Khamis, 15 Ogos 2013

Jadual Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam Bulan Ogos-November 2013

with 12 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sambil kita seronok berhari raya... Ada sahabat-sahabat kita yang sedang membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam... 

Tarikh Peperiksaan Perkhidamatan Awam yang terhampir sekali ialah pada hujung minggu ini iaitu pada 18 Ogos hingga 23 Ogos 2013 untuk jawatan Pembantu Penguatkuasa Gred N17.. Diharap para calon sudahpun bersedia, memandangan tempoh untuk menduduki peperiksaan tersebut tinggal beberapa hari sahaja lagi...  

Lupakan seketika kuih raya, ketupat, lemang, rendang dan pelbagai juadah yang menyelerakan... Lupakan seketika aktiviti berhari raya sakan, termasuk menonton rancangan televisyen yang begitu mengasyikkan sempena Hari Raya ini... Sebaliknya, luangkanlah sedikit masa anda untuk memberi tumpuan bagi menghadapi peperiksaan ini... 

Selain daripada jawatan Pembantu Penguatkuasa Gred N17, masih terdapat beberapa jawatan lagi seperti dalam jadual berikut:

Sumber : Klik Di Sini

Selepas selesai peperiksaan Pembantu Penguatkuasa Gred N17, akan diadakan pula peperiksaan Pegawai Bomba Gred KB17 yang akan diadakan pada 25 Ogos 2013 - 30 Ogos 20113 dan 1 September 2013 - 13 September 2013...

Dalam tempoh yang sama juga turut diadakan peperiksaan Pegawai Imigresen Gred KP17 yang akan diadakan pada 26 Ogos 2013 hingga 30 Ogos 2013... Dalam tempoh tersebut juga turut diadakan peperiksaanPegawai Penerangan Gred S41 yang akan diadakan pada 29 Ogos 2013...

Walaupun tempoh ke tiga-tiga peperiksaan ini masih agak lama lagi... Tetapi apa salahnya sekiranya semua calon telah membuat persediaan bermula daripada sekarang... 

Good Luck saya ucapkan kepada semua calon yang bakal menduduki Peperiksaan Perkhidmatan Awam.... ;)

P/s: Untuk melihat tangga gaji dalam skim Pegawai Imigresen dan prospek kerjaya pada masa hadapan... Sila Semak di sini 

P/s/s: Atau  Sila semak disini untuk mengetahui Kelebihan yang bakal diperolehi oleh pekerja di sektor kerajaan... 


12 ulasan:

  1. tgh tgg result KPSL N 27 skrg ni

    BalasPadam
  2. Dengar perkataan peperiksaan tetiba saya rasa berdebar...lama tak rasa macam tu!

    BalasPadam
  3. lama dah tak masuk dewan periksa...hohoho

    selamat berjaya buat yg bakal menduduki peperiksaan

    BalasPadam
  4. Semua nak kena exam sekarang ni. Makin susah nak masuk perkhidmatan awam. Melunturkan semangat betul la nak apply pegawai. hehe

    BalasPadam
  5. Bilalah kawan nak amik periksa ni ye..

    BalasPadam
  6. Selamat berjaya buat mereka yang terlibat mendapat kerja idaman tu yer..hehe

    BalasPadam
  7. peluang untuk pekerja sektor awam meningkatkan kemajuan diri..

    BalasPadam
  8. Semoga sukses! bakal graduan Kerajaan..
    Dah berjaya syukurlah... :-)

    Ikhlas,

    AMIN JOHAR
    (Pendaftar Domain)
    PAKAR NIAGA

    BalasPadam
  9. Good luck kepada yang menduduki peperiksaan

    BalasPadam
  10. selamat hari raya
    berdebar gak tunggu keputusan peperiksaan akhir tahun anak
    berdebar anak bongsu nak ambil periksa upsr
    berdebar anak no 4 nak ambil spm

    anak tak apa-apa..mak yang lebih :)

    BalasPadam
  11. Setiap kali peperiksaan pasti perasaan gementar muncul... walaupun ujian Lesen "L" memandu...

    Semoga semua calon dapat menjawab dengan tenang...

    Guru saya pesan dulu, sebelum menduduki peperiksaan, selawat keatas nabi 3 kali dan banyakkan baca 3 Qul...

    Gudluck..

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra