Ahad, 22 April 2012

Digi WWWOW Awards 2012

with 4 comments


 
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Digi WWWOW Awards kembali lagi.. Ini merupakan kali kedua pihak DiGi menganjurkan pertandingan seumpama ini.. Tapi kali ini jauh lebih menarik.. Lebih banyak penaja yang turut mengambil bahagian.. Dan hadiah yang disediakan sudah pastinya sangat lumayan...

Terdapat 16 kategori yang dipertandingkan pada kali ini iaitu:
  1. Nuffnang Blogger of the Year
  2. Nuffnang Fave Makan-Makan Expert
  3. Nuffnang Fave Kay Poh
  4. Malaysiakini PhotoJournalist of The Year
  5. MSN Breakthrough Star Performer of The Year
  6. Yahoo! Social Media Gathering of The Year
  7. Mudah.my Most Promising Webpreneur of the Year
  8. Samsung App of the Year Award
  9. DiGi WWWOW People's Choice Award
  10. The Best of The Best – The DiGi WWWOW Of The Year
  11. Lowyat.NET Fave Tech Head
  12. Says.my Online Shop of the Year
  13. Innity Funniest Video of The Year
  14. Google Most Inspiring Internet for Good Award
  15. Astro Top Online Over-Achiever Under 15
  16. inMobi Mobile Short Film of The Year

Saya ada menghantar 5 penyertaan untuk bertanding dalam tiga kategori iaitu Blogger Of The Year (2 Penyertaan), Most Promising Webpreneur of the year (1 penyertaan) dan PhotoJournalist of The Year (2 Penyertaan)..

Sebenarnya tak ada sasaran untuk memenangi mana-mana kategori pun.. Kalau nak dibandingkan dengan para peserta lain, saya rasa diri ini terlalu kerdil.. Kebanyakan peserta yang meyertai pertandingan ini semuanya hebat-hebat belaka.. Jadi saya sekadar untuk memeriahkan pertandingan sahaja.. Sambil tu boleh cari ramai kenalan baru dalam bidang blogger dan internet...

Sekiranya anda berminat untuk menyertai pertandingan ini, tempoh untuk menghantar penyertaan masih tinggal satu hari sahaja lagi iaitu esok.. Jadi jangan lepaskan peluang ini, daftar segera supaya kita dapat bersama-sama memeriahkan pertandingan ini..

Tempoh untuk meraih undian adalah antara 23 April hingga 13 May 2012.. Kemudian keputusan akan diumumkan pada 9 Jun 2012.. Agak-agaknya siapalah yang memenangi setiap kategori yang dipertandingkan pada kali ini..

Pada tahun lepas Anwar Hadi mengungguli 3 daripada 16 kategori yang dipertandingkan...Dahsyat juga tu.. Jadi untuk tahun ini, sama-samalah kita nantikan keputusannya.. 

Kepada rakan-rakan yang menyerta pertandingan DiGi WWWOW Awards pada kali ini saya ucapkan selamat maju jaya...;)



4 ulasan:

  1. join gak, kalau nak harap juara jauh sekali, join pun sajer suker2 jer.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah kita.. Sekadar untuk memeriahkan pertandingan sahaja.. ;)

      Padam
  2. hehehe good luck for both of you :D

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower


Info Terkini!! (Wajib Baca)

Pembaca Paling Mesra