Jumaat, 17 Mei 2013

DiGi WWWOW Awards 2013 kembali lagi.. Betul ker ramai blogger nak boikot?

with 10 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

DiGi WWWOW Awards 2013 kembali lagi.. Dengar cerita ramai blogger nak boikot daripada menyertai pertandingan ini... Terutamanya bloggeer bumiputra.. Sebabnya mereka kurang berpuas hati dengan cara pemilihan pemenang yang dilakukan oleh pihak penganjur... 

Bagi blogger kerdil macam saya ni, tiada maknanya saya nak boikot pertandingan besar macam ni.. Bukannya dapat apa-apa faedah pun... Kalau saya join pun belum tentu boleh menang... Kehadiran saya menyertai pertandingan besar seperti ini sekadar untuk memeriahkan pertandingan... Disamping dapat meluaskan sedikit jaringan dalam kalangan rakan blogger yang turut menyertai pertandingan ini...




DiGi WWWOW Awards mula diperkenalkan pada tahun 2011.. Sehingga kini dah masuk tahun ke 3 pertandingan ini diadakan...  Biasanya hadiah yang disediakan untuk pemenang pertandingan ini mengikut kategori memang lumayan... Disebabkan pertandingan ini ditaja oleh Syarikat komunikasi terkenal DiGi dan beberapa syarikat besar lain yang turut menjadi penaja seperti Yahoo!, Mudah.my, Lowyat.net, Says.my, MSN, Google, Astro dan sebagainya... Disebabkan itu tidak hairanlah sekiranya iklan DiGi WWWOW awards ini sering keluar dekat televisyen terutamanya dalam siaran ASTRO..  

Pada tahun lepas terdapat 16 kategori yang dipertandingkan.. Dan hadiah bagi setiap kategori ditaja oleh syarikat-syarikat yang ada perkaitan dengan kategori tersebut.. 16 Kategori yang saya maksudkan ialah:
  1. Nuffnang Blogger of the Year
  2. Nuffnang Fave Makan-Makan Expert
  3. Nuffnang Fave Kay Poh
  4. Malaysiakini PhotoJournalist of The Year
  5. MSN Breakthrough Star Performer of The Year
  6. Yahoo! Social Media Gathering of The Year
  7. Mudah.my Most Promising Webpreneur of the Year
  8. Samsung App of the Year Award
  9. DiGi WWWOW People's Choice Award
  10. The Best of The Best – The DiGi WWWOW Of The Year
  11. Lowyat.NET Fave Tech Head
  12. Says.my Online Shop of the Year
  13. Innity Funniest Video of The Year
  14. Google Most Inspiring Internet for Good Award
  15. Astro Top Online Over-Achiever Under 15
  16. inMobi Mobile Short Film of The Year
Untuk DiGi WWWOW Awards 2013 belum tahu lagi kategori apa yang dipertandingkan... Rasanya dah ada.. Cuma belum sempat nak menggogle bagi mencari maklumat... Bila dah ada senarai kategori nanti, baru boleh buat keputusan nak masuk bertanding dalam kategori mana... 

Pengalaman pertama kali menyertai pertandingan ini pada tahun lepas memang menyeronokkan... Bukannya senang nak minta orang tolong 'Vote' kita.. Walaubagaimanapun terpaksa juga tebalkan muka minta tolong orang 'vote' blog ini menerusi media sosial Facebook.. Nasib baiklah sekadar minta tolong di "mukabuku" dan tidak bersua muka sebenar.. Jadi, dapatlah kurangkan  sedikit perasaan malu tersebut.. ;)

Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pembaca blog ini dan rakan-rakan di facebook yang sudi 'vote' blog Coretan Anuar dalam pertandingan  DiGi WWWOW Awards 2012.. Kalau sudi, jangan lupa 'vote' blog ini buat kedua kalinya, apabila DiGi WWWOW Awards 2013 kembali tidak lama lagi...

Sekiranya anda ketinggalan untuk mengikuti pengalaman blog Coretan Anuar bertanding dalam DiGi WWWOW Awards 2012, saya syorkan anda klik pada pautan-pautan di bawah:



10 ulasan:

  1. yang ni, gua kurang minat sikit.

    BalasPadam
  2. InsyaAllah ... saya akan join tahun nie.

    Vote-kan saya dan doakan kejayaan saya. :)

    BalasPadam
  3. rasanya ramai nama besar dalam dunia blog bahasa melayu takkan join awards ini lagi, nampak sgt pilih bulu mereka..

    BalasPadam
  4. how to join...(ketara sgt mls nak membaca :p)

    good luck !

    BalasPadam
  5. Dengar jugak cerita macam tu..entahlah..layankan aje..bagi aku kalau dijemput, aku pergi je

    BalasPadam
  6. BEST nye, tapi macam tak layak je lagi nak join... =D

    BalasPadam
  7. jangan lupa vote sy skali k... :p

    BalasPadam
  8. saya salah seorang yg akan boikot digi wwwow award ni...last year punye gile promote, then 2 kategori dapat first rank tetibe announce org lain yg menang. bengang gak lah... ingt yg 2nd place yg menang, tp tah rank yg berape dapat adiah..skang da stop tulis blog da.mls suda..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sy masuk kategori video thun lepas.. same jugak la kesnye.. sy tengok bukan yg most voted yg menang... tp video yg voted yg ke berapa entah... bukan sy nak ckp video sy patut menang tp banyak video lain yg lebih bagus dr pemenang 'video belacan oversea' tu..
      thun ni sy join jugak kategori fave video tp sy tak suruh pun org vote.. video pun tak canggih mana pun.. orang lain siap buat efect2 kalah MV artis.. harap2 thun ni yg menang biarlah yg patut menang..

      Padam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower


Info Terkini!! (Wajib Baca)

Pembaca Paling Mesra