Sabtu, 31 Ogos 2013

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke 56 : Bersyukurlah dengan nikmat yang ada...

with 10 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Syukur Alhamdulillah... Dah 56 tahun kita merdeka... Ini bermakna telah lebih separuh abad Kita bebas daripada dijajah oleh kuasa-kuasa besar seperti British, Jepun, Portugis, Belanda, Komunis dan sebagainya..

Jasa Dan Pengorbana Pejuang Kemerdekaan Perlu Kita Hargai..

Kita perlu mengenang jasa dan pengorbanan orang-orang terdahulu yang bersusah payah memperjuangkan kemerdekaan.. Tanpa mereka, mungkin kita tidak mampu tersenyum pada hari ini melihat pembangunan di Malaysia.. Melihat menara KLCC dan KL Tower berdiri teguh di tengah-tengah kotaraya Metropolitan... Melihat lapangan terbang KLIA dan LCCT tersergam indah... Melihat kehadiran warganegara luar yang sampai ke Malaysia menaiki "Burung besi" atau belon bagi rakyat Sarawak... Melihat pelbagai jenis kereta menyusuri Lebuh raya... Dan sebagainya yang dapat kita kecapi pada hari ini, disebabkan kemerdekaan sebuah negara berdaulat.... 

Jadi pada kesempatan ini, marilah kita bersama-sama sedekahkan Al-Fatihah (untuk yang beragama Islam) buat pejuang-pejuang kemerdekaan yang saya senaraikan di bawah:
  • Penghulu Dol Said menentang penjajah di Naning,
  • Datuk Siamang Gagap menentang penjajah di Seri Menanti
  • Yamtuan Tunku Antah di Sungai Ujong,
  • Dato’ Maharajalela dan Dato’ Sagor, Sultan Abdullah di Perak
  • Dato’ Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau di Pahang
  • Tok Janggut di Kelantan,
  • Raja Mahadi di Selangor,
  • Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu,
  • Tok Moris, Tunku Kudin, Tunku Muhammad Saad di Kedah
  • Rentap, Roslie Dhoby dan Sharif Mashor di Sarawak 
  • Mat Salleh, Antanum, Pak Musa dan Syarip Usman di Sabah.
  • Sheikh Tahir Jalaluddin
  • Syed Sheikh Al-Hadi
  • Sheik Muhammad Akil
  • Sheikh Awad Saidin
  • Haji Abas Taha
  • Zainal Abidin Ahmad (Za’ba)
  • Harun Muhammad Amin
  • Abdul Hadi bin Hassan
  • Burhanuddin Al-Helmi 
  • Abdul Rahim Kajai
  • Leftenen Adnan
  • Sarjan Hassan
  • Dato' Onn Bin Jaafar (Pengasas Umno)
  • YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (Bapa Kemerdekaan)
  • Dan lain-lain yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam memperjuangkan kemerdekaan tanah Melayu (Malaysia)
Al-Fatihah... Semoga roh kaliaan dicucuri rahmat dan ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman... Amin..

Terima kasih saya ucapkan kepada kalian semua... Jasa dan pengorbanan kalian akan kami kenang sampai bila-bila, sehingga ke anak, cucu dan cicit kami... In Shaa Allah..

Apabila kita menggamit kembali sejarah-sejarah lampau... Atau kisah perjuangan orang-orang terdahulu... Bukannya senang sebenarnya kita nak mendapatkan nikmat kemerdekaan yang kita kecapi ini... Atuk nenek kita dahulu dah bersusah payah mengikat perut "makan apa yang ada" semasa di zaman darurat.. Ada yang makan pucuk ubi, ubi rebus, atau apa sahaja yang dapat mereka perolehi semata-mata untuk terus bernafas di muka bumi ini...

Pada ketika itu sudah pasti mereka berdoa dan berharap supaya satu hari nanti, anak dan cucu mereka tidak merasai pengalaman seperti yang sedang mereka alami... Syukur Alhamdulillah... Termakbul doa atuk dan nenek kita pada ketika itu... 

Pada hari ini, kita tidak merasai pengalaman tersebut.. Semasa kita lahir ke dunia, kita dah rasa selesa boleh makan apa sahaja yang ada mengikut kemampuan..

Agama Islam Sebagai Agama Rasmi di Malaysia

Kita sepatutnya bersyukur dengan nikmat yang ada... Dalam kita mengecapi nikmat kemerdekaan ke 56 pada hari ini... Rakan-rakan kita di Syria sedang berjuang untuk mempertahankan kedaulatan Islam dan tanah air mereka...   

Peperangan Di Syria..

Saban hari ada sahaja pertumpahan darah yang berlaku di sana.. Statistik terkini menunjukkan lebih 106 ribu orang telah terbunuh di Syria bermula dari tahun 2011 sehingga ke hari ini...

Sumber : Klik Di Sini

Lebih menyedihkan lagi apabila mengetahui kebanyakan mereka yang terbunuh di sana ialah penduduk yang beragama Islam.. Al-fatihah.. Semoga mereka berjaya mati Syahid dalam memperjuangkan menegakkan Agama Islam... Sungguh mulia perjuangan mereka di sisi Allah S.W.T...

Jangan lupa juga untuk sedekahkan Al-Fatihah kepada penduduk Palestin yang turut terkorban demi mempertahan kedaulatan negara dan kesucian agama Ilsam...

Di Malaysia, agama Islam dijadikan sebagai agama rasmi negara kita... Semua kaum dan agama di Malaysia menghormati masyarakat beragama Islam... Sehinggakan sekiranya ada mana-mana pihak yang cuba hendak mempersendakan agama Islam, tindakan tegas boleh dikenakan ke atas mereka...  Kita dapat laksanakan ini semua, disebabkan negara kita aman dan berdaulat... 

Kestabilan Politik Di Malaysia

Dari sudut politik pula, kita masih berjaya mempertahankan sistem politik secara Demokrasi... Walaupun ada kalanya terdapat sesetengah pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihanraya yang diadakan... Tetapi sikap saling hormat-menghormati sesama kita masih jauh lebih baik bebranding apa yang berlaku di Mesir dan beberapa negara lain di Dunia...  

Sumber : Klik Di Sini

 Kasihan kita melihat keadaan krisi politik yang berlaku di Mesir... Walaupun pilihan raya telah diadakan, dan keputusannya telah pun dipersetujui oleh seluruh rakyat Mesir.. Tetapi ada pula kuasa tentera yang didalangi oleh Amerika Syarikat cuba merampas kuasa di sana... Semoga perkara seumpama ini tidak berlaku di Malaysia.. 

Tema Hari Kemerdekaan yang ke 56

Tema hari Kemerdekaan tahun ini ialah "Malaysiaku Berdaulat, Tanah Tumpahnya Darahku".. Sememangnya pemilihan tema tersebut sangat bersesuaian untuk memberi kesedaran kepada rakyat supaya mengekalkan keamanan dan kesejahteraan di negara kita... 

Melalui tema tersebut, kita berharap supaya rakyat Jelata dapat memelihara kedaulatan Bumi Malaysia yang tercinta ini demi keamanan yang telah lama kita kecapi...

Seperti yang telah saya perkatakan sebelum ini... Bukannya senang kita nak mengecapi nikmat kemerdekaan... Nenek moyang kita dahulu telah pun bersusah payah sehingga sanggup menumpahkan darah untuk memberi peluang kepada kita mengecapi nikmat ini.. Jadi, Peranan kita pada hari ini ialah untuk mempertahankan kemerdekaan tersebut dengan menjaga keamanan.. Apabila kita dapat menjaga keamanan, kebahagiaan dan kejayaan akan dapat kita kecapi... 

Jadi, pada kesempatan ini Saya ingin Mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 56.. Semoga kita dapat menyukuri nikmat yang ada...

Setiap kali saya menyambut hari kemerdekaan, saya akan teringat pertambahan usia emak saya.. Ini bermakna umur emak saya juga dah hampir 56 tahun.. disebabkan emak saya lahir pada 20 Oktober 1957.. Dalam usia tersebut emak saya telah pun mempunyai 9 orang cucu... Dan bakal mendapat cucu yang ke sepuluh tidak lama lagi... ;)

P/s : Semoga Geng Bas Sekolah dan geng-geng samseng yang lain tidak lagi menggangu  ketenteraman dan kedaulatan Rakyat Malaysia

10 ulasan:

  1. Ulasan yang baik. Selamat menyambut hari merdeka dengan penuh keinsafan.

    BalasPadam
  2. Selamat menyambut hari merdeka bro..

    BalasPadam
  3. so true..kita kena bersyukur Malaysia masih aman..

    p/s salam kemerdekaan ke 56 Malaysia :)

    BalasPadam
  4. Memang patut bersyukur kerana negara kita masih aman

    BalasPadam
  5. Selamat menyambuta Hari Kemerdekaan kali ke-56 buat Anuar serta semua rakyat Malaysia. Semoga keamanan yang kita kecapi kini terus kekal selamanya. Jadikan peristiwa berdarah di negara lain sebagai ikhtibar.

    BalasPadam
  6. Alfatihah buat pejuang negara yang beragama Islam dan selamat menyambut hari merdeka buat semua.

    BalasPadam
  7. Selamat hari merdeka bro..hehe..perjuangan mereka yang dulu memang kena hargai dengan sebaik-baiknya..hehe

    BalasPadam
  8. Sebagai anak bekas tentera, saya sememangnya menghayati perjuangan para pejuang-pejuang kita yang menjaga kedaulatan negara. Hari Kemerdekaan tahun ini saya sangat berbangga dapat hidup negara yang aman, makmur dan kaya raya ini. Tapi, sebelum ni la kan. Bila dah naik harga minyak RON95 semalam, terus saya naik minyak dan maki-hamun. Kenapa rakyat biasa jugak yang perlu menanggung seksa? Harga barang dah la mahal, lepas minyak naik, lagilah harga barang naik.

    BalasPadam
  9. Sedih aku tengok berita Syria ni.. entah apa nak jadilah dengan negara Arab.

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra