Isnin, 30 Disember 2013

Baju Melayu Kembar 3 Aaron Aziz?

with 7 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. 

Terlebih dahulu saya nak bagi tahu, Entri yang saya tulis pada kali ini ini tiada kaitan dengan Abang EnsemSifu Rumah Lelong atau sesiapa sahaja yang mempunyai perkaitan secara langsung atau tidak  langsung dengan Aaron Aziz.. ;)

Entri ini sebenarnya berkaitan dengan kunjungan kami ke Shah Alam baru-baru ini.. Alang-alang dah bercuti ke Shah Alam, keluarga isteri saya sempat berkunjung ke Jakel Seksyen 7, Shah Alam kuntuk mencari bahan untuk membuat Baju Kurung dan Baju Melayu sempena majlis perkahwinan dua orang adik ipar saya yang akan diadakan pada Bulan Jun tahun depan.. 

Kalau dekat Jakel, Baju Melayu Aaron Aziz sudah pastinya menjadi perhatian... Masuk jer ke dalam Jakel dah terpandang gambar-gambar Hero Malaya ini menghiasi kawasan-kawasan tertentu.. Siap memperagakan Baju Melayu Aaron Aziz lagi....  Hmmm.. Hendsomenya.. 


Sempat tangkap gambar "kembar 3 Aaron Aziz" memakai baju Melayu Aaron Aziz... hehehe

Kembar 3 Aaron Aziz.. 

Baju Melayu Aaron Aziz sesuai dipakai oleh kedua anak lelaki saya.. Saya dan isteri pernah membelinya sempena menyambut hari Raya Aidil Fitri pada tahun ini... Kami berpuas hati dengan jahitan baju Melayu Tersebut.. Cantik dan kemas.. Nampak segak apabila anak-anak kami memakai baju Melayu tersebut.. 

Adam kelihatan segak memakai Baju Melayu Aaron Aziz..

Haikal dan Adam kelihatan segak memakai Baju Melayu Aaron Aziz..

Semasa berada di Jakel Sekseyen 7, Shah Alam baru-baru ini... Haikal dan Adam meminta saya membelikan mereka sepasang Baju Melayu..  Haikal nak beli baju Melayu warna kuning, manakala Adam nak beli baju melayu warna biru.. Mereka nak tiru macam Upin Dan Ipin sewaktu menyambut Hari Raya.. Sorang pakai baju warna kuning dan sorang lagi pakai baju warna biru.. 

Saya pun cubalah memenuhi permintaan mereka, dengan harapan supaya mereka lebih bersemangat nak pergi mengaji.. ;)


Memilih Baju Melayu Aaron Aziz mengikut citarasa anak-anak..  

Anak-anak saya ni agak cerewet juga nak membeli baju, walaupun sorang baru berumur 6 tahun dan sorang lagi baru 4 tahun.. Tetapi nak pilih baju Melayu dekat Jakel memang tak ada masalah.. Jumpa sahaja jurujual, kemudian beritahu kepada mereka jenis baju Melayu, Saiz dan warna supaya mereka dapat mencarinya.. 

Hasilnya.. Tiada Baju Melayu Aaron berwarna kuning yang bersesuaian dengan Saiz badan Haikal.. Baju Melayu Aaron Aziz berwarna biru mempunyai kedua-dua saiz yang sepadan untuk dipakai oleh Haikal dan Adam.. Jadi saya membuat keputusan untuk membeli kedua-dua baju Melayu berwarna biru... 

Mujur pula Haikal bersetuju nak pakai Baju Melayu berwarna biru, warna yang sama dengan adiknya... Misi selesai..  ;)

Dua Pasang Baju Melayu Aaron Aziz berwarna biru untuk Haikal dan Adam.. 

Kebetulan pula sekarang ni Jakel sedang membuat jualan murah sehingga 31 Disember 2013.. 

  • Harga baju Melayu Aaron Aziz Haikal (Bersaiz 5) >>> RM35 (Harga Asal RM52)
  • Harga baju Melayu Aaron Aziz Adam (Bersaiz 3) >>> RM30 (Harga Asal RM40)
Jumlah harga untuk kedua-dua pasang baju Melayu ini cuma RM65 sahaja.. Lepas tu siap dapat butang baju Melayu secara PERCUMA lagi, untuk setiap pasang baju.. 

Setakat ini memang kami berpuas hati membeli Baju Melayu Aaron Aziz dekat Jakel.. Harga murah, jahitan bagus, kain berkualiti dan paling best sekali dapat hadiah butang Baju Melayu.. 

Kalau nak beli kain buat baju Melayu, kemudian hantar dekat kedai untuk tempahan, lepas tu nak beli butang baju Melayu lagi... Kos yang dikeluarkan mahu dekat RM120 sepasang.. Kalau tak percaya boleh tanya dekat Puan Salma (Penulis ebook panduan menjahit baju Melayu).. 

Kepada yang berminat nak dapatkan Baju Melayu Aaron Aziz pada harga murah, boleh kunjungi Jakel Sekseyen 7 Shah Alam, sementara stok masih ada.. ;)


P/s: Kalau anda nak rasa jadi lebih hensem daripada Abang Ensem atau Sifu Rumah Lelong , jangan lupa dapatkan sepasang baju Melayu Aaron Aziz ni, sementara harganya jauh lebih murah berbanding harga Baju Melayu di pasaran... ;)

7 ulasan:

  1. wah...kacak bergaya sekacak Aaron Aziz ni. cantik warna biru ni.

    BalasPadam
  2. warna hijau tu memang cantik
    dua2 ok

    BalasPadam
  3. haikal dan adam lagi bergaya dan kacak dari aaron aziz :D

    warna biru tu memang cantik

    BalasPadam
  4. eh..ada sales ker?? alamak..........tak tau pun..

    kualiti kain dia ok yek? x panas yek??

    sayang nya.. x tahu pun..kalu idak mesti borong 4 pasang terus tuk anak2... leh wat tuk raya tahun depan...

    jimat tau kalu sepasang RM35.00
    .
    Sumijelly.com

    BalasPadam
  5. Wahhh murah dah tu..bergaya sakan lah diorang nanti yer..haha

    BalasPadam
  6. aritu ciktom teman adik shopping bj melayu tunang dia jackel..mmg cntk2 kainnya & harga pun murah..berbaloi2..

    BalasPadam
  7. Baju melayu yg cutting kemeja tu mne nk carik ye

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra