Jumaat, 16 Ogos 2013

Program Khidmat Masyarakat di Masjit Parit 4, Sg. Hj. Dorani

with 0 Comment
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. 

Pada 31 Julai 2013, Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Kelab Kejuruteraan Elektrik (KKE) telah berjaya melaksanakan Program Khidmat Masyarakat Bersama Qariah Masjid Parit 4, Sg. Hj. Dorani, bagi Sesi Jun 2013.

Tentatif Program yang telah diadakan adalah seperti berikut:

  • Tarikh :  31 JULAI 2013 (Rabu)
  • Tempat :  Masjid Parit 4, Sg. Hj. Dorani 
  • Anjuran  :  Jabatan Kejuruteraan Elektrik
  • Ajuran Bersama :  Qariah Masjid Parit 4, Sg. Hj. Dorani 
  • Penglibatan    :   Pensyarah dan pelajar  Jabatan Kejuruteraan    Elektrik, Politeknik Sultan Idris Shah 

TUJUAN PROGRAM ini diadakan adalah untuk:

  • Mengeratkan ukuwah dan sillaturrahim di antara Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan masyarakat setempat.
  • Memperkenalkan politeknik kepada masyarakat sekitar.
  • Dapat meningkatkan kemahiran dalam menguruskan sebarang aktiviti 
  • Dapat melahirkan pemimpin pelajar yang lebih bertanggungjawab dan mementingkan kerjasama dalam berpasukan
  • Menghargai kedatangan bulan ramadhan al-mubarak

Berikut merupakan gambar-gambar yang dapat saya abadikan di blog ini untuk tatapan anda:



Kawasan di mana Bubur Lambok akan di masak..




Begitu gigih rakan-rakan saya menyediakan bahan-bahan untuk memasak bubur Lambok




Ceria betul mereka melaksanakan kerja-kerja pada bulan Ramadhan ini.. Eloklah tu.. 


Kacau kak jangan tak kacau.. ;)






Begitu gigih mereka mengacau Bubur Lambok.. 






Bergambar kenangan.. ;)




Kerja-kerja mengisi bubur Lambok di dalam mangkuk untuk diagihkan




Ucapan sebelum majlis Berbuka Puasa.. dari wakil Politeknik dan wakil Qariah Masjid Parit 4, Sg. Hj. Dorani



Selepas selesai ucapan daripada kedua belah pihak, program diteruskan lagi dengan majlis berbuka puasa, Solat Maghrib Berjemaah, Solat Isyak Berjemaah, solat Terawih Berjemaah dan More selepas solat Terawih.

Secara keseluruhannya, Program Khidmat Masyarakat Bersama Qariah Masjid Parit 4, Sg. Hj. Dorani berjalan dengan lancar..

Objektif utama program ini telah tercapai iaitu untuk mengeratkan sillaturahim  di antara warga JKE dan masyarakat Parit 4, Sg. Hj. Dorani. 

Melalui program ini juga secara tidak langsung dapat memperkenalkan politeknik kepada masyarakat luar dan dalam masa yang sama dapat mengeratkan hubungan sesama ahli organisasi kelab dengan pensyarah.

Semoga program seumpama ini akan dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.. In Shaa Allah..


0 comments:

Catat Ulasan

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra