleh dapat diskaun on the spot.
BalasPadameh den macam ado satu saman 'sign' , setakat nih tak pernah lak dapat waran tangkap lagi...hoho
BalasPadamFuh.. seriusly tak tahu kalo lewat byr denda saman, kena waran tangkap.
BalasPadamsatu perkongsian yang menarik.
alamak.. bahaya nih.. ada 3 sangkut nih
BalasPadamsaman yang dah sign ni memang kena jaga-jaga. sekali-sekali kena check kat online takut-takut ada yang terlepas.
BalasPadamBro...gua baru je dapat surat cinta sama dengan bro..dihantar ke kampung halaman juga. Agak banyak saman yang gua lupa bayar. haha. Alhamdulillah da setel.
BalasPadamassalam,
BalasPadamsalam ziarah dari bunda...
sib baik dah settle :)
BalasPadamnasib baik tak kena tangkap betul-betul anuar tu.
BalasPadamapa2 pun berhati2 semasa memandu (Y)
BalasPadam