Isnin, 9 September 2013

PSIS Memenangi Tempat ke 3 dan ke 4 Dalam 18th FIRA ROBOWORLD CUP & CONGRESS 2013

with 4 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Tahniah kepada Pasukan Robot Soccer PSIS (Politeknik Sultan Idris Shah) kerana telah berjaya memenangi tempat ke 3 dan ke 4 Dalam Kategori SIMUROSOT dan tempat ke 3 dalam kategori MERLIN MIRUSOT pada kejohanan 18th FIRA ROBOWORLD CUP & CONGRESS 2013....  

Pasukan Robot Soccer PSIS bergambar kenangan dengan Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik Y.Bhg. Dato' Haji Mohlis Jaafar selepas menerima hadiah yang dimenangi.. 


Pasukan Robot Soccer PSIS menerima hadiah yang dimenangi.. Hadiah disampaikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik Y.Bhg. Dato' Haji Mohlis Jaafar

Untuk makluman anda... Pada kejohanan 18th FIRA ROBOWORLD CUP & CONGRESS 2013 pada kali ini, PSIS menyertai 3 daripada 7 kategori yang dipertandingan... Kategori yang disertai oleh PSIS dan pencapaian untuk setiap kategori adalah seperti berikut:

1) MERLIN MIROSOT ANTARA POLITEKNIK (PERTANDINGAN ROBOT SOCCER UNTUK ROBOT BERODA DUA)
PENCAPAIAN : TEMPAT KETIGA

2) SIMUROSOT (PERTANDINGAN SIMULATION ROBOT SOCCER)
PENCAPAIAN : TEMPAT KE 3 DAN KE 4 (DARIPADA 30 PENYERTAAN DALAM DAN LUAR NEGARA)

3) HUROSOT (ROBOT BERKAKI 2 )
PENCAPAIAN : PENYERTAAN PERTAMA DALAM EDISI FIRA 2013 DAN PENGALAMAN PERTAMA MENYERTAI SAINGAN INI
KATEGORI YANG DISERTAI :       
 1. SPRINT
 2. BASKETBALL
 3. MARATHON
 4. PENALTY KICK

Ternyata penyertaan Pertama pasukan PSIS dalam kejohanan ini membuahkan hasil... Tak sia-sia mereka menimba ilmu di beberapa pertandingan dalam Malaysia sebelum ini, sejak 3 tahun yang lalu... Dah hari ini mereka mula menuai hasilnya... ;)

Berikut merupakan gambar kenangan pasukan Robot Soccer PSIS di sekitar kejohanan tersebut...  

Bergambar kenangan bersama Timbalan Pengarah Sokongan Akademik PSIS


Bergambar kenangan bersama Pengarah,Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, dan staf pentadbiran PSIS

Bergambar kenangan bersama Pengarah,Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Pegawai Perhubungan Awam dan staf pentadbiran PSIS

Bergambar kenangan bersama Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik, PSIS

Macam retis pula mereka ni, asyik bergambar sahaja... hehehe

Bagi mereka yang tidak mengenali pasukan Robot Soccer PSIS, mungkin tiada apa-apa kelebihan yang kita nampak pada diri mereka.. 

Tetapi pada hakikatnya mereka telah membanggakan negara dan PSIS khususnya kerana berjaya memenangi tempat ke 3 dan ke 4 acara SIMUROSOT dalam 18th FIRA Roboworld Cup & Congress 2013.. 

Kategori SIMUROSOT pada kali ini disertai oleh 41 buah negara.. Dalam persaingan tersebut, kedua-dua Pasukan PSIS berjaya menjuarai kumpulan masing-masing, sebelum kedua-duanya dikalahkan oleh pasukan dari negara China yang berpengalaman selama 14 tahun.. Dan bergelar Johan Dunia sehingga kini.  

Pada peringkat separuh akhir, kedua-dua pasukan dari negara China seakan-akan cuba membalas dendam kepada pasukan kerdil dari Malaysia (PSIS)... Sebelum melangkah ke separuh akhir, salah satu daripada pasukan kami berjaya mengalahkan pasukan ke 3 dari negara China, dengan mata kemenangan 2-0...

Dan pada separuh akhir, kedua-dua pasukan PSIS di belasah oleh pasukan dari negara China dengan mata kemenangan 13-0 dan 4-1... huhuhu.. Masakan sebuah pasukan kerdil yang hanya mempunyai pengalaman 3 tahun mampu menumbangkan gergasi Asia dan dunia dalam bidang ini...

Untuk keputusan penuh.. In Shaa Allah saya akan update pada lain kali, sekiranya ada kesempatan.... Jom layan gambar-gambar lain sekitar kejohanan ini... ;)












Semoga selepas ini, pasukan Robot Soccer PSIS lebih berjaya lagi pada masa akan datang... In Shaa Allah..  ;)


4 ulasan:

  1. tahniah buat PSIS Memenangi Tempat ke 3 dan ke 4. terutamanya kategori no.2 bersaing dengan 30 peserta.

    BalasPadam
  2. terbaiklah dan tahniah kerana membanggakan negara

    BalasPadam
  3. Tahniah... Ada rakaman semasa pertandingan tak... Teringin nk tengok :)

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra