Rabu, 12 September 2012

Pengalaman Berhari Raya Di Dusun Durian...

with 15 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Pada hari raya ke 6, saya sekeluarga di offer oleh sepupu isteri saya untuk mengutip durian di rumah beliau yang terletak di Kampung Gajah Perak..

Pucuk di cita, Ulam Mendatang... Kecil tapak tangan, Bonet kereta saya tadahkan.. Boleh pakai ke Peribahasa ni?.. hehehe..

Sebenarnya memang dah lama sangat, saya teringin nak merasa pengalaman mengutip buah durian dekat dusun....

Maklumlah.. Saya belum pernah merasai pengalaman tersebut.. Walaupun dibesarkan di kampung Gajah, Perak.. 

Untuk pengetahuan anda.. Kawasan Kampung Gajah ni memang terkenal dengan  Dusun Durian.. Sehinggakan terdapat beberapa replika Durian menghiasi beberapa kawasan di Pekan tersebut..

Tapi keluarga saya tak ada dusun Durian.. Jadi seumur hidup saya, belum pernah menikmati pengalaman mengutip durian dekat dusun..

Jadi, inilah pengalaman pertama saya.. Lebih menarik lagi, pengalaman ini menjelma pada hari raya ke 6.. 

Terima kasih saya ucapkan kepada Kak Zura, sepupu isteri saya yang sudi menjemput kami sekeluarga mengutip durian di dusun beliau..

Kami sampai ke rumah kak Zura lebih kurang jam 6.00 petang.. Sebaik sahaja sampai ke rumah beliau, kami terus pergi ke dusun..

Inilah rupa Dusun Durian Kak Zura..

Haikal Dan Adam (Anak lelaki saya) turut bersemangat mengutip Durian 

Korang Nampak tak Buah durian Dekat atas pokok tu?


Kalau Tak nampak, Tengok buah durian dekat bawak pokok pula..

Inilah dia rupa buah durian yang baru luruh.. Tangkai masih bergetah..

Adik ipar saya yang cukup "handai" mengesan kedudukan buah durian yang luruh

Isteri dan Adik Ipar saya sedang membersihkan Buah Durian..

Ingat kan saya sorang jer yang seronok.. Rupanya Haikal lebih seronok..

Adam juga apa kurangnya.. Seronok betul dia tengok buah Durian.. "Hantu durian" lah katakan

Inilah hasil yang berjaya saya perolehi pada petang tersebut..


Setelah puas mengutip buah durian pada petang tersebut.. kami pulang ke rumah Kak Zura untuk mandi, Solat Maghrib dan makan malam..

Pada sebelah malamnya pula kami berkunjung lagi ke dusun tersebut untuk mengutip buah durian yang luruh..

Kereta bertuah dari Sarawak ini menjadi pilihan ayah mertua saya untuk mengangkut buah-buah durian tersebut.. memandangkan kedudukan Dusun tersebut kira-kira 1 km daripada rumah Kak Zura.. 


Lebih kurang pada jam 12 malam, kami pun menyambung semula operasi mengutip durian seterusnya..

Inilah babak yang paling saya nantikan.. Mengutip durian di malam hari, dalam keadaan gelap gelita.. Hanya bertemankan kecerahan cahaya lampu suluh yang berada pada tangan kami..

Menurut ayah mertua saya.. Cara orang dulu kutip buah durian adalah dengan berpandukan pada bunyi buah luruh.. dan kemudian mengesan kedudukan buah tersebut dengan deria bau..

Hasil Pertaman Buah Durian yang berjaya diperolehi..

Salah satu buah durian yang luruh pada malam tersebut.. 

Buah durian yang paling sukar untuk dikesan disebabkan jatuh pada dahan pokok Kelapa Sawit..
Pokok Kelapa Sawit, tapi  Berbuah Durian.. Hehehe..

Inilah rupa isi kandungan Salah sebiji buah durian yang di Belah.. Ini Durian apa yer?

Makan Seulas buah durian ni pun dah rasa kenyang..

Tapi bila tengok buah durian yang lemak berkrim macam ni.. Mulut tetap rasa nak makan lagi..

Buah durian yang berjaya kami kutip ada dalam 100 biji kesemuanya..

Merasa bawa Durian penuh 1 bonet kereta.. 

Syukur Alhamdulillah.. Kak Zura memberikan kepada kami sebahagian besar daripada hasil durian yang berjaya kami kutip.. Beliau tidak mahu menerima sebarang bayaran daripada kami.. 

Tak tahu apa nak dikata apabila mendapat "durian runtuh" sebanyak ini secara percuma.. 

Mungkin peribahasa "Durian Runtuh" wujud setelah orang yang mengeluarkan peribahasa tersebut pernah merasai pengalaman.. "Dapat buah durian penuh sebonet".. Hehehe.. ;)

Kata orang bila kita dapat rezeki macam ni, kita kena kongsikan rezeki ini dengan orang ramai.. Supaya rezeki tersebut berkat, dan pemilik rezeki tersebut turut sama mendapat keberkatannya.. 

Jadi, kami mengagihkan buah-buah durian tersebut kepada saudara mara.. dan sebahagian besarnya pula ayah mertua saya menggunakannya untuk mengadakan sedikit kenduri di surau.. 

Murah rezeki orang surau dapat merasa makan kenduri durian pada malam tersebut... Dan semoga pahala sedekah tersebut sampai kepada Arwah kedua ibu bapa Kak Zura yang telah kembali ke Rahmatullah..

P/s: Saya juga memohon jasa baik anda, untuk menyedekahkan surah Al-Fatihah kepada kedua ibu-bapa kak Zura yang telah kembali ke Rahmatullah.. Semoga roh mereka ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman.. Amin..

15 ulasan:

  1. untunglahhhh ley mkn sampai kenyang kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syukur alhamdulillah.. Dengan rezeki kurniaan Allah S.W.T..

      Padam
  2. memang best kat kampung, macam2 aktiviti bleh buat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haah.. Betul tu.. Disebabkan itu saya lebih suka hidup di kawasan kampung berbanding kawasan bandar..

      Padam
  3. waaahh..siyes yg ni jeles gile...saye hantu durian gaaakk... ishk..byk nye dpt..ishk.. (^_^)

    BalasPadam
  4. sampai penuh bonet kereta tu, malah tak muat~ haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah namanya rezeki dapat "durian runtuh" penuh sebonet...

      Padam
  5. dah macam pesta durian. paling puas hati kereta tu, dpt bau durian berminggu2...heee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang seronok dapat pengalaman macam ni.. Bau durian dekat kereta tu mengalahkan bau perfume.. hehehe

      Padam
  6. Fuhh..memang kenyang makan durian nie.best tu.lagi best kalau ruangan komen pakai intense debase..hehehe

    BalasPadam
  7. Aku tahu nikmat makan durian yg baru gugur perghhh..memang sedap - cantik isi durian tu.

    BalasPadam
  8. Penuh bonet kereta penuh durian tu. Pengalaman mengitup durian tu yang paling seronok..

    BalasPadam
  9. wah...sedapnyer durian...lagi best sebab dapat makan fresh kat kebun.... :)

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra