Isnin, 30 September 2013

Buat Duit Dengan Lembu Menjelang Perayaan AidilAdha

with 12 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Sedang asyik mengemas buku-buku yang semakin bersepah di rak buku rumah saya... Terjumpa pula sebuah buku yang berjudul Buat Duit Dengan Lembu, hasil tulisan Johar Seman... 

Paparan Muka Hadapan Buku Buat Duit Dengan Lembu..

Saya membeli buku ini ketika berkhidmat di Mukah, Sarawak.. Kenapa saya beli buku ni?.. Satu soalan yang sukar untuk mencari jawapannya... Saya pantang nampak buku yang ada dijual dekat kedai buku, memang teringin nak beli punya... Lebih-lebih lagi, kalau masa tu saya sedang memikirkan sesuatu dalam minda saya.. 


Contohnya.. isteri saya pesan suruh beli daging lembu dekat Sibu, Sarawak disebabkan dekat Mukah sukar untuk mendapatkan daging lembu segar... Apabila sampai dekat Sibu, biasanya antara tempat yang tak pernah miss saya kunjungi adalah Wisma Sanyan... Dan kedai yang biasa saya kunjungi adalah kedai buku Public Book... 

Sambil singgah dekat kedai buku tersebut, biasanya sempat saya sambar beberapa buah buku yang menarik untuk di bawa pulang... Dan mungkin ada sesuatu yang menarik di fikiran saya pada ketika itu, sehingga tergerak hati nak beli buku ini... ;) 


Paparan Muka Belakang Buku Buat Duit Dengan Lembu..

Isi kandungan buku Buat Duit Dengan Lembu memang menarik... Terdapat beberapa pengalaman menarik yang dikongsikan dalam buku ini tentang kejayaan penternak-penternak lembu yang memperolehi pendapatan lumayan melalui hasil ternakan mereka..

Contoh pertama : Seorang penternak lembu membeli seekor anak lembu pada harga RM500 daripada seorang penjual terdesak yang memerlukan wang segera untuk menghantar anak melanjutkan pengajian ke Universiti... Memang rezeki beliau sebab dapat beli seekor anak lempu pada harga yang murah... Cukup setahun, penternak tersebut boleh menjual lembu ini pada harga RM2000-RM3000 seekor, dengan keuntungan pelaburan sekitar 400%-600% setahun.. Hmmm... Satu pelaburan yang sangat menguntungkan..... ;)

Contoh Kedua : Seorang penternak lembu memulakan ternakan lima ekor lembu yang terdiri daripada 2 ekor ibu, 2 ekor jantan dan seekor anak betina yang dibeli pada harga RM5,000.. Genap setahun lembu-lembu tersebut telah membiak menjadi 8 ekor kesemuanya.. Penternak ini menjual dua ekor daripadanya dengan harga RM5,000.. Dalam masa setahun sahaja penternak tersebut telah memperolehi semula modal beliau, dan dalam masa yang sama masih ada baki 6 ekor lembu lagi untuk tujuan pembiakan... Dapatkah anda bayangkan hasil pendapatan penternak ini untuk tahun-tahun berikutnya sekiranya setiap ekor lembu betina melahirkan seekor anak lembu setahun?

Contoh Ketiga..

Contoh Keempat... 

Contoh kelima dan seterusnya lebih menarik lagi menarik lagi berbanding 2 contoh yang saya berikan di atas... 

Bila saya fikirkan balik ada kebenarannya... 

Patutlah ada seorang rakan sekolah rendah saya tidak berhajat untuk meneruskan pengajian setelah tamat sekolah menengah... Sebaliknya mengambil alih ladang ternakan lembu yang diusahakan oleh bapanya semenjak beliau berada di sekolah rendah lagi... 

Teringat lagi pada ketika itu... Semasa kami seronok bermain dengan rakan-rakan pada waktu petang, beliau pergi ke padang rumput yang terletak berhampiran dengan sawah padi untuk membawa lembu-lembu ternakannya pulang ke kandang... Hampir setiap petang rutin hariannya begitu..

Apabila masuk alam sekolah menengah, pencapaian akademik rakan saya tu "Biasa-biasa sahaja" dan bersekolah di sekolah menengah harian biasa.. Setelah tamat sekolah menengah beliau tidak menyambung pengajian seperti saya dan rakan-rakan lain... Sebaliknya beliau meneruskan tradisi ilmu ternakan lembu yang diwarisi oleh ayah beliau...  

Kesudahannya.. Pada hari ini beliau berjaya menjadi tokey lembu berjaya dengan meraih pendapatan yang lumayan, walaupun hanya bekerja di kampung... Sedangkan saya yang mempunyai sedikit kalayakan akademik, bekerja makan gaji di "Pekan" dengan memperolehi pendapatan yang sederhana... Dah terbukti, dengan kelayakan akademik yang tinggi, belum tentu dapat menjamin kita boleh memperolehi pendapatan yang tinggi semasa berada di alam pekerjaan... ;)

Kisah Pakcik Penternak Lembu di kasawan tempat saya bekerja... 

Agaknya berapalah purata pendapatan bulanan seorang pakcik yang membela lembu di sekitar kawasan Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS)??... Menurut pakcik tersebut, setiap kali menjelang musim perayaan Aidil Adha lembu ternakan beliau tidak mencukupi.. Beliau terpaksa membeli lembu lain dari luar sebelum di jual kepada para pembeli yang menempah untuk dibuat korban...

Menurut pakcik ini lagi... Kebiasaannya beliau berjaya menjual 40 ekor lembu setahun... Dan ada masanya lebih dari itu, bergantung kepada tempahan yang beliau terima... 

Saya yang agak kurang pandai mengira ni pun terus mencongak dalam kepala... 

Seekor anak lembu biasanya di beli pada harga RM1000 seekor... Cukup setahun anak lembu tersebut telah membesar dan boleh dijual pada harga sekitar RM2000.. Kalau dikira pendapatan pakcik ini mungkin sekitar RM40,000 setahun...  Ini kiraan kasar dengan mengambil kira semua anak lembu tersebut di beli... Tetapi bagaimana pula dengan kiraan sekiranya separuh daripadanya adalah anak lembu yang dilahirkan daripada baka yang beliau bela... Sudah tentu keuntungannya lebih banyak daripada itu...

Info ini saya kira menarik bagi mereka yang berminat untuk mencari pendapatan mejelang musip perayaan AidilAdha ... Ketika menjelang musim perayaan Aidilfitri, ramai orang sibuk mencari duit poket lebih dengan menjual kuih raya, menjual juadah berbuka puasa, jadi Pembekal barangan kepada peniaga, mengambil tempahan menjahit bajuMenjual TShirt dan tempahan bahan bercetak, menjual air di pasar Ramadhan dan sebagainya...

Menjelang musim perayaan Aidiladha pula, mungkin kita boleh membeli dan menjual daging lembu untuk mencari duit poket lebih sebelum tiba hari perayaan... Sekadar cadangan untuk difikirkan bersama... ;)



Anda juga mungkin meminati:



12 ulasan:

  1. Hehe..sejujurnya kalau rajin usaha, memang boleh buat duit dengan lembu ni..tambah2 nanti nak raya korban kan..hehe

    BalasPadam
  2. Berdasarkan sistem pendidikan negara kita yang agak caca-marba ketika ini, aku merasakan bahawa belajar bela lembu lagi untung dari belajar kat IPT sampai kena berhutang dengan PTPTN ni.

    BalasPadam
  3. bidang pertanian dan penternakan ini sebenarnya satu bidang yg sentiasa ada pasaran...tak rugi orang yang nak terjun ke bidang ini...

    BalasPadam
  4. kelakar la pulak apabila mula2 baca tajuk buku tuh...hehe

    BalasPadam
  5. saya pun ada bei buku mcm ni juga.. tapi pelihara itik telur..

    BalasPadam
  6. buku yang menarik untuk dibaca..sekurang-kurang akal kita mengetahui bahawa banyak cara untuk dapat duit selain daripada makan gaji..

    BalasPadam
  7. Tak sangka boleh buat duit besar dengan lembu juga. Keuntungan melebihi 100% dalam setahun.

    BalasPadam
  8. Benar serius sangat menguntungkan bisnia lembu ni.

    BalasPadam
  9. Memang untung ternak lembu ni, nak2 bila tiba musim perayaan.

    BalasPadam
  10. permintaan tinggi, supply kurang, pesaing pun x ramai, sebab x ramai yang nak buat, (ramai nak buat tapi MODAL xde). memag boleh pergi jauh, kalau bela 300 ekaor, jual 2900 dah untung 870k. dalam masa 8 bulan dengan sistem fidlot. :) untung bersih dalam 700k bahagi 8 = RM 87,500.. setiap bulan :)

    BalasPadam
  11. lembu memang permintaan tinggi lebih lebih lagi dekat raya korban.

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra