Rabu, 25 Disember 2013

Pulangan Pelaburan Sehingga 854% dalam tempoh 3 tahun (2011-2013)

with 6 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. 

Tidak lama lagi kita akan melangkah ke tahun baru 2014.. Pada ketika ini, saya percaya semua rakyat Malaysia tidak kiralah seorang peniaga atau pekerja makan gaji seperti saya, sudah mula mengira keuntungan/kerugian dalam portfolio pelaburan mereka..  

Dekat Malaysia ni terdapat banyak cabang pelaburan yang boleh kita terokai.. Melalui cabang pelaburan inilah sebenarnya yang dapat mengubah taraf ekonomi kita.. Kalau nak harapkan bekerja makan gaji semata-mata, tanpa mengharapkan sebarang pelaburan, mungkin kita akan menghadapi masalah kewangan pada kemudian hari apabila harga barang keperluan naik, tarif bil utiliti naik, minyak petrol naik... Dan yang terbaru kadar tol lebuhraya dan Tambang Bas sekolah bakal naik pada tahun 2014. 

5 tahun dahulu, golongan berpendapatan RM1,500 sebulan masih boleh hidup dalam keadaan selesa.. Tetapi, pada zaman sekarang golongan yang berpendapatan RM1,500-RM3,000 sebulan pun masih tidak mencukupi..

Terutamanya bagi mereka yang tinggal di kawasan bandar.. Malah ada yang menganggap gaji RM3000 sebulan turut dikategorikan sebagai Miskin di Bandar.



Ini merupakan satu realiti.. Kalau tak percaya cuba kita buat sedikit kira-kira tentang kos perbelanjaan (minimum) kita pada setiap bulan:

  • Bayar Bil utiliti (tarif elektrik + Air + Astro + Telefon) = RM100
  • Minyak kereta = RM200
  • Bayar pinjaman PTPTN (tempoh 10 tahun) = RM270
  • Susu & lampin pakai Buang = RM50
  • Upah mengasuh anak = (Seorang anak RM200)
  • Keperluan sekolah/tuisyen & Belanja poket = RM150
  • Sewa/ Ansuran rumah = RM300
  • Makan (RM15 X 30 hari) = RM450
  • Ansuran kereta = RM400
  • Barang Dapur(seperti bawang, susu, gula, sayur, ayam telur dll) = RM300

Jumlah = RM2,420.00

Ini belum lagi termasuk pemberian kepada kedua ibu bapa, Servis Kereta/Motorsikal, Cukai tanah, Cukai Pintu, Belanja Perayaan, Kos Perubatan, Potongan KWSP, Tol dan sebagainya..

Jadi, tidak hairanlah kenapa semakin ramai golongan muda terpaksa menanggung hutang yang besar, walaupun baru sahaja mendirikan rumahtangga.. 

Salah satu cara untuk menangani masalah ini ialah dengan melaburkan sebahagian wang yang kita ada, atau membuat pinjaman bank semata-mata untuk meningkatkan keadaan ekonomi, melalui beberapa cabang pelaburan yang boleh memberikan pulangan yang lumayan... 


Pulangan dalam Pelaburan Amanah Saham Bumiputra (ASB)

Saya percaya ramai rakyat Malaysia melaburkan wang mereka ke dalam Amanah Saham Bumiputra (ASB).. Ini berikutan pengagihan pendapatan yang dibayar oleh Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB)  kepada para pelabur ASB pada tahun ini meningkat kepada RM9.38 bilion, berbanding hanya RM7.99 bilion pada tahun 2012.

Saya mendapat maklumat ini melalui petikan akhbar bertarikh 19 Disember 2013, iaitu ketika Dividen dan bonus tahunan Amanah Saham Bumiputra (ASB) diumumkan oleh Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB) di menara PNB, Kuala Lumpur.... 

Seperti biasa apabila Dividen + Bonus ASB diumumkan.. Kita akan dapat menyaksikan gambar dua orang tokoh penting dalam Permodalan Nasional Berhad (PNB) iaitu Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid (Pengerusi PNB) dan Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman (Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB) bersama angka dividen dan bonus yang akan diagihkan kepada para pelabur ASB disiarkan di dalam akhbar-akhbar serta media-media bercetak dan media-media elektronik yang lain..

Sumber : Klik Di Sini

Seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas, Tahun ini ASNB memberikan dividen sebanyak 7.70 sen seunit berserta bonus sebanyak 1.00 sen seunit... Pada tahun lepas para pelabur mendapat dividen sebanyak 7.75 sen seunit dan bonus sebanyak 1.15 sen seunit.. Ini menunjukkan dividen dan bonus ASB yang diperolehi pada pada tahun ini lebih rendah berbanding tahun lepas.... Atau dengan erti kata lain para pelabur mendapat jumlah pulangan pelaburan sebanyak 8.70 sen seunit berbanding tahun lepas sebanyak 8.90 sen seunit...

Berikut disertakan jadul dan graf pemberian Dividen dan Bonus ASB bermula dari tahun 1990 sehingga sekarang... 

 Jadual pemberian Dividen dan Bonus ASB dari tahun 1990-2003

 Graf pemberian Dividen dan Bonus ASB dari tahun 1990 hingga 2013

Berdasarkan jadual dan graf di atas, kita mendapati pulangan pelaburan ASB ini hanya berada pada satu level yang hampir sama pada setiap tahun.. Pulangan tertinggi yang pernah diperolehi oleh pelabur ialah 14.0 sen seunit iaitu pada tahun 1990 dan 1994.. Pada tahun-tahun yang lain, para pelabur hanya menikmati pulangan pelaburan pada kadar +10% setahun.. Tetapi yang menyedihkan dari tahun 2002 sehingga sekarang, boleh dikatakan semua pulangan pelaburan ASB kurang daripada 10%.....  

Keadaan ini sudah pastinya agak mengecewakan golongan berpendapatan rendah dan sederhana seperti saya, yang berharap supaya mendapat rezeki tambahan pada hujung tahun melalui pelaburan ASB... :(


Pulangan dalam Pelaburan Emas

Pelaburan kedua yang tidak kurang popularnya di Malaysia ialah pelaburan emas.. Pulangan dalam pelaburan emas ini ialah antara 15% - 50% setahun sekiranya anda tahu caranya.. 

Logam fizikal berharga ini terus diminati oleh para pelabur, walaupun prestasi harganya tidak lagi sehebat dalam tempoh 10 tahun dahulu, yang mana kita tengok harga emas melambung naik bermula dari sekitar tahun 2000 sehingga tahun 2012.. Kemudian menunjukkan penurunan pada tahun 2013..

Sumber : Klik Di Sini

Walaupun harga emas pada ketika ini telah jatuh, tetapi pakar-pakar dalam pelaburan emas di Malaysia seperti Tuan Azizi AliEncik Syukor Hashim  , Encik Anuar A. Rahman, Encik Khairulnizam Ngadimon, Pokli PWM dan lain-lain terus optimis mengatakan harga emas akan naik semula pada tahun 2014..

Jadi, ini mungkin merupakan peluang terbaik untuk para pelabur menambahkan stok emas dalam simpanan mereka, kemudian pajakkan semula emas tersebut di mana-mana ejen Ar-Rahnu dan gunakan wang yang diperolehi melalui hasil pajakan emas dengan melaburkannya ke dalam instrumen pelaburan yang lain... Inilah antara idea bijak, yang telah dilakukan oleh para peniaga untuk memaksimumkan keuntungan pleaburan mereka.. 

Kalau nak tahu bagai mana caranya, saya syorkan anda berguru dengan pakar pelaburan emas seperti Tuan Azizi Ali dan Encik Syukor Hashim .. Kedua-dua pakar ini mempunyai pengalaman yang luas dalam pelaburan emas.. 


Pulangan dalam Pelaburan Hartanah

Pulangan dalam pelaburan hartanah lebih besar, jika nak dibandingkan dengan dua pelaburan yang telah kita bincangkan sebelum ini iaitu pelaburan ASB dan Pelaburan emas.. 

Hartanah merupakan antara pelaburan terbaik untuk jangka masa panjang atau jangka masa pendek sekiranya kita tahu caranya.. 

Terdapat 6 jenis pelaburan hartanah yang boleh kita lakukan iaitu:
  1. Kediaman (Rumah bertanah dan apartment/kondo)
  2. Resort, Hotel dan lain-lain
  3. Komersial (pejabat, pusat membeli-belah, lot kedai, pusat pameran)
  4. Hartanah Industri (Kilang dan Gudang)
  5. Tanah kosong
  6. Pertanian/Tanah Ladang atau Dusun

Walaubagaimanapun sekiranya anda ingin memaksimumkan keuntungan dalam pelaburan hartanah, anda perlu membeli hartanah lelong atau rumah Subsale..



Melalui pembelian rumah Subsale atau rumah lelong, kemudian dijualkannya semula, boleh memberi keuntungan pelaburan antara 50% - 100% setahun..  

Satu portfolio pelaburan yang menarik.. 

Disebabkan itu tidak hairanlah Sifu Rumah Lelong boleh memiliki koleksi motorsikal berkuasa tinggi, kenderaan mewah dan homestay yang menarik melalui keuntungan yang telah beliau perolehi dalam pelaburan hartanah.. ;)


Pulangan Dalam Pelaburan Saham

Pelaburan saham merupakan pelaburan yang agak luar biasa.. Pelaburan saham dapat memberikan keuntungan yang lebih lumayan berbanding instrumen pelaburan lain.

Saya berikan anda contoh satu saham yang dibeli oleh seorang rakan baru-baru ini. Beliau telah membeli kaunter syarikat UMW Oil & Gas pada harga RM3.00 seunit pada 1 Nov 2013. Minimum saham yang boleh dibeli adalah 100 unit. Maka beliau perlu mengeluarkan kos pelaburan RM300 sahaja.

Baru-baru ini pada 19 Dis 2013 saham UMWOG tadi telah meningkat kepada RM4.11. Maka nilai saham yang dibeli dah menjadi RM411. Keuntungan lebih 37% dalam masa hanya 50 hari. Menarikkan!

Ok.. Itu contoh untuk pelaburan saham dalam tempoh yang singkat..

Saya berikan satu contoh lagi untuk pelaburan saham dalam tempoh 3 tahun..  

Saham ini dibeli pada tahun 2011 dengan harga RM0.285 seunit.. Pelabur membeli seribu unit pada harga RM285.00 

Sumber : Klik Di Sini

Pada bulan Nov 2013 baru-baru ini, harga saham melonjak naik pada harga RM2.72 seunit.. Pelabur telah menjual kesemua 1000 unit saham tersebut pada harga RM2435.00.. 

Modal yang dikeluarkan oleh pelabur pada tahun 2011 cuma RM285.00, kemudian beliau mendapat pulangan pelaburan pada tahun 2013 sebanyak RM2435.00.. Jadi, pelabur ini telah berjaya mendapat pulangan pelaburan sebanyak 854% dalam tempoh 3 tahun.. Atau 285% setahun... Menarik bukan? ;)

Nak tengok lebih banyak contoh lagi? Saya syorkan anda klik di sini

Untuk pengetahuan anda, terdapat lebih 1000 kaunter di Bursa Malaysia yang dijamin oleh Suruhanjaya Sekuriti dan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia boleh anda labur. 

Dalam pelaburan saham ni, kita boleh mengalami kerugian kalau tak tahu caranya.. Dan boleh mengalami keuntungan yang kuar biasa sekiranya ada ILMU dan Mentor yang boleh membimbing kita.

Dekat mana nak dapatkan ILMU dan mentor dalam pelaburan Saham?

Saya syorkan anda dapatkannya melalui link ini (Klik Di Sini)..


Rumusan dalam Pulangan Pelaburan

Setakat ini saya dah kongsikan 4 jenis pelaburan yang boleh disertai oleh rakyat Malaysia untuk menambah sumber pendapatan iaitu:
  • Amanah Saham Bumiputra (ASB) >>> +10%  setahun
  • Pelaburan emas  >>> 15% - 50% setahun 
  • Pelaburan Hartanah >>> 50% - 100% setahun
  • Pelaburan Saham >>> 30% - 285% setahun

Setelah anda membaca entri ini, terpulang kepada anda untuk memilih pelaburan terbaik bagi tahun 2014.. Pilihan terletak di tangan anda, tiada sesiapa yang berkah memaksa anda untuk membuat keputusan.. 

Setakat ini saya telah pun mempunyai pelaburan ASB, Emas dan Hartanah.. Tetapi belum pernah menceburkan diri dalam pelaburan saham.. Jadi, pada tahun 2014 ini, saya bercadang untuk menerokai ilmu dan menimba pengalaman baru dalam Pelaburan Saham 

Mungkin saya akan menggunakan strategi memajak emas yang ada, kemudian gunakan wang tersebut untuk membeli saham.. In Shaa Allah semoga kita dapat meningkatkan ekonomi keluarga kita, dalam keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat naik pada ketika ini... 

6 ulasan:

  1. den simpan dalam asb untuk satu fund kecemasan je.. tak mngharapkan dividen tinggi pun dari asb.. skrng ni tengah belajar tentang saham dan business yang boleh beri pulangan supaya den boleh bersara lagi 5 tahun ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ibu pun baru nak berjinak jinak untuk simpan dalam asb. Kena konsisten buat baru boleh nampak hasilnya kan. Buka akaun pelaburan untuk anak pun bagus, kemudian hari dah banyak boleh buat biaya belajar.

      Selain pelaburan untuk pendidikan, mak ayah pun xperlu lokek dengan makanan berkhasiat seperti suplemen. Minum susu paling senang. khasiat minum susu memang banyak. Tak kisah jenama dutch lady, fernleaf ke. Minum je.

      Dan persamaan antara kedua dua ni, kena buat berterusan baru nampak hasilnya. Buat berterusan, anak anak yang akan capai kecemerlangan

      Padam
  2. Keuntungan saham bank rakyat lebih tinggi dari ASB tapi kuota agak terhad, orang yang dah melabur awal-awal pembukaannya memang untung.

    BalasPadam
  3. Dengan keadaan zaman sekarang yang barang2 serba naik nie,kita mmg terpaksa cari wang sampingan..saya juga ada kaji satu syarikat yang menawarkan profit keuntungan yang agak besar kpd pelabur2nya..dan dibayar keuntungan SETIAP HARI dianatara 0.1 hingga 1.5% daripada keuntungan syarikat..alhamdulillah lh setakat ni;-)

    BalasPadam
  4. Terima kasih atas perkongsian to blog owner. Saya adalah Unit Trust Consultant (UTC) – agen unit trust investment untuk Public Mutual & lokasi utama dalam tugas adalah kawasan Johor Bahru, Kuala Lumpur, Selangor & Penang.
    .
    Minimum permulaan RM1000 sahaja. Boleh melabur dari akaun KWSP (berdasarkan kelayakan). Cash investment pun boleh & ada pilihan untuk ambil pelan tambahan bulanan serendah RM100 per month sahaja. Dana Islamic 100% juga ada (Approved Syariah Compliance Funds). Pelaburan untuk jangka masa panjang sahaja above 5 years. Keuntungan sekitar min 9%-15% per year.
    .
    Bagi sesiapa yang berminat melabur dalam Unit Trust, boleh lah juga hubungi saya melalui mobile atau email. Jika hanya ingin mengemukakan soalan, anda juga dialu-alukan. Terima kasih.
    .
    Jas
    Unit Trust Consultant / Perunding Unit Amanah
    Co: Public Mutual Berhad (wholly-owned subsidiary of Public Bank Berhad)
    T: +6017-7055 381
    E: jas.elegant@gmail.com
    W: http://www.facebook.com/investment.unittrust
    .
    ” Why not try, let’s say 10 years investment period & gain minimum 9% profit per year? Reports on fund past performance available just to show the ability of the fund. Feel free to request for one ! “

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra