Sabtu, 24 Ogos 2013

Tak lama lagi nak dapat anak ke 3... Doakan yer...

with 12 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Syukur Alhamdulillah... Dengan izin Allah S.W.T... Dah tak lama lagi isteri saya bakal melahirkan anak kami yang ke 3... Usia kehamilan dah nak masuk 8 bulan.. Kalau ikutkan Due Date, isteri saya akan melahirkan anak ke 3 kami pada 13 Oktober 2013...

Dah tak lama dah tu... Sekarang ni dah 24 Ogos... Ada lagi kira-kira 49 hari sahaja lagi, sekiranya bersalin ikut Due Date... kalau bersalin awal, mungkin dalam tempoh sebulan sahaja lagi Haikal dan Adam akan dapat adik baru... 




Syukur Alhamdulillah... Doakan yang terbaik untuk isteri saya...  semoga beliau boleh melahirkan anak kami dengan selamat... In Shaa Allah..

Pengalaman Melahirkan anak PERTAMA

Masih ingat lagi sewaktu isteri saya mengandungkan anak Pertama kami, Haikal.. Tak sangka pula isteri saya boleh bersalin awal seminggu daripada Due Date... Nak ditakdirkan pula, tarikh Haikal dilahirkan bersamaan dengan tarikh lahir ayah mertua saya.. Iaitu pada 5 Oktober..

Haikal dan Atuk mempunyai Tarikh lahir yang sama

Jadi cucu atuklah jawabnya... Dahlah cucu sulung, kena pula tarikh lahir sama dengan atuk.. Kemudian atuk juga yang tolong azankan kelahiran Haikal, disebabkan saya tidak sempat sampai ke Hospital Batu Gajah sewaktu Haikal dilahirkan... 

Pada ketika itu saya bertugas di Mukah Sarawak..  Tiket saya pulang ke semananjung sempena cuti hari raya Aidilfitri ialah 6 Oktober 2007.. Haikal dilahirkan pada 5 Oktober 2007 (Hari Jumaat)... Lambat sehari, untuk menyambut kelahiran Haikal... Inilah dikatakan takdir... Kita hanya merancang, tetapi tuhan yang mentakdirkan segalanya....Ianya telah termaktub dalam Qada' dan Qadar setiap manusia....  

Disebabkan tarikh lahir Haikal dan atuk sama... Setiap tahun kami akan membuat sambutan hari Lahir Haikal dan Atuk sekali... Kadang kami yang keluarkan budget, kadang atuk yang keluarkan budget... 

Lokasi sambutan hari lahir tak menentu.. Adakalanya di rumah atuk dan ada kalanya di Pak Ya Homestay... Kami rasa seronok sekiranya sambutan hari lahir Haikal dan Atuk disambut di Pak Ya homestay.. Ini disebabkan Pak Ya Homestay kan rumah Haikal, tapi atuk yang tolong jagakan... ;)

Sekiranya anak ke 3 saya lahir awal seminggu, ada kebarangkaliannya dia akan lahir pada 6 Oktober 2013... Atau silap haribulan pada 5 Oktober 2013 bersamaan dengan hari Lahir atuk dan Haikal... Huh.. Nampak gayanya lepas ni kena sambut 3 hari lahir serentak.... 

Jantina Anak ke 3?

Ramai yang dah bertanya, apa jantina anak saya yang ke 3? Dapat baby girl or Boy? Dapat baby lelaki ke perempuan? Dah Scan ke belum? dan bermacam-macam lagi soalan yang diajukan berkaitan dengan jantina anak... 

Maklumlah dua orang anak kami sebelum ini lelaki.. Jadi, tentu mereka exited nak tahu samada dapat baby lelaki lagi atau dapat baby perempuan seperti yang kami juga harapkan... 

Ada seorang rakan sekerja yang mempunyai 5 orang lelaki juga exited nak tahu tentang jantina anak saya... Maklumlah beliau juga mengharapkan saya dapat anak perempuan, sama seperti beliau yang teringin sangat nak dapat anak perempuan.. Tetapi sehingga kini rezeki masih belum berpihak kepada beliau...

Anda pun nak tahu ker apa jantina anak ke tiga saya?

Hehehe... Saya mohon maaf... Saya terpaksa rahsiakanlah dahulu yer... Bukannya apa, takut masa scan nampak lain, bila baby dah keluar nanti nampak lain.. Perkara ini boleh berlaku dengan izin Allah... 

Jadi, nak selamat.. Saya hanya mampu mendoakan semoga jantina anak saya sama dengan jantina hasil keputusan Scan yang dilakukan oleh Doktor...  




P/s: Hati rasa berdebar menantikan tarikh kelahiraan anak ke 3 saya.. Doakan Semoga semuanya selamat... 

12 ulasan:

  1. heee semogah terus di murahkan rezeki bro.. ;)

    BalasPadam
  2. tahniah. semoga bayi sentiasa sihat.

    dah ada perancangan untuk yang ke 4?

    BalasPadam
  3. Insyallah anak perempuan. Moga selamat semuanya.

    BalasPadam
  4. Emm tahnaih bro..semoga bayi dan isteri selamat melahirkan..seronok tak terhingga kan bro nak timang cahaya mata..saya masih sorang lagi..bila lah nak tambah lagi dua ataupun 3 nih..hehe

    BalasPadam
  5. Congratz bro...Semoga semuanya berjalan lancar...

    BalasPadam
  6. Tahniah...tumpang gembira dan doakan semuanya selamat... dah bertahun-tahun idam anak perempuan tapi nampaknya rezeki hanya dgn 2 orang putera saja

    BalasPadam
  7. perempuan la tu .. haha amin .. doakan dapat la baby girl nanti kan ..

    BalasPadam
  8. Tahniah..smg Allah permudahkan segala urusan

    BalasPadam
  9. Tahniah. Jeles saya, sehingga sekarang satu pun belum

    BalasPadam
  10. Tahniah.
    Nampaknya bulan jangka kelahiran anak kita sama.
    Wife saya dijangka bersalin 04/10.
    Samalah kami pun merahsiakan jantina anak kedua kami daripada sesiapa pun kerana kami sendiri inginkan kejutan juga.

    Semoga isteri kita sama2 selamat melahirkan anak yang sihat dan sempurna cukup sifatnya.

    BalasPadam
  11. abg anuar, kirim salam dengan kak su...

    cik ani rindu nak tngok adam & haikal, lebih-lebih lagi kak su nak ada baby baru...

    rindu kat semua...

    BalasPadam
  12. tahniah! semoga isteri dan anak yang bakal dilahirkan selamat dan sihat.
    done follow cni,
    jom follow saya yea ^_^

    http://norfarahfarid.blogspot.com/

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower


Info Terkini!! (Wajib Baca)

Pembaca Paling Mesra