Selasa, 26 November 2013

Mencari Durian Pada Hujung Minggu....

with 2 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Pada hujung minggu baru-baru ini saya berkesempatan untuk mengunjungi Dusun Durian milik sepupu isteri saya, Kak Zura... Sebenarnya dah lama dah kami tak berkunjung ke Dusun Durian kak Zura.. Kali terakhir kami ke sana pada bulan September tahun lepas.. 

Ingat lagi, masa tu masih dalam musim perayaan Aidilfitri... Jadi, sambil beraya sambil kutip buah durian... Lepas tu boleh menjamu buah durian dekat tetamu yang hadir berkunjung ke rumah kami... ;)

Pada kali ni, Kak Zura menghubungi isteri saya.. Bertanyakan bila kami nak datang ke rumah beliau yang terletak di Kampung Gajah, Perak... 

"Durian dah mula luruh ni.. Kalau nak datang bagi tahu ye.. Boleh Kak Zura aturkan jadual mnengutip buah durian" Teringat kata-kata Kak Zura melalui perbualan telefon pada minggu lepas.. 

Selain daripada kami, sebenarnya Kak Zura turut mengajak saudara mara beliau yang lain... Apabila kami dah booking satu tarikh, Kak Zura akan block tarikh tersebut untuk kami... Jadi, tak adalah saudara mara yang lain turut sama mengutip buah durian di dusun bersama kami pada tarikh yang kami booking... hehehe... 

Nak dijadikan cerita, isteri saya pun booking lah tarikh pada 23 November (Sabtu baru-baru ini)... Pada mulanya, kami bercadang nak pergi ke sana sekejap sahaja... Pergi selepas Zohor dan balik dalam pukul 6.00 petang... Itu perancangan kami... Jadi, semasa pergi ke rumah Kak Zura, kami tak bawa baju extra baju pun, kecuali sepasang baju untuk anak-anak kami sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya baju mereka kotor... 

Tetapi apabila sampai ke rumah Kak Zura, lain pula jadinya... Masa tu kami sampai ke rumah Kak Zura pun dah agak lewat dah... Adalah dalam pukul 4.30 petang... Sebelum tu, kami pergi ke Rika Trading, Sungai Besar terlebih dahulu disebabkan isteri nak mencari bahan-bahan Quilling beliau yang dah semakin habis...  Lepas selesai urusan isteri, barulah kami bertolak ke Kampung Gajah, Perak...

Sampai dekat rumah Kak Zura, kami tengok kak Zura dan bersiap-siap menghidupkan enjin kereta untuk pergi ke Dusun... 

Kak Zura bagi tahu "Ayah dan Ibu kamu dah datang dah... Mereka dah sampai dekat Dusun"..

Jadi, kami pun teruslah mengikut Kak Zura ke Dusun dengan Adam, Haikal dan Naila sekali... Sampai dekat Dusun, saya tengok Ayah Mertua dan Ibu Mertua saya sedang sibuk mencari dan mengutip buah durian yang luruh... 

Saya dan isteri pun apa lagi... Terus bergegas membantu mereka dan meninggalkan anak-anak kami bersama adik Ipar saya di dalam kereta... Kali ni kami tak benarkan Adam dan Haikal ikut serta mencari buah Durian seperti pada tahun lepas, disebabkan keadaan dusun durian yang agak semak pada ketika ini... Bimbang sekiranya kulit mereka tak tahan dengan gatal-gatal (miang)..... 

Jadi, kami pun gigih mengutip buah durian sehingga tak sedar jam menunjukkan pukul 6.30 petang... Kemudian kami balik ke rumah Kak Zura untuk menunaikan solat Asar... Hajat di hati nak balik ke rumah kami di Sabak Bernam pada jam 6.00 petang tidak kesampaian... Terpaksa akur dengan kehendak ayah dan ibu mertua saya berserta Kak Zura yang mengajak kami bermalam di rumah beliau supaya, saya dapat menemani ayah mertua saya mengutip buah durian pada keesokan harinya....  

Walaupun rasa berat di hati disebabkan tidak membawa sebarang persalinan, tetapi saya terima sahaja kehendak mereka.... Tentu ada hikmah disebaliknya... Boleh juga saya gunakan kesempatan tersebut untuk mengambil gambar di Dusun Durian Kak Zura.... Maklumlah pada petang tadinya tak sempat nak snap walau sekeping gambar pun, disebabkan masa tidak mengizinkan... 

Mengutip Buah Durian Di Pagi hari... 

Keesokan paginya, saya menemani ayah mertua saya pergi sekali lagi ke Dusun kak Zura pada jam 7.00 pagi.... Biasanya murah rezeki kita bila keluar bekerja awal pagi ni... Pada Tahun lepas, semasa saya mengutip buah durian pada awal pagi, hujang renyai-renyai turun... Hasilnya dekat dua bonet kereta penuh dengan buah Durian berjaya kami bawa pulang....  

Untuk tahun ini, jom layan gambar-gambar yang sempat saya snap sepanjang berada di Dusun Durian Kak Zura... 


Dusun Durian Kak Zura yang tentang dan nyaman... 

Dangau ini sudah tidak lagi berpenghuni seperti pada tahun lepas... 


Boot Keselamatan penting untuk mengelakkan terkena gigitan serangga.... Termasuk Pacat... hehehe

Rezeki pertama pada pagi ini... Buah Durian dah ditebuk tupai... Sudah tentu sedap isinya... 


Rezeki seterusnya... Syukur Alhamdulillah... 

Dan Lagi... Syukur Alhamdulillah... 

Bilalah agaknya buah durian dekat pokok ni nak luruh... 

Pokok ini pun sama... Bila buah durian nak luruh ni... 


Inilah hasilnya selepas sejam berlalu... 

Hasil kutipan buah durian pada kali ini tidaklah sebanyak mana.. Pada pagi ini kami hanya berjaya mengutip 20 biji buah durian... Kalau nak dicampurkan dengan hasil kutipan semalam, adalah dalam 4--50 biji... Walaubagaimanapun syukur Alhamdulillah dengan hasil yang diperolehi.... 

Setakat ini masih terdapat 3 pokok buah durian yang belum luruh lagi.... Buah durian masak tak serentak... Sampai masa 3 pokok buah durian ni luruh, barulah boleh menuai lebih banyak hasilnya... 

Apabila saya pulang ke rumah Kak Zura, saya dapati anak-anak masih enak dibuai mimpi... Lena betul mereka tidur sehingga ke pagi...    




Tak sabar nak tunggu Adam bangun tidur... Tentu dia teruja dengan hasil buah durian yang berjaya kami perolehi... Maklumlah Adam kan suka sangat makan buah Durian... Malam tadi entah berapa ulas buah durian yang Adam makan... 

2 ulasan:

  1. byk gak tuh...dusun ni bukak utk org awam tak? hehe

    BalasPadam
  2. Sudah musim ye bro..sy biasa kutip durian dkt kedai je..heheh.. Lg best kalo kutip kat dusun kan..lg fresh.

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra